Sunday, May 8, 2011

PERHIMPUNAN BULANAN STAF UUM COLGIS 2011

Perhimpunan Bulanan Staf 2011
College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS)
Stadium Kompleks Sukan, UUM

8 MEI 2011


Bersama-sama Dato' Naib Canselor mengeluarkan peluh secara senamrobik

Antara staf yang hadir pandangan dari belakang

Dari kiri Bib, Rod, Rozita dan Zuraidah from CAS yang turut menyerikan senamrobik semalam

“Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia mahu lihat Universiti Utara Malaysia (UUM) kekal menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka di Malaysia dan dikenali di peringkat antarabangsa,” kata Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pada Perhimpunan Bulanan Staf 2011 UUM College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) di Stadium Kompleks Sukan, UUM awal pagi tadi.

Menurut Naib Canselor, UUM sepatutnya berbangga kerana mempunyai kelainan serta keunikan berbanding IPT lain menerusi bidang (niche) yang telah ditetapkan dari dulu iaitu sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.

Kata beliau lagi, UUM begitu komited untuk melalui pelan transformasi mengikut fasa yang telah ditetapkan iaitu pada fasa 1 daripada tahun 2011-2015 manakala fasa 2 dari tahun 2015-2020.

“Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang ini merupakan tempoh kritikal bagi UUM bagi mencapai sasaran yang diletakkan sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka di Malaysia dan antarabangsa,” tegas Naib Canselor.

Sehubungan dengan itu, Dr Mohamed Mustafa turut memberi penekanan tentang kepentingan pensyarah untuk membuat penyelidikan serta menerbitkan hasil penyelidikan dalam bentuk monograf, buku, jurnal dan sebagainya serta merebut pelbagai geran penyelidikan yang ditawarkan kerajaan mahupun pihak swasta dalam usaha memartabatkan UUM.

Naib Canselor turut menggalakkan aktiviti riadah dalam kalangan pelajar, pensyarah serta staf pentadbiran dan sokongan kerana katanya, aktiviti riadah seperti bersenam sangat berkesan bagi membuang toksid di dalam badan serta mengurangkan tekanan ketika bekerja atau belajar.

“Pepatah Melayu mengatakan, otak yang cerdas datang dari badan yang cergas. Sebab itu saya galakkan warga universiti beriadah selepas jam lima petang.

“Senaman merupakan aktiviti yang paling baik bagi merangsang saraf neuron di dalam otak, seterusnya dapat membuatkan otak berfungsi dengan lebih baik. Di samping itu, senaman dapat meningkatkan metabolisma serta membakar lemak di dalam badan,” ujar Dr Mohamed Mustafa. Melalui aktiviti sebegini juga dapat mengeratkan hubungan baik sesama warga UUM dalam mencipta keserasian semasa bekerja serta mengelakkan sebarang pergeseran atau pertelingahan.

“Kita boleh berbeza pendapat, namun kita juga harus menghormati pendapat orang lain. Elakkan sikap suka menikam dari belakang serta bercakap perihal orang lain, kerana ia tidak mencerminkan gagasan universiti untuk maju ke hadapan,” tegas Naib Canselor. Selain kehadiran Naib Canselor, Perhimpunan Bulanan Staf 2011 UUM COLGIS turut diserikan dengan kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) serta Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof Madya Dr Asmah Laili Hj.Yeon.

Sunday, May 1, 2011

FAMILY OUTING

1 MEI 2011.
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Hari minggu outing bersama-sama family dan anak-anak di Bandaraya Alor Setar. Keluar dari pagi hingga malam. Siang menghadiri kenduri rumah staf yang melansungkan pertunangan..kemudian ke Alor Setar window shooping kat Carefour Mergong....pastu ke IPK menemani my hubby menyiapkan kerja ofis...pastu dinner kat Jonet Kuew Teuw Kerang sebelum pulang ke Jitra...

At the shooping center Carefour Mergong

Me, Kngah , my husband
front Carefour Mergong
my self and wawa my eldest daughter

my husband with Wawa and Kak Ngah

myself at home

myself waiting for my hubby and my kids shooping

My hubby with my son Hakimi

my son and my hubby
Wawa my eldest daughter

waiting for ice cream
kak ngah....emmm. yummy..yummy
Kak Long and my self

Along with his father
Kak Long sedang berposing
dah kurus dah anak dar aku ni ..hehehe..