Monday, February 16, 2009

BULAN KEDUA 2009 DAN KENDURI KAHWIN WAN SHAKIROH DI BALING

Antara gambar kenangan di Majlis perkahwinan anak perempuan Pak Su(Wan Mat Saad Wan Din) di Kampung Bawah Gunung, Baling. Shakirah bertemu jodoh dengan orang dari Terengganu. Semuga tuhan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.



Majlis kat Baling

Ini pun kat Baling

Tumpang sekaki mengiringi pengantin ke rumah pengantin perempuan





Wawa anak bongsuku tersengih kat singgahsana pengantin



Best jugak kata si Wawa ni



Pengantin perempuan tersenyum pada hari bahagia



Mak Teh (Wan Teh Fatimah Wan Din) dan Kak Tengku jiran sebelah rumah mak Teh kat Darulaman



Mak Ngah (Mak Nora) and me kat rumah pengantin lelaki kat Terengganu




Majlis kat Terengganu



Pengantin perempuan kat rumah pengantin lelaki di Terengganu



Orang kuat basuh pinggan kat kenduri rumah Pak Su di Baling, Hosni, Yon, Faris dan Din.



Rajin la you all ni kalu belum kawin leh buat menantu...heh..heh..



Yang kat bawah ni cerita lain. Ini masa kita orang kat Putrajaya. Mengambil kesempatan bergambar kenangan berdua-duaan dan bersama-sama keluarga bercuti. Anak-anak gembira saja. Along, Angah, Kimi dan Wawa masing-masing berposing dengan gaya tersendiri.



Suamiku tercinta Noor Hashim & Me



Nur Radhwa dengan penuh gayanya...puteri paling menceriakan keluargaku



Muhammad Noor Hakimi satu-satunya jejaka penghias pondokku



Nur Hasyimah (Angah) Anak keduaku - remaja yang ceria



Nur Rasyidah (Along)Anak pertamaku - remaja happy go lucky

Mulai bulan ini dah tak ada lagi pembantu rumah mengurus pondokku. Segala-galanya kena buat sendiri. Wawa dah dihantar ke Tadika. Along, Angah dan Kimi masing2 sekolah pagi. Kami berdua pun dah keluar cari makan pagi-pagi lagi petang nanti....tak pun malam sikit baru sampai rumah. Penat juga ye dengan kain-baju , masak-memasak, urus anak-anak, kemas-mengemas rumah. Alhamdulillah berkat kerjasama semua ahli keluarga semuanya berjalan lancar. Masing-masing dah dibagi tugas lega ....hati..... Tak tahu kenapa tuhan beri rahmat limpah kurnianya aku jadi sihat walafiat. Lepas cuba ubat yang diperkenalkan oleh kawan ku di Pejabat semua berjalan lancar. Aku boleh mengendalikan keluarga dengan baik. Dah boleh sediakan makan tengahari dan tinggal untuk panaskan buat anak-anak kat rumah. Hubby pun senyum aja sepanjang hari. Aku berdoa semuga Allah Taala sentiasa merahmati keluargaku dan mengekalkan keharmonian kami sepanjang hayat. Amin

JUBLI PERAK UUM 25 TAHUN


Bila fikir-fikir dah lama rupanya berkhidmat kat UUM ni. Sejak tahun 11 Ogos 1984 lagi masa tu kat Tanah Merah, Jitra. Lepas SPM masa tu zaman-zaman gawat orang sambung belajar kita dah pun kerja. Lama kat kampus Tanah Merah hingga 1989, kawasan pun jadi cantik sejuk mata memandang berbanding mula-mula dibuka. Ingat lagi masa mula lapur diri kerja kat SPP meja kerusi pun belum ada...yang best nya ada tahi kambing bertaburan kat opis...kenangan indah tu.... lepas tu 1990 kampus dah berpindah ke Sintok nun di Utara dekat sempadan....takut juga masa tu....perubahannya berbanding dulu hingga sekarang memang banyak beza...alhamdulillah inilah UUM selepas genap 25 tahun Jubli Perak. Selamat Ulang Tahun yang ke 25 UUM. Susah senang, pahit-manis, suka-duka, inilah tempat yang banyak berbudi pada diriku. Disini aku bekerja, menimba ilmu dan mengaut pelbagai asam-garam pengalaman. Sempena Jubli Perak 25 tahun aku bertemu semula kawan-kawan lama masa kat SMJ dulu KakMilah, Syidiah, Suhaimi, Bedah, Syikin, Shah, Zurishah, Zura (Azuwal), Che Norlia, Badrul, Dilah & Mahadi. Dan kawan-kawan yang dah pergi dulu meninggalkan kita tak lupa Al-Fatihah buat Allahyarhamah Napidza Abdullah (Mak Aji Besar), Mohaini Mahmud (Diddy) dan Allahyarham Ahmad Saufi. Semuga rohnya mereka dirahmati allah dan diletakkan mereka di antara orang-orang yang beriman. Amin.

Wednesday, February 11, 2009

PERMATA KATA BUAT RENUNGAN

Kadang-kadang kita sebagai hambaNya yang serba kekurangan lupa untuk merenung sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk kesejahtera didunia dan akhirat. Renung-renungkan Riwayat-Riwayat yang tertera semuga sama-sama kita mendapat manafaat daripadanya.

1. NIAT: PERMULAAN SEGALA AMALAN

Daripada Amirul Mukmin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a, aku mendengar Nabi s.a.w bersabda : "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapat dunia atau wanita untuk dikawininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN ILMU

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w, bersabda: " Sampaikanlah daripadaku walaupun satu "ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa."

(Riwayat al-Bukhari)

3. FAEDAH MENYAMPAIKAN ILMU

Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi s.a.w bersabda; "Allah menyerikan orang yang mendengar suatu ahdis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya."

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

4. TIADA PENGECUALIAN MENUNTUT ILMU

Daripada Anas bin MAlik r.a., bersabda Rasullah s.a.w: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."

(Riawayat Ibu Majah dan Abu Ya'la)