Monday, April 6, 2009

TEAM HELANG

TEAM HELANG UNIVERSTI UTARA MALAYSIA

Nak bersukan macam muda-muda dulu dah tak larat. Team tenis pun dah lama tak jenguk. Tapi semangat nak bersukan tu masih ada. Tak dapat main lepak kat tepi padang pun dah beri kepuasan..tak gitu.

Aik...cepat-cepat jangan kalah ye....

Setiap tahun akan diadakan pertandingan antara Jabatan. Inilah kami dari team Helang yang terbang sambil menyambar untuk menjadi johan. Menang kalah tak penting yang semangat kesukanan. Jadi pom-pom girl pun jadilah....untuk memberi sokongan pada team. Akhirnya jangan tak tahu kita dapat Naib Johan tau....

PROMOSI UUM DI PENANG DAN N/SEMBILAN

<

Bergambar kenangan dengan student yang begitu berminat dengan organisasi kami.
Semuga you all akan berjaya dan good luck ye....

Promosi kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sangat meriah. Urusetia yang terdiri dari pelajar-pelajar matrik menyambut kedatangan kami dengan mesra dan friendly. Pujian patut diberikan kerana kami amat berpuashati dengan layanan yang diberikan walaupun tempat penginapan agak jauh di Bahau. Pelawat yang terdiri dari para pelajar dan guru-guru di daerah tersebut amat memberansangkan.

Ramai pengunjung hingga tak terlayan...tapi respect la dia ni best.


Team COLGIS En. Mujahid, Rod, Salmah. Belakang tu Mad, Fahmie dan 2 pelajar merangkap urusetia Rawiyah dan kawannya.


En. Mujahid kusyuk memberi penerangan pada pengunjung


eehh....Cik Sal kita ni mengambil peluang bergambar ngan pengunjung lak ye...


Permintaan pengunjung teringin nak bergambar kat booth UUM...boleh la apa salahnya.


Lawatan tetamu VIP ke booth kami. Banyak juga info yang ditanya.

DOA MULA KERJA DAN AKHIR KERJA



Alhamdulillah amalan memulakan kerja dengan bacaaan doa ini sedikit sebanyak memberi kesan. Dapat dirasakan walau seberapa banyak kerja yang diberikan menjadi mudah saja dikerjakan. Itulah yang dirasakan. Alhamdulillah.

TEAM COLGIS















Perarakan Sambutan sempena JUBLI PERAK UUM ke 25 menambah kepakatan antara kami di COLGIS. Walaupun awalnya macam-macam perkara timbul. Nak kumpul kawan-kawan berlatih berjalan bukanyanya senang tapi akhirnya kami bersatu. Dengan baju hijau megah sungguh pasukan UUM COLGIS. Tahniah akhirnya kita bersatu menjayakan wawasan Universiti.