PERKONGSIAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PEMAKANAN CHIA SEEDS
Pada entri kali ini aku ingin berkongsi maklumat tentang Chia Seeds yang begitu popular. Semua maklumat yang diperolehi adalah melalui cik Google dan entri bloger dalam web. Aku bukan pakar pemakanan jauh sekali pakar tentang Chia Seeds ini. Tapi aku berharap perkongsian ini dapat membantu aku dan rakan2 bloger dan pembaca yang lain mengatasi masalah kesihatan seperti aku.
Apa
itu Chia Seeds
Chia Seeds adalah biji Chia yang merupakan makanan yang
sering digunakan pada zaman dahulu kini kembali popular semula. Chia Seeds ni ada lah
sejenis tumbuhan berbunga dalam keluarga pudina itu berasal dari
Mexico dan Guatemala.
Sedikit Sejarah Tentang Chia Seeds Yang
Perlu Kita Ketahui
Chia adalah anggota dari keluarga sage
(Salvia Hispanica). Biji hitam dan putih kecil tersebut pernah menjadi makanan
pokok dari suku Inca, Maya dan Aztec, bersama dengan penduduk asli Amerika dari
barat daya. "Chia" adalah kata dari suku Maya yang membawa maksud
kekuatan. Biji yang digunakan oleh budaya kuno sebagai makanan mega-energi,
terutama bagi mereka sebagai utusan pembawa pesan yang selalu membawa kantong
kecil chia dengan mereka. Chia telah disebut 'Makanan Pelari India' dan
memberikan gelombang energi yang sangat luar biasa. Dengan mengamalkan Chia,
mampu meningkatkan daya tahan dan energi tubuh. Di Mexico kajian mengatakan bahawa
satu sendok makan biji Chia dapat mempertahankan energi seseorang untuk 24 jam.
Chia juga memilik rasa yang enak, kelihatan seperti biji selasih tapi bukan
biji selasih ya dan siap untuk disajikan secara cepat serta memiliki skala
nutrisi yang amat tinggi dari biji selasih.
Pokok Chia Seeds
Keratan Akhbar tentang khasiat biji Chia Seeds
Tarikan
Minatku Pada Chia Seeds
Entry kali ni tentang
Chia Seed yang semakin popular sekarang.. Walaupun baru mencubanya, dan belum
menampakkan hasil, tetapi ada sahabat-sahabat aku yang telah mengamalkannya
telah menunjukkan kesan yang amat ketara.
Kebetulan baru-baru semasa menghantar anak lelaki ku balik ke Kolejnya
di Sungai Petani sambil menunggu suami membeli kasut kerja aku singgah disebuah
kedai organik yang menjual pemakanan tambahan. Tertarik dengan risalah tentang
Chia Seeds ni aku terus membeli sebotol untuk mencubanya kerana aku adalah
pesakit Remithiod Arthitis (RA) yang telah mencuba pelbagai jenis produk
sebelum ini.
Kenapa
Chia Seeds Ini Kembali Popular
Mungkin antara
sebab-sebab nya adalah ada kebaikan dan kelebihannya yang tidak aku ketahui
sebelum ini. Dari hasil google dan
pencarian dari web aku dapati Chia Seeds ini sebenarnya mempunyai banyak khasiatnya
seperti berikut :
1. Fiber
Chia seed mengandungi banyak fiber.
Kajian mendapati bagi setiap 1 aun chia seed, mengandungi 11% fiber. So
kalau nak kurus boleh lah cuba... Ada kawanku yang mengambil biji chia ini
sebanyak 1 sudu teh dan mencampurkannya ke dalam air minuman.. dan kesannya
sentiasa rasa kenyang.. selepas sebulan menggamalkannya, berat badan semakin
turun.. rupanya lebih kurang biji selasih apabila dah kembang. Selain itu,
chia seed juga dapat mengelakkan rasa nak makan sebab perut sentiasa rasa
penuh dan yang penting rasa mudah membuang aie besar.
2. Omega 3 dan 6
Seperti yang semua telah maklum,
badan kita tidak dapat menghasilkan Omega 3 dan 6 . Kita perlu
mendapatkannya daripada makanan seperti ikan, susu, telur dan sebagainya.
Berita baik untuk semua kerana biji chia ni banyak mengandungi kedua-dua
asid omega ni. Jadi bolehlah diberikan kepada anak-anak makan sebab baik untuk otak dan
pertumbuhan mereka.
3. Kalsium
Khasiat seterusnya untuk tulang dan
gigi yang sihat. Biji chia mengandungi tiga kali ganda kalsium jika
dibandingkan dengan susu jadi untuk mengelakkan osteoperosis, ambiklah biji ni
dalam diet kita.
4.
Anti Oksida
Super penting untuk menghalang
radiasi bebas daripada menyerang badan kita. Bagi tujuan awet muda pun boleh juga kerana
didapati pengamal yang mengamalkan makan biji chia ni, kulit muka mereka semakin tegang
dan berseri..
5. Protein
Merupakan sumber protein yg sesuai bagi vegetarian dan juga
dapat membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan kita. Bagus untuk
kesihatan jantung. Menurut chiaseed.com.
“It
includes all essential amino acids such as leucine, lysine, isoleucine,
methionine, threonine, valine, tryptophan, and phenylalanine. The powerful
combination of these amino acids will allow you to perform better during your
training sessions and help you build more muscles faster.”
6.
Mengimbangi paras gula dalam badan
Apabila gula dalam badan seimbang,
dapat mengelakkan risiko diabetes dan badan semakin bertenaga dan lambat rasa
letih. Badan terasa bertenaga sepanjang hari. Chia Seeds juga dapat
mengelakkan daripada badan kita dehidrasi. Cuba tengok biji seeds apabila dah
direndam dalam air, kembang dan penuh dengan air, jadi bayangkan apabila biji
ni berada dalam badan kita.
7.
Anti-Inflamantory
Kajian ini telah dibuat terhadap
pesakit arthirtis. Mereka mendakwa sejak mereka mengambil chia seeds dalam diet
mereka, sakit tulang mereka berkurangan hanya selepas beberapa minggu sahaja.
Kandungan omega 3 yang banyak juga membantu melancarkan sendi-sendi
untuk bergerak. Diriku sendiri akan melihat
keberkesanannya kerana aku adalah pesakit Arhirtis.
Khasiat
Chia Seeds Yang Berganda-ganda
·
5X ganda lebih kalsium daripada susu
·
7X ganda lebih vitamin C daripada
buah oren
·
2X ganda lebih antioksida berbanding
blueberry
·
3X ganda lebih zat besi daripada
bayam
·
8X ganda lebih Omega 3 daripada ikan
Salmon
·
2X ganda lebih potassium daripada
pisang
Bagaimana
Cara Nak Makan Chia Seeds
·
Boleh rendam dalam air sejuk, jus
dan minuman
·
Boleh dimakan mentah seperti ditabur
kedalam oat, nasi, yogurt atau salad.
· Pastikan minum air yang banyak sekiranya
makan mentah.
·
Masukkan dalam bancuhan biskut atau
doh roti
·
1-2 sudu besar dimasukkan kedalam
apa jua jenis minuman kecuali yang berkafien
· Maksimum 2 sudu sehari
Kenapa Mesti Cuba Chia Seeds
Chia Seeds ni merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak sangat kelebihan iaitu
sangat kaya dengan Omega 3 di samping segala macam vitamin, nutrien, fiber,
protein, kalsium dan yang terpenting juga ialah anti oksidan. Hanya 2
sudu besar dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting
ia bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses. Boleh dimakan mentah
atau dicampur di dalam minuman atau apa jua masakan. Jika dicampur dalam
minuman ia akan kembang sama sifat seperti biji selasih.
Kelebihan istimewa Chia
Seeds
·
Melancar sistem pencernaan
·
Menstabilkan gula dalam darah
·
Meningkatkan tenaga dan kadar
metabolisma
·
Membantu mengurangkan berat badan
·
Mengeyangkan
·
Mengurangkan kolestrol
·
Melindungi jantung
·
Membantu pembentukan dan menguatkan
tulang
·
Kulit lebih sihat dan berseri
·
Sangat membantu wanita hamil dalam
membekalkan protien dan tenaga
·
Menambah susu badan
·
Menguatkan minda
·
Meningkatkan sistem imun badan
·
Arthritis
·
Membuang toksin dalam badan
·
Membantu masalah berdengkur
·
Membantu masalah sakit tumit dan
sakit sendi
·
Mengurangkan stress
·
Baik untuk pwesakit kencing
manis/diabetis
Dimana
Boleh Mendapatkan Chia Seeds
Boleh dibeli dimana-mana kedai organic atau dikedai Cosway, Eon
Big, Jusco pun ada dijual.
Marilah sama-sama mencuba khasiat Chia
Seeds ini tak salah menggunakannya. Harganya bepatutan dan murah berbanding
dengan khasiat yang diperolehi.
Kesan Sampingan Benih Chia
Sama seperti mana-mana makanan, pengambilan Chia Seeds yang
berlebihan (lebih dari satu sudu teh sehari), boleh mengakibatkan beberapa
simptom kesan sampingan. Walau bagaimanapun, kebanyakannya boleh ditangani
dengan mudah.
Perkara Yang Boleh dan Tak Boleh Di Lakukan Tentang Chia Seeds
Penjelasan lanjut berkaitan kesan sampingan Chia
Seeds boleh dirujuk di sini :
Sumber : http://strictlychiaseeds.com.my/complete-chia-seed-faq/Gambar
Chia Seeds Juga Membantu Turunkan Berat Badan
Chua Seeds juga boleh membantu untuk mengurangkan berat badan kerana apabila kita memakannya anda tidak akan berasa lapar secara tak lansung dapat mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.
Gambar-gambar yang menggunakan Chia Seeds dalam hidangan seharian. di ambil dari image Google.
Resepi
Jus Chia Seeds
Bahan-bahannya
4
sudu besar Chia Seeds + 500ml air (Direndam dgn Chia Seeds semalaman)
2
sudu besar jus delima + 500ml air (Campur jus delima dgn air)
½ biji
limau nipis (Ambil perahannya)
Cara membuat Jus Chia
Ambil
air 500ml rendaman Chia Seeds yang direndam semalaman, campurkan dengan Jus
delima yang telah dibancuh bersama 500ml air. Anda akan dapat 1000ml Chia Seeds
dan jus delima yang dicampur tadi. Ambil air perahan limau tadi dan campurkan
kedalam Jus Sia Seeds 1000ml tadi. Goncang2 serta kacau2 dan dah boleh diminum.
Sebelum
bersenam (jogging) atau memulakan kerja boleh minum 200ml. Anda tidak akan
merasa penat kerana jus ini membekalkan
tenaga. Selebihnya anda boleh minum
selepas bersenam(jogging) atau menghabiskan kerja.
Kebaikan
minum jus ini sebelum bersenam atau jogging dapat membekalkan tenaga.
·
Boleh bersenam dalam masa yang lebih
lama tanpa rasa letir dan lapar yang keterlaluan
·
Melanjutkan tempoh hidrasi (bekalan
air) dalam badan.
·
Tidak mudah rasa semput atau sesak
nafas
·
Dapat elak cramp atau kejang urat
·
Tidak termengah-mengah walaupun
bersenam lebih lama dari biasa
SELAMAT MENCUBA CHIA SEEDS UNTUK KEHIDUPAN DAN KESIHATAN YANG LEBIH BERMAKNA.
Chia chia chia
ReplyDeleteBelinya kat mn y chia seed nie
ReplyDeleteChia seeds are really very healthy.Nice posting related to chia seeds.Buy Best Chia Seeds Online at By Nature.
ReplyDeletekalau nak sihat, kena makan chia seed ni lol memang banyak manfaat chia seed ini untuk kesihatan
ReplyDelete