Friday, January 15, 2010

SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2010


SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2010

Tahun baru....azam baru....itu yang biasa berlaku setiap kali masuk tahun baru. Banyak perkara yang nak dibuat menguruskan keperluan anak-anak kesekolah, menguruskan kerjaya di pejabat, khidmat masyarakat dan sebagainya.

Selamat tinggal tahun 2009....sempat juga bawa anak-anak ke Bukit Merah Lake Town sebelum masuk tahun baru. Bukan main suka lagi anak-anak dari pagi sampai ke malam....seharian disitu...ikut saja. Mujur juga ada kenalan bekerja kat situ dapat juga diskaun. Jadi semua tempat yang ada kat situ semua anak-anak dapat melawat dan bermandi-manda.

Lake Town Resort Bukit Merah

Destinasi pertama melawat Pulau Orang Utan.Perjalanan dengan bot mengambil masa lebihkurang 10 minit ke Pulau tersebut. Bermula dari atas bot staf yang bertugas memberi penerangan tentang sejarah pulau dan penempatan orang utan.

Husband dan anak-anak


Di atas bot ke Pulau Orang Utan


Wawa, Along, Angah Akilah, Me & husband


Kena angin tasik....


Hampir sampai ke Jeti....


Wawa & Me

Selamat Datang ke Pulau Orang Utan

Napsiah nama orang Utan yang sedang mengandung 5 bulan

Baby orang utan yang dijaga di nursery khas atau Recovery Room seperti kat bawah ni...comel kan...



Sampai di nursery khas memang terkejut. Anak2 orang utan ini dijaga dan dilatih seperti dipusat jagaan kanak-kanak. Ditukarkan pampers dan disusui seperti manusia.



Dibelai sama seperti manusia...sungguh hebat...


Hotel atas tasik Bukit Merah

Destinasi seterusnya melawat kawasan Ecopark yang menempatkan pelbagai jenis binatang ...lebih kurang macam kat zoo jugak....kawasan yang agak luas...kami juga berpeluang melihat Ecopark dari atas dengan menaiki Cable Car Ecopark yang menyusur secara berkayuh di atas pucuk-pucuk kayu....agak nyeri jugak....

Jeti Ecopark pintu masuk dari bawah


Along, Angah & Wawa bermain dengan rabbit

Ini plak Cable Car dari atas Ecopark. Boleh lihat permandangan dari atas dikawasan Ecopark yang menempatkan binatang-binatang. Sangat teruja sebab agak tinggi.......


Along & Hakimi

Kngah, Akilah dan kat belakang tu Ashraf dan sepupunya Badrul

Yang ni pulak cable car yang membawa pelancong merentasi tempat mandi-manda dan boleh melihat permandangan di persekitaran kawasan Bukit Merah Lake Town yang begitu indah dari atas.


Along & Hakimi


My husband and Wawa