Saturday, April 24, 2010

Peristiwa 24 April.....

Coretan 24 April....Ulang Tahun Perkahwinan, Kematian, Khidmat Masyarakat dan Hari Jadi

24 April adalah Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 18. Kebetulan jatuh pada hari minggu iaitu Sabtu aku dan husband memang cuti....anak-anak pun semua ada. So the best way kami raikan dengan solat syukur pada Allah Taala yang telah memberkati usia perkahwinan dalam keadaan aman dan sejahtera serta mengurniakan empat cahaya mata yang sempurna...... Alhamdulillah..So kami gather-gather dalam suasana yang santai bersama anak-anak.....

NOOR HASHIM HJ.ABD. RAHMAN & RODIAH HJ.HALIM

Dan pada waktu yang sama aku menerima berita sedih tentang kematian jiran lama iaitu Pak Bidin yang kami kenali sebagai seorang yang sangat peramah, baik hati dan sentiasa mengambil berat tentang jiran tetangga semasa kami tinggal kat Taman Suria. Arwah meninggal kerana serangan jantung secara tiba-tiba. Ya Allah didoakan semuga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Sebelah petang aku ke Paya Pahlawan Lake Resort dengan AJK program "JOM BALIK SMJ" , Cikgu Joe, Rusma, Rusnah, Sabri and Fadzil melihat tempat untuk program "Sembang & Santai" yang akan diadakan pada malam 5 Jun 2010 nanti. At the same time we have a meeting to report the progress of the programme.


Rusma Abu Hassan dan Che Rosnah

Sebelah malamnya...yang paling best menerima kunjungan dari KMilah.....very.....very sori Happy Birhday KMilah. Mati2 ingatkan your birthday lagi 2 hari...rupa-rupanya bila bagi tau hari ini ulang perkahwinan kami....KMilah kata tak ingat ke hari birthday dia..ya Allah konon nak suprise bagi birthday present awai.....ha....ha...ha...dah nyanyuk... tak tengok dairi ...dalam tu dah terang2 tulis 24 April...... KMilah...didoakan semuga Allah merahmati kehidupan berkeluarga, mengurniakan kesempurnaan kesihatan dan memberkati rezeki KMilah dunia akhirat. Amin.


Me and Jamilah Rejab


Jamilah dropby all the way from Changlun to Penang

Thanks KMilah sudi singgah kat rumah setelah penat seharian mencari ilmu..Rasa sungguh seronok dapat meraikan teman pada hari yang istimewa.

Wednesday, April 21, 2010

MANUSIA YANG DI DOA MALAIKAT


Info ini ingin dikongsi dengan kawan-kawan yang masuk ke entri ini. Diperolehi daripada email tazkirah diofis mengenai 11 jenis manusia yang didoakan oleh malaikat. Moga dapat dimanafaatkan bersama-sama. Insyaallah.

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”



4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”




5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Wallahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Saturday, April 10, 2010

Rombongan ke Soromban

Secebis kisah....

Aku nak mohon maaf bebanyak pada kawan-kawan yang menyertai rombongan ke Soromban kat rumah Robashah. Aku tak dapat nak hadir kerana hal yang dapat nak dielakkan. Walaupun flight ticket burn macamtu aja.....aku tak kisah....tak boleh nak melangkah kaki...naluri keibuan aku mengatasi segala-galanya....aku tak boleh meninggalkan anak dalam keadaan tak sihat.....alhamdulillah terimakasih pada kawan-kawan yang menghubungi aku dan memberi kata-kata semangat....thanks KMilah, Mosin, Yeth, Dillah, Shah, Shidiah, Ida. Kemeriahan dan meeting GerakKerja untuk Grand ALUMNI this coming September aku sambut dari jauh..insyaallah...I'll give my full support.

JOM BALIK SMJ

Mesyuarat AJK Pelaksana JOM BALIK JITRA (projek ALUMRA)
Tarikh : 9 April 2010
Tempat : Country Height Club, Jenan
Masa : 3.30 ptg
Satu mesyuarat AJK Pelaksana telah diadakan Country Height Club. Di hadiri oleh Sdra Omar Jaafar sebagai Pengerusi, ahli-ahli Cikgu Johari Ibrahim, Mejar(B) Mohd Bahar Hamid, Sdri Rusma Hj. Abu Hassan, Tn. Hj. Azizan Ahmad, Sdra Muhamad Abdullah, Sdra Jamaal Saaban, Sdra Zainul Abidin Ahmad dan saya sendiri mewakili SMJClass of 76-80 bagi membincangkan program "JOM BALIK SMJ" pada 3, 4 dan 5 Jun 2010. Insyaallah kita pakat war-warkan pada kawan-kawan yang lain untuk balik mai Jitra pada tarikh ni....boleh kita jumpa bukan saja bacth kita tapi lain-lain bacth jugak.


Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai :
1) Taklimat program
2) Perlantikan AJK Pelaksana
3) Kewangan

Untuk lebih terperinci akan di entrikan minggu depan selepas perjumpaan yang akan diadakan dengan Cikgu Johari Ibrahim yang akan menjadikan rumahnya sebagai pejabat skretariat bagi program ini. Tq Cikgu.

Banyak perkara telah diputuskan dan yang paling penting sekali ialah memohon kerjasama wakil-wakil tahun yang belum ada wakil seperti dibawah menghubungi AJK Pelaksana untuk menjayakan program ini. Bagi sebelah Utara bolehlah menghubungi Cikgu Johari Ibrahim di talian 018-2383468.

Wakil 1965-1970 - OJ, Mejar(B) Mohd Bahar Hamid
Wakil 1971-1975 - A.M. Saman, Koden
Wakil 1976-1980 - Mosin
Wakil 1981-1985 - Belum Ada
Wakil 1986-1990 - Belum Ada
Wakil 1991-1995 - Rafiza Ashaari /Alias Shukri
Wakil 1996-2000 -Belum Ada
Wakil 2001-2005- Belum Ada
Wakil 2006-2009 -Belum Ada

Bagi SMJClass of 76-80 kita amat menyokong program ini dan dalam masa yang sama kami sedang bekerja keras untuk projek ALUMNI pada 11hb. September 2010 nanti. Pada Mejar (B) Baha nampaknya kami tak boleh nak cepatkan projek kami ketarikh yang berdekatan dengan projek JOM BALIK SMJ walaupun saya faham hasrat murni Mejar untuk meramaikan majlis. Kami telah merancang hampir 2 tahun lalu...dan target yang dibuat telah dipersetujui oleh ahli-ahli. Walau macamana sekali pun SMJClass of 76-80 akan memberi kerjasama yang padu pada projek ini jangan bimbang.......