Friday, March 26, 2010

MESYUARAT PROGRAM "JOM BALIK SMJ 1965-2009" OLEH ALUMRA

MESYUARAT ALUMNI SMJ/SMKJ (ALUMRA)
TARIKH : 21 MAC 2010
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMKJ

Dari kiri : Penasihat Cikgu Hashim Ismail, Tuan Pengetua SMJK, Pengerusi Prof. Dato'Ir. Azhari Md. Salleh, Kodinator Mejar(B) Mohd. Bahar Abd. Hamid



Tuan Pengetua SMJK sedang memberi penerangan mengenai perkembangan terkini SMKJ pada ahli mesyuarat

Ahli-ahli mesyuarat J/K Pelaksana kusyuk mendengar penerangan Tuan Pengetua SMKJ

Saudara Illias Hj. Ismail Timb. Presiden wakil SMJClass0f76-80
turut hadir memandangkan Presiden berada di luar negara

Ini Cikgu Johari Ibrahim, En. Tamrong dan wakil PIBG SMJK

Sebenarnya aku mewakili Mosin bagi group SMJ 76-80 untuk hadir ke Mesyuarat yang pertama kali buat kat SMKJ ni bagi menjayakan program yang di buat oleh ALUMRA "PROGRAM JOM BALIK SMJ 1965-2009". Oleh kerana Yeth pun dok kut Jitra kami sama-sama mai ke mesyuarat ni. Pagi tu setelah aku pi ambik Yeth kat Tanjung Pauh alah rumah dia sebelah masjid Tanjung Pauh tu....kami pun pi la SMKJ. ..... macam rusa masuk kampung pulak cari bilik mesyuarat pun tak jumpa.....jenuh dok call Mejar Baha. Patutnya aku ni lagi tau pasai dok pun kut Jitra.... Rupa-rupanya walaupun hari-hari aku dok lalu depan SMJ lepas keluaq sekolah aku tak pernah masuk SMJ hampir 3o tahun..ha..ha..Mosin pesan kat aku hang pi ambil gambar kelas lama dan gambar2 di SMJ tu. Sori Tuan Presiden aku tak dan aku pi ambil...masa tengah dok meeting hari tu bos call pulak kena balik opis...kemudian la aku ambil sebelum meeting Gerak Kerja kita kat Seremban dengan anak-anak aku na....

Sepintas lalu la pasai mesyuarat ni selepas kata-kata aluan oleh Dato Pengerusi, Tuan Pengetua SMKJ telah memberi taklimat tentang pencapaian SMKJ serta kejayaan2 yang telah dicapai dan perancangan sekolah yang akan dilaksanakan. Kira bangga aku dengar tentang pencapaian SMJK ni..ialah sekolah kita dulu. Lepas tu taklimat Pedaftaran ALUMRA disampaikan oleh Tuan Mejar(B) Bahar. ALUMRA di daftarkan pada 9/9/1999 dan telah diluluskan pada 14/2/2010.

Pas tu pembentangan kertaskerja program gabungan ALUMNI SMJ dari tahun 1965 hingga 2009. Untuk lebih terperinci pasai program gabungan akan di upload dalam blog SMJClassof 76 nanti. Dan last sekali perbincangan tentang program "JOM BALIK SMJ 1965-2009" Antara cadangan program yang AJK nak buat tu seperti Acara Sukan, Kenduri Ala Kampong, Doa Selamat/Tahlil dan Pelancaran ALUMRA.

Urusetia akan diwujudkan bagi program JBSMJ 65-09 diSMKJ yang bertanggungjawab mengumpul pengkalan data bekas pelajar, menerima pendaftaran kedatangan/penyertaan program serta pemantauan kemajuan perlaksanaan program. Program ni akan berlansung selama 3 hari mulai 3 hingga 5 Jun 2010, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMKJ). So pada ahli-ahli kita yang baca entry ni jangan lupa hampa balik la mai Jitra...ambik cuti dan lapangkan masa......mai....kita pakat-pakat jumpa cikgu-cikgu dan bekas-bekas pelajar SMJ dulu ni.....Jadi kalau boleh wakil-wakil tahun dapat menghubungi urusetia bagi menjayakan program ini nanti.

Wakil 1965-1970 - OJ, Mejar(B) Mohd Bahar Hamid

Wakil 1971-1975 - A.M. Saman, Koden

Wakil 1976-1980 - Mosin

Wakil 1981-1985 - Belum Ada

Wakil 1986-1990 - Belum Ada

Wakil 1991-1995 - Rafiza Ashaari /Alias Shukri

Wakil 1996-2000 -Belum Ada

Wakil 2001-2005- Belum Ada

Wakil 2006-2009 -Belum Ada

Mesyuarat susulan akan diadakan di SMKJ pada 11 April 2010. Memandangkan semua ahli J/K Gerak Kerja SMJClassof76 akan hadir meeting di Seremban pada 10 April...group kita akan menghantar seorang wakil untuk mesyuarat ni nanti. Di Seremban aku akan bagi taklimat dan bincangkan tugas yang akan dilaksanakan oleh group kita nanti.

Tuesday, March 23, 2010

AL-FATIHAH MOHD. AMIR ZAREF

Al Fatihah buat arwah Mohd Amir Zaref, 13 tahun anakanda kepada sahabat SMJ kita Rosli Che Ros telah meninggalkan kita semua pada 22/3/2010 jam 4.00pagi. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Masa Li call jam 7.00 pagi tu aku dalam perjalanan ke ofis tergaman juga.....aku terus maklumkan pada kawan-kawan...mana yang tidak dapat berita ini. Aku mohon maaf maklumlah telefon pun koman..send pada group SMJ ada yang tak terima....... terutama pada tuan Presiden yang berada di India...line tak clear...berita ni lambat sampai.....and thanks to kawan kita Cik Milah tolong war-war dalam blog SMJclassof76.

Semalam Li ada SMS minta tolong sampaikan ucapan terima kasih pada semua warga Ex-SMJ atas keperhatinan dan memberi sokongan...kata-kata semangat pada beliau sekeluarga dari mula anaknya sakit hingga ke akhir perjalanan anaknya kembali kerahmatullah.
Pada Li sekeluarga aku bagi pihak semua kawan-kawan semua mengucapkan salam takziah.

Tuesday, March 9, 2010

DOA KITA KEPADA ANAK ROSLI

Berita terkini yang aku dapat anak kawan kita Rosli Che Ros (019 3114597) dimasukkan semula ke Hospital Selayang. Nama anaknya Muhd Amir Zaret. Anaknya separuh koma kini. Rosli pun dalam keadaan letih. Mohsin sms aku. Katanya hang tak payah call...... sms saja sebab Rosli kata dia dah tak larat. Sayu juga aku dengaq...hari ni masa dia...masa kita tak tau lagi macamana tuhan nak duga. Kalau kawan-kawan SMJ masuk entry ni sms lah pada Rosli bagi semangat pada beliau agar lebih tabah menghadapi situasi sebegini dan tidak berasa keseorangan.
Doa Penawar - Doa Nabi Ayub Mohon Sembuh Dari Penyakit
"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
(Surah Al-Anbiyak :83)

Monday, March 8, 2010

BERZIARAH KE TAIPING

Drop by to Taiping With Love

Agak lama tak jumpa Kak Za dan Abg In. Kak Za ni kakak my hubby. Depa ni berniaga dekat Taman Tasik Taiping. Baru-baru ni semasa on the way balik dari kampung Banting singgah sekejab kat kedai depa. Bukannya apa kalau balik kampung husband kat Sungai Setar tak pernah jumpa depa. Bersilih saja. Niat tu sebenarnya nak jumpa anak-anaknya...dah lama tak jumpa. Bukan main sibuk lagi. hari tu.....maklumlah petang semasa kami singgah ramai pelanggan kat kedai tak menang tangan kedua-dua mereka. Apa lagi kami yang singgah anak beranak ni mula la tolong ambil order...ha..ha.. rupanya bukannya senang terhegeh-hegeh...anak-anak tukang antar order...husband goreng keropok lekor...aku tukang lap meja...hat tu yang aku cekap pun... tolongla jugak......Kata Kak Za orang kerja dah berhenti satu sambung belajar satu lagi dah buka bisnes sendiri...tak boleh nak halang..sebab masing2 ada hala tuju masing-masing. Banyak juga menu yang dijual Laksa, Rojak, masakan panas Ala Thai, keropok lekor, Ais Kacang sebagainya. Kata Kak Za kedai dibuka seawal tengahari hingga 10 malam. Kalau habis awal secepat 8 malam dah tutup.


Bergambar ramai bersama Kak Za dan keluarga
Anak-anak Kak Za dan anak-anak aku

Wawa dan sepupu

Bergambar kenangan Wawa and geng

Kebetulan dalam setengah jam anak-anak Kak Za datang ke kedai....terus bersalam dan berpeluk cium ngan kami anak-beranak....yang aku kagum......melihat ibu bapa depa dok sibuk...terus menolong ambil order pelanggan dan hantar makanan pada pelanggan...tak payah nak disuruh-suruh....walhal masih kecil.....Moralnya aku katakan pada anak-anakku....betapa mereka faham akan bagaimana susah payah ibubapa mereka mencari rezeki......

Thursday, March 4, 2010

BUAT KAWAN-KAWAN KU

Ada kawan-kawan sms lepas berita kawan2 ni dientrykan disini.... hang masuklah gambaq sekali.....aku tak tau hat mana satu depa ni......sebab ada yang tak pernah jumpa lagi....nak tengok hat mana satu. Ditunaikan lah hasrat depa ni......tak bagi sebut nama depa malu pulak......sebenaqnya bukan tak mau buh gambaq ni cuma nak download tu lambat line pun tak berapa nak ok hari tu.....Alhamdulillah hari ni at last dapat la jugak paparkan gambar kawan2 ni...

Ni YB Zulfitri Yaakub (Jone)

Salam takziah buat kawan SMJ kita Jone (Zulfitri Yaakub - H/P: 0193276655) di atas kepulangan ayahanda beliau pada tengahari 4/3/2010 kerahmatullah. Jenazah selamat disemadikan pada jam 6.00 petang di Kg. Kepala Batu, Jitra. Semuga roh ayahanda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fathihah. Amin.

Yang ni Jasmina Jaafar

Salam buat Jasmina Jaafar (H/P : 017 5604374) yang sekarang ni sedang menunggu anaknya di Hospital Ampang Puteri, KL. Jasmina bagi tahu platelet darah anak dia rendah 46 kalau normal 150. sekejab naik sekejab turun. Yang lega kata Jas Dr. bagitahu anak dia dah lepas tahap kritikal. Aku doakan semuga Jas bersabar menghadapi situasi ini dan semuga berkat doa kawan-kawan yang lain anaknya akan sembuh seperti sediakala . Jas ada bagitahu ada kawan2 dari SMJ datang melawat siap bawa ubikayu rebus cicah nyioq, nasi ayam panggang & KFC. Jas amat gembira maklumlah datang jauh2 sorang diri dari Jitra ada kawan2 prihatin. Aku yang jauh ni hanya dapat mendoakan dari entry ni aja. Berita terbaru dari SMS Mohsin anak Jasmina pun dah boleh balik. Alhamdulillah lega hati seorang ibu yang dari jauh datang menjaga anaknya.

Yang ni pulak Rosli Che Ros

Begitu juga salam buat Rosli Che Ros (H/P : 019 3114597) yang masih menunggu anaknya yang masih dirawat di Hospital Selayang. Harap-harap ada good progress dari masa kesemasa. Berita terbaru yang aku dapat dari Rosli...dia dah bawa balik anaknya kerumah di Gombak....penyakit anaknya masih belum dapat dikesan. Ujian darah dah dihantar ke Australia dan keputusannya sebulan dari sekarang baru tahu.