Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

Hak Guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana. Sementara guru adalah penyebab hidup yang kekal. Jika tiada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya.

- Imam Al-Ghazali -



Kepada semua Guru-Guru ku yang pernah menabur bakti kepada ku dari peringkat Sekolah rendah hinggalah ke Universiti. Tak lupa juga aku tujukan ucapan ini kepada semua kawan-kawan SMJClassof 76-80 yang berada dalam profesion perguruan. Aku doakan semuga Redha dan Rahmat Allah sentiasa berkekalan dalam mendidik anak bangsa. "SELAMAT HARI GURU"

Sunday, May 9, 2010

SMJCLASSof76-80 jom la BALIK SMJ

Kawan-kawan SMJCLASSof76-80 JOM LA BALIK KE SMJ jumpa kawan-kawan bacth kita dan kawan-kawan dari bacth lain jugak. Semua bekas pelajar SMJ/SMKJ dari tahun 1965 - 2009 adalah dipelawa menyertai program yang dibawa khas oleh ALUMRA pada 4-5 Jun 2010. Anda lihatlah poster cantik ehsan yang diambil dari blog Sdra Ahmad Saman. Hubungilah nombor didalam poster tersebut untuk acara yang anda minati. Bagi acara golf sila hubungi Tn. Hj. Ilyas Ismail di no 013 4493030. Nanti kita jumpa semua disana...disana ...JITRA.....



Bagi yang nak membawa keluarga dan nak bersembang santai di Resort Paya Pahlawan...hubungilah Sdra. Zainal untuk tempahan tempat disana. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda disana.

***Maklumat terkini : Lokasi Sembang Santai telah di ubah ke Taman Siswa, Tanah Merah. Bukan lagi di adakan di Resort Paya Pahlawan. Untuk tempahan penginapan bagi yang akan bermalam bersama keluarga atau pun bersendirian di Taman Siswa bolehlah menghubungi Puan Miza di talian 04-9199106. Harga amat berpatutan.

Saturday, May 1, 2010

PENGISIAN PROGRAM JOM BALIK SMJ DAN ATUR CARA PELANCARAN ALUMRA

Memandangkan saya telah diberi tugas dan tanggungjawab sebagai urusetia dibawah jawatankuasa Kecil Jom Balik SMJK yang akan berlansung pada 4 - 5 Jun 2010 saya ingin memaklumkan maklumat mengenai pengisian program pada hari tersebut dan aturcara perasmian ALUMRA pada 5hb. Jun 2010. Saya akan memasukkan lain-lain maklumat dari masa kesemasa untuk makluman semua Bekas Pelajar SMJ @ SMJK. Adalah diharapkan semua sesiapa sahaja yang pernah bersekolah di SMJ dapat pulang ke Jitra memeriahkan program ini. Anda juga boleh masuk ke FB ALUMRA yang telah di create oleh Sdra. Ahmad Saman untuk menghubungi rakan-rakan ex-SMJ dan menghebahkan maklumat ini. Buat rakan-rakan SMJClass of 76-80 marilah kita sama-sama bersatu menjayakan program ALUMRA ini kerana kita pun sebahagian dari anak SMJ...KITA BOLEH !!!..

PENGISIAN PROGRAM
SEMPENA PELANCARAN ALUMRA
TARIKH: 04 HINGGA 05 JUN 2010 (JUMAAT DAN SABTU)
TEMPAT: DEWAN IBNU SINA, SMK JITRA

KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI URUS SETIA:

1. CIKGU JOHARI BIN IBRAHIM ( 018-2383468 )
2. RUSMA HAJI ABU HASSAN ( 016-4419470 )
3. RODIAH HAJI HALIM ( 012-4155903 )
4. CHE RUSNAH ABD GHANI ( 013-2807375 )

04 JUN 2010 ( JUMAAT )

1.1 PERTANDINGAN BOWLING
Tempat : Jitra Mall (ANEKA)
Masa : 10.00 pagi
Pendaftaran : RM 20.00
Tarikh Akhir Serah Borang Penyertaan: 22 Mei 2010, u.p: Che Rusnah Abd Ghani ( 013-2807375)

1.2 PERTANDINGAN GOLF
Tempat: Darul Aman Golf
Masa : 02.00 petang
Pendaftaran: RM 200.00 (goodies: T.Shirt, Topi dan Shoes bag)
Tarikh Akhir Serah Borang Penyertaan: 25 Mei 2010, u.p: Tn. Hj. Ilias Ismail ( 013-4493030)

1.3 PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH
Tempat : Padang SMK Jitra
Masa : 08.00 pagi
Pendaftaran : RM 50.00
Tarikh Akhir Serah Borang Penyertaan: 22 Mei 2010, u.p: Mohamad Abdullah ( 016-4375448)

1.4 MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT
Tempat : Surau SMK Jitra
Masa : 7.20 malam
Maklumat lanjut, hubungi: Haji Azizan Ahmad ( 019-4003536)

***********************************************************************

05 JUN 2010 ( SABTU )

1.1 MAJLIS PELANCARAN ALUMRA
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra
Masa : 10.00 pagi
Pakaian : Batik
Pengesahan Kehadiran: Sila SMS Nama, taip hadir ke no. H/P Rusma 016-4419470 atau Rodiah 012-4155903

1.2 KENDURI KAMPUNG
Tempat : Perkarangan Pavillion SMK Jitra
Masa : mulai 10.00 pagi
Catatan : Boleh menyaksikan acara di padang (depan pavillion)
Pengesahan Kehadiran: Sila SMS Nama, taip hadir ke no. H/P Rusma 016-4419470 atau Rodiah 012-4155903

1.3 PROGRAM SEMBANG DAN SANTAI
Tempat : Taman Siswa, Tanah Merah, Jitra
Masa : 8.00 malam
Pendaftaran : RM 15.00
Catatan: Ada kemudahan penginapan – ditanggung sendiri
Pengesahan Kehadiran: Sila SMS Nama, taip hadir ke no. H/P Zainol Abidin Ahmad ( 013-4029917 )

****************************************************************************

ATUR CARA
PELANCARAN ALUMRA
(5 JUN 2010)

TARIKH: 04 HINGGA 05 JUN 2010 (JUMAAT DAN SABTU)
TEMPAT: DEWAN IBNU SINA, SMK JITRA

10.00 pagi : Para Jemputan mengambil tempat

10.30 pagi : Dif-Dif Jemputan mengambil tempat

10.35 pagi : Ketibaan Pengerusi ALUMRA

10.40 pagi : Ketibaan Pengarah Pelajaran Kedah

: Lagu Negaraku

: Lagu Sekolah

: Bacaan Doa

: Ucapan Pengerusi ALUMRA

: Ucapan Pengarah Pelajaran Kedah

: Pelancaran dan Gimik Pelancaran

: Persembahan

12.00 t/hari : Beredar ke Majlis Kenduri Kampung