Sunday, August 21, 2011

SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN

Add ImageMAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 54
Tarikh : 22 Ogos 2011
Tempat : FoyerPerpustakaan Sultanah Bahiyah
Masa : 8.15 pagi




Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak mengingatkan kakitangan universiti ini untuk memelihara dan menjaga kemerdekaan negara yang berada pada usia yang masih muda dengan mengelakkan perpecahan sesama sendiri.

“Kita perlu ingat usia kemerdekaan negara baru menjangkau 54 tahun, iaitu masih lagi muda untuk sebuah negara dijajah kembali. Ini dapat dilihat pada hari ini, di mana perpecahan sesama kita sedang berlaku dan tiada lagi kesepakatan hingga terlupa agenda perjuangan kita sebelum ini dalam menuntut kemerdekaan negara,” katanya.

Dr Mohamed Mustafa juga berkata, tidak salah untuk setiap individu di Malaysia untuk berlainan fahaman tetapi janganlah sehingga berpecah. Ini kerana pengertian merdeka itu juga membawa maksud penentuan nasib sendiri.

“Kita perlu insaf dan mengambil iktibar daripada negara-negara yang lain yang sama-sama mengecapi kemerdekaan sama seperti kita, tetapi sekarang di ambang kehancuran akibat perpecahan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Kemerdekaan UUM 2011.

Sementara itu, pada Perhimpunan Kemerdekaan yang diadakan di Dataran Perdana UUM pagi tadi, Dr Mohamed Mustafa mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang hadir untuk berkumpul bersama untuk satu tujuan iaitu mengingati kemerdekaan negara.

Pada perhimpunan itu juga, beliau turut mengingatkan kakitangan pentadbiran dan akademik yang hadir bahawa penubuhan universiti ini juga merupakan sebahagian daripada sejarah kemerdekaan negara.

“UUM ditubuhkan untuk memberi makna kepada kemerdekaan kerana komunis tidak mengiktiraf kemerdekaan negara. Malah, bumi Sintok ini merupakan kawasan hitam, iaitu medan petempuran sehinggalah kawasan ini diputihkan pada tahun 1989 selepas Perjanjian Hatyai.

“Tun Dr Mahathir memilih untuk membangunkan universiti ini bukan sahaja untuk memberi makna dengan mengisi kemerdekaan malah untuk memberikan pendidikan yang berkualiti pada anak bangsa untuk terus memelihara kemerdekaan negara,” tambah beliau lagi.

Pada perhimpunan yang turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti itu juga turut berlangsung Pelancaran Tabung Rayuan Hari Pahlawan.

MAJLIS BERBUKA PUASA BY KELAB KEBAJIKAN COLGIS

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN KELAB KEBAJIKAN COLGIS
Tarikh : 18 Ogos 2011
Masa : 7.30 petang
Tempat : Hotel EDC UUM








Kelab Kebajikan dan Rekreasi UUM COLGIS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 18 Ogos 2011 (Khamis) yang lalu bertempat di EDC, UUM. Majlis tersebut bertujuan merapatkan silaturahim kakitangan sempena Ramadhan bulan penuh keberkatan. Majlis yang meriah dengan kehadiran lebih kurang 200 orang termasuk ahli keluarga masing-masing dan juga rakan-rakan dari bidang pengajian yang baru disatukan dibawah UUM COLGIS iaitu Perniagaan Antarabangsa, Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar.

Sunday, August 7, 2011

GANJARAN PUASA RAMADAN

Ganjaran Puasa Ramadan

Perkongsian bersama daripada Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia. Semoga dibulan mulia ini aku mendapat berkat dari Allah Taala. Amin.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azzawajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (daripada mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi (musk).”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Huraian Hadis:

1. Puasa merupakan perkara “dharuriah” dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

2. Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik (madrasah) untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar.

3. Bulan Ramadan dikenali juga sebagai bulan peningkatan prestasi, di mana Allah memberi pahala yang berlipat kali ganda bagi memotivasikan umat Islam dalam mengaut keuntungan akhirat.

4. Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih).

5. Ramadan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadan ini kerana bulan Ramadan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah SWT.