CARNIVAL SUKAN UUM-COLGIS
TARIKH : 27 Oktober 2009 (Selasa)
MASA : 8.30 pagi - 5.00 petang
TEMPAT : Bukit Kachi, UUM
UUM COLGIS menganjurkan CARNIVAL SUKAN COLGIS yang melibatkan staf dan pelajar Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Rakyat dan SME Bank. Antara acara yang berlangsung ialah Senamrobik, Sukaneka, Pertandingan Bola Sepak, Bola Jaring, Futsal dan Badminton.
Kumpulan staf wanita COLGIS turut mengambil bahagian dalam acara Futsal dan Bolajaring. Dalam acara Futsal team staf berjaya mara hingga ke semi final sementara dalam acara Bolajaring team staf Wanita COLGIS berjaya menjadi Naib Johan keseluruhan. Tahniah buat pasukan kami...he..he..walaupun yang turun tu kebanyakan veteran belaka namun semangat kental yang ada amat dikagumi.
Semangat kesukanan yang dipamerkan antara pelajar dan kakitangan UUM COLGIS yang berbilang kaum berjaya memeriahkan Karnival Sukan COLGIS Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.
Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof Madya Dr Asmah Laili Yeon, berkata, objektif penganjuran program tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara penghuni Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Rakyat, DPP SME Bank dan kakitangan UUM COLGIS.
Katanya, sukan peringkat Kolej dan DPP julung kali diadakan kepada pelajar bagi mengimbangi akademik dan kokurikulum supaya setiap pelajar tidak hanya menumpukan kepada akademik semata-mata.
“Walaupun tanggungjawab pelajar adalah untuk belajar namun pada masa sama mereka perlu mengambil kira aktiviti lain yang dapat memberi nilai tambah dalam memperkasakan peribadi mahasiswa,” katanya.
Ujarnya, program itu dilihat mampu menghidupkan budaya perpaduan, memupuk semangat kerjasama dan semangat kesukanan yang tinggi melalui pengisian aktiviti menarik seperti Pertandingan Bola Sepak, Bola Jaring, Futsal dan Badminton, Senamrobik dan Sukaneka yang mendapat sambutan menggalakkan.
Sementara itu, pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Lim Yan Hua, 23, yang juga menyertai pertandingan badminton melahirkan perasaan gembira kerana dapat berjumpa dengan ramai kawan yang sebelum ini tidak berkesempatan untuk bertemu.
“Selain membina semangat berkumpulan dan mewujudkan persefahaman tanpa mengira kaum, kegembiraan dapat dikongsi bersama pelajar Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain,” ujarnya yang berasal dari Pulau Pinang.
Pelajar Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, Ronnie Reuben, 22, berasa teruja apabila buat kali pertama menyertai acara futsal yang amat menyeronokkan dan menyihatkan badan.
“Menang atau kalah bukan matlamat utama dalam pertandingan, yang penting semangat berpasukan yang tinggi dan dapat merehatkan minda semasa perlawanan berlangsung,” kata pelajar semester tiga.
Manakala, pelajar Ijazah Sarjana Undang-Undang, Nurul Najmi Adila, 19, berkata, dengan penganjuran sukan itu, beliau berpeluang menunjukkan bakat dalam acara badminton yang digemari sejak zaman sekolah.
Tambah anak sulung dari empat adik-beradik yang berasal dari Terengganu, aktiviti sukan yang dijalankan amat menyeronokkan dan menguji kekuatan mental dan fizikal peserta.
Beliau berharap program yang memupuk semangat kerjasama antara penghuni-penghuni yang berbeza latar belakang tanpa mengira bangsa dan agama dapat diteruskan pada masa akan datang.
Sariza,Faridah, Salmah, Yati, Liza,Hasni, Mun and me
Duduk dibarisan depan : Mun, Rod,& Faridah
Berdiri dibarisan belakang tu : Hasni Yati, Syikin & Aimi
Ha...ni pulak team Futsal merangkap team Bolajaring ...ahlinya orang yang sama tau...
Di barisan depan yang duduk tu Faridah yang lain-lain ber t'shirt hitam tu semua student.
Dibarisan belakang plak : Rod,Salmah, Faiza, liza, Yati, Hasni, Mun & Syikin
Salmah and Hasni
Yati, hasni and Aimi berposing
Ini plak geng Zor. Sori tak sempat nak nak snap gambar geng staf lelaki...
Ini plak orang kuat Carnival Sukan COLGIS, Dekan Pembangunan Pelajar PM Dr. Ahmad Marthada dan Budiman. Tahniah !! kerana berjaya menganjurkan Carnival ini walau pun dalam tempoh yang amat singkat terutama pada Ila, Yon dan tak ketinggalan semua staf di seksyen C dan semua staf yang terlibat dalam Carnival ini. Semuga sukan ini dapat mempereratkan lagi siratulrahim antara pelajar dan staf UUM COLGIS