Saturday, December 8, 2012

DOA YA ALLAH YA TUHAN KAMI

Marilah kita sentiasa berdoa kepada Allah Subhanawataalla...semuga kehidupan kita didunia yang sementara ini sentiasa dirahmati NYA...

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami mensyukuri nikmat di atas segala apa pemberian Yang telah Engkau berikan pada kami, kami juga mensyukuri nikmat nur Islam & nur Iman ini, Kami juga mengakui di atas kejahilan ini, kekurangan ini & kesilapan kami maka itu kami meminta pada kamu Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa-dosa ibu & bapa kami, dosa-dosa guru Yang pernah mengajar kami & dosa-dosa kaum muslimin muslimat, mukminim mukminat baik Yang masih hidup ataupun Yang sudah meninggal dunia kerana Engkau lah saja Yang dapat mengampuni dosa kecil mahupun dosa-dosa besar kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau berkatilah keluarga kami, Engkau limpahkan lah rezeki Yang murah kepada keluarga kami, Engkau limpahkan lah kasih sayangmu kepada keluarga kami, Engkau limpahkan lah kebahagian kepada keluarga kami, Engkau limpah kan lah rahmatmu kepada keluarga kami, Engkau limpahkan cahaYa penerang kejalan Yang lurus kepada keluarga kami & Engkau limpahkan lah pentunjuk nur taufiq & hidayah mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau lindungilah keluarga kami daripada segala perbuatan syaitan, perbuatan dengki, perbuatan khianat, perbuatan Yang tidak dingini, kecelakaan, kemalangan, musibah & segala kejahatan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, sebagai mana Yang kami minta Yang terbaik untuk keluarga kami, begitu juga kami mengharapkan Engkau Yang maha adil lagi maha penYaYang limpah kan lah Yang terbaik untuk keluarga kaum muslimin muslimat, mukminim mukminat, bagi mereka Yang miskin Engkau kaYakan lah

Ya Allah, bagi mereka Yang susah Engkau senangkan lah Ya Allah, bagi mereka Yang jahil Engkau lembutkan lah hati mereka Ya Allah, bagi mereka Yang sakit Engkau sembuhkan lah Ya Allah & bagi mereka Yang mempunYai hajat di dunia & akhirat Engkau makbulkan lah Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau buka kan lah hati kami sebesar lautan & setinggi langit untuk kami menuju kejalan Yang Engkau redhai Ya Allah, sesungguhnYa kami redha Engkau sebagai tuhan kami, kami redha islam sebagai agama kami, kami redha nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi kami, pimpin lah tangan kami ke jalan Yang Engkau redhai Ya Allah & janganlah Engkau palingkan diri kami ke jalan

Yang Engkau murkai Ya Allah setelah Engkau memberikan diri kami ini pertunjuk ke jalan Yang Engkau redhai Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau terimalah amal ibadah kami Yang selama ini kami telah kerjakan, Engkau hapuskan lah segala kejahatan Yang pernah kami lakukan Ya Allah sesungguhnya kami ini adalah di antara satu-satu makhluk ciptaan mu Yang sangat hina Yang tidak pernah lepas dari kesilapan & dosa.

Ya Allah Ya Tuhan Kami (Matikanlah kami ini di dalam Agama Islam) 3X matikanlah kami di dalam keadaan husnul khotimah di akhir kalimah “La’illahaillAllah” dan jangan pula kami dimatikan di dalam keadaan su’ul khotimah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami Mudahkan lah pengebumian kami nanti apabila kami meninggalkan dunia yang penuh dengan penipuan ini, jadikan lah kubur kami nanti di antara satu taman dari taman-taman syurga & jangan pula Engkau jadikan kubur kami nanti di antara satu kawah dari kawah api neraka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, apabila Kami dibangkitkan nanti di hari akhirat, bangkitkan lah Kami bersama-sama junjungan Nabi Muhammad S.A.W, mudahkan lah penghisapan kami. Ya Allah & mudahkan lah perjalanan kami ketika kami meniti titian Siratul Mustakim, janganlah kami digelincirkan ke dalam api neraka mu Ya Allah, masuk kan lah kami kedalam syurga mu Ya Allah bersama-sama golongan minan nabiyin, wa sadiqin, wa shuhadah iwa solihin.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, bagi kaum muslimin muslimat, mukminim & mukminat Yang telah meninggal dunia seperti (NAMA2 ARWAH ) kau tempat kan lah mereka di dalam golongan orang-orang Yang kau sayangi, tempatkan lah mereka di dalam golongan orang-orang Yang kau kasihi, tempat kan lah mereka di dalam golongan orang2 Yang beriman, tempatkan lah mereka di dalam golongan orang-orang Yang bertaubat, kau masukan lah mereka di dalam syurga mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami ampunilah segala dosa2 kaum muslimin muslimat, mukminim mukminat ketika mereka masih hidup di dunia ini, jadikan lah kubur meraka dia antara satu taman dari taman-taman syurga mu Ya Allah & jangan pula Engkau jadikan kubur mereka di antar satu kawah dari kawah api neraka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami sampaikan lah sedekah kami Yang tidak sebeberapa ini (Al-Fatehah) kepada arwah2 muslimin muslimat, mukminim mukminat Yang telah meninggal dunia Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kami bermohon sya’faat dari nabi Muhammad S.A.W

AMIN AMIN YA RABBAL A'LAMIN...







Monday, October 8, 2012

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN.



Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

copy/paste by Maria Firdaus.

Tuesday, August 7, 2012

KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR

KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR



10 akhir Ramadhan (bermula jumaat ini) adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.



Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.



Sebab turun surah Al-Qadr



Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.



Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah s.w.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.



Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.


Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”



Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”



Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar



Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.



Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.



Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”



Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.



Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.



Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 patah perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.



Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,
"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."



Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.



Doa khusus di Malam Lailatulqadar



Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagaimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”



Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silap ku.



Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samaada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
· Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
· Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
· Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredhaannya.



Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.



Tanda Malam Lailatulqadar



Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
· Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala ceruk yang gelap gelita.
· Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
· Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
· Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.


Imam Tabari r.h. memilih qaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.



Marilah kita bersungguh-sungguh mencari malam yang begitu berkat dan dirahmati ini yang datangnya hanya setahun sekali sahaja.. marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keuntungan akhirat yang kekal abadi seperti mana kita berusaha bersungguh-sungguh mendapat keuntungan dunia yang sementara.



Janganlah kita hanya BIJAKSINI tetapi yang lebih penting ialah BIJAKSANA.



Rujukan:
http://www.ikim.gov.my/bm/artikel/2001/a3.htm
http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html

Wednesday, August 1, 2012

Kampus UUM Sintok Dari Udara






SEBAHAGIAN KAMPUS UUM DARI UDARA



Pintu Gerbang UUM

Sebahagian bangunan Teknologi Maklumat (CAS)




Bangunan Teknologi Maklumat dari bahagian hadapan


Bangunan Canselori dari hadapan


Bangunan Canselori pandangan dekat

Laman Canselori





Dewan Muazam Shah



Pintu Gerbang UUM



Tuesday, April 10, 2012

SERATUS SATU PERSEN MENCINTAI ALLAH (101%)








101% dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?. Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%? Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%? Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%. Bagaimana nak MENCAPAI 101%?. Apakah nilai 100% dalam hidup?.

Mari kita lihat formula matematik di bawah yang boleh membantu mendapatkan jawapannya.
Jika:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi
LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau
SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Sesungguhnya telah disepakati ulamak bahawa mencintai Allah Taala dan Rasul-Nya itu adalah WAJIB.

Firman ALLAH Azza wa Jalla:

“Dia mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54)

“Orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah: 165)

Dalam banyak hadis, Rasulullah SAW menjadikan kecintaan kepada Allah itu termasuk sebahagian daripada syarat iman. Ini menunjukkan betapa pentingnya cinta makhluk kepada Khalik.

Pernah Abu Razin Al ‘Uqaili bertanya: “Wahai Rasulullah. Apakah iman itu?” Rasulullah SAW menjawab: “(Iman itu ialah) Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain.” (Ahmad)

“Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.” (Bukhari & Muslim)

“Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintai daripada isterinya, hartanya dan seluruh manusia.” (Bukhari & Muslim)

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Semuga kita dapat mecintai ALLAH lebih dari segala2nya dengan mentaati segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya..kerana ALLAH amat mencintai kita, melebihi cinta seorang Ibu kpd anaknya..

IF ALLAH IS ALL WE HAVE, THEN WE HAVE IT ALL

Sunday, April 1, 2012

PERHIMPUNAN PAGI BERSAMA Dato NC

UUM COLGIS I LOVE IT

















Majlis Penyerahan Tugas UUM COLGIS, EDC Hotel

Kenangan Majlis Penyerahan Tugas Penolong Naib Canselor UUM COLGIS



Gambar kenangan bersama penjawat UUM COLGIS dan PNC Prof. Madya Dr. Asmah Laili Hj Yeon

Bergambar kenang-kenangan staf UUM COLGIS dalam majlis penstrukturan semula Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa dimana Penolong Naib Canselor Prof. Madya Dr. Asmah Laili Hj. Yeon telah tamat tempoh dan menyerahkan tugas kepada Prof. Madya Datin Dr. Siti Alida John Abdullah , Dekan Akademik UUM COLGIS yang akan menjalankan tugas-tugas Penolong Naib Canselor. Majlis di adakan di Hotel EDC , UUM dimana pelantikan penjawat-penjawat baru telah diumumkan.

Sunday, March 25, 2012

RAHSIA SURAH AL-KAUTHSAR


Rahsia Surah Al-Kauthsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & di...turunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sharing is Caring.

DOA UNTUK IBU DAN JUGA UNTUK KEDUA IBU BAPA

UNTUK ANAK-ANAK KU
(NUR RASYIDAH, NUR HASYIMAH,MUHAMMAD NOOR HAKIMI DAN NUR RADHWA)


DOA UNTUK KEDUA IBU DAN BAPA YANG KITA KASIHI

Anak-anakku setiap kali lepas solat fardu 5 waktu berdoalah kepada kedua2 ibu bapa kamu sebagaimana mereka mendoakan kesejahteraan kamu di dunia dan diakhirat.





Anakku... ibu dan ayah tidak berkesempatan mengamalkan doa ini kepada ibu kami kerana mereka telah pulang kerahmatullah terlebih awal.....maka anak-anakku sayangilah ibu dan doakan lah kepada ibu selagi hayat ibu masih ada di bumi ini. Tiada apa yang ibu pinta hanya doa yang ikhlas dari anak-anak ibu yang ibu kasihi....nescaya hari ini anak2 ibu doakan untuk ibu..insyaallah dimasa depan anak2 dari zuriat kamu akan berbuat demikian juga kepada kamu anak-anakku...

DOA UNTUK IBU

Saturday, February 18, 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULLAH SAW

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

1. Barli bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin ialahbuah dari syurga yang boleh mengubati buasir.

4. Anggur adalah buah yang Nabi suka. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersikahkan perut.

5. Madu ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.


7. Susu Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan

8. Cendawan baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun baik untuk rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima sangat bagus untuk membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air adalah minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

SUMBER: http://www.facebook.com/ustazmohdkazimelias

10 WASIAT RASULULLAH SAW

10 Wasiat Rasulullah SAW kpd Siti Fatimah

Ada 10 wasiat Rasulullah kepada putrinya Fatimah binti Rasulullah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri yang solehah. Wasiat tersebut adalah:

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, menghapuskan kejelekan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan keampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman shurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 shurga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bahagian dari taman shurga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.

Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia. Jadilah diri-dirimu wanita sholehah, agar negeri menjadi indah, karena dirimu adalah tiang negeri ini