Wednesday, December 22, 2010

FAMILYDAY SMJCLASSof76-80


Family Day SMJ Class 0f 76-80

Annex Mess Greysand PDRM, Port Dickson

Batu 10 1/2 , Jalan Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan

10-12 Disember 2010

Ini lah family yang menyertai Familyday SMJClass of 76-80

Duduk dari kiri : Rodiah Halim,Robashah Ismail, Saodah(wife Ruslan Tahir), Nurashidiah Halim, Zabedah Shaarin, Fadilah Ali, Jamruth(wife Mohsin)
Berdiri dari Kiri : Pak Tam(husband Rodiah), Anuar(husband Robashah), Ruslan Tahir, Anuar(husband Nurashidiah), Zabidi(husband Zabedah), Mahdi Shuid, Mohd Mohsin Abd. Razak

Ini adalah semua anak-anak yang turut hadir bersama family masing-masing. Permulaan yang baik untuk berkenal-kenalan dan mempereratkan siratulrahim.

Aktiviti hujung tahun yang dirancang sebagai penutup tahun 2010 akhirnya berlansung dengan seribu kenangan dan berjaya sebagai permulaan gathering bersama-sama family. Seramai 7 keluarga menyertai percutian ini :

1. Mohd Mohsin Abdul Razak/Jamruth
2. Mahdi Shuid/Fadzilah Ali
3. Rodiah Hj. Halim/Noor Hashim Hj. Abd. Rahman
4. Zabedah Shaarin/Zabidi
5. Robashah Ismail/Anuar
6. Nurashidiah Halim/Anuar
7. Ruslan Tahir/Saodah

Sepanjang percutian selama 2 malam 3 hari tersebut semua family bergotong royong menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam serta bbq. Hari pertama Presiden menyediakan makan malam. Tidak ketinggalan rakan-rakan yang lain membawa pelbagai makanan seperti kari ikan, sambal udang, kek buah serta pelbagai lagi. Penginapan yang ditempah oleh Ruslan juga amat selesa...terima kasih Lan Tahiaq....sebelah petang anak masing2 membantu membuat persiapan membalut hadiah untuk pertandingan sukan yang akan diadakan pada hari kedua. Anak2 diperkenalkan antara satu sama lain....lucu masih dalam keadaan malu2.....Seterusnya Mohsin dan Mahdi mengetuai rombongan ke pekan PD mencari bahan2 untuk masakan untuk hari kedua....Dillah, Ida, Bidi, Rod, Pak Tam my hubby bershopping hingga majlis bacaan yasin yg sepatutnya diadakan selepas magrib terpaksa dibatalkan kerana terlewat balik. Shidiah and family tiba agak lewat petang tersebut...Shah pulak lagi terlewat kerana husbandnya Anuar still bekerja at that time..but still join the group masa makan malam dengan acar buah, kari ikan dan kek buahnya yang emmm..sangat sedap.

Presiden SMJ Class of 76-80 Mohd Mohsin abd Razak dan Pak Tam(Noor Hashim Abd. Rahman) suami Rodiah bersantai dibilik tuan President
Nurashidiah Halim dan Rodiah Halim di perkarangan Greysand sewaktu makan malam hari pertama
Zabedah Shaarin dan anak bungsunya baru sampai ke Greysand pada sebelah petang
Bilik yang disediakan di Greysand Mess PDRM, tiga bilik, ruang tamu dan ruang dapur

Jamruth isteri kepada Presiden Mohd Mohsin Abd Razak

My pic. sewaktu baru sampai pagi 10hb Disember 2010

Permandangan dari bilikku menghadap laut yang amat mendamaikan di Greysand Mess PDRM
Fadhilah Ali sedang meyediakan hadiah yang bakal dimenangi oleh semua ahli keluarga semasa sukan yang akan diadakan pada hari kedua di Greysand
Pagi sewaktu baru sampai all the way from Kedah
Isteri Mohd Mohsin (Jamruth), Syafiqah dan Faaiz
Permandangan di tepi pantai Greysand, PD
Beramai-ramai semasa makan malam pada hari pertama di geysand. Makan malam disediakan oleh Tuan Presiden dan portluck beramai-ramai oleh ahli yang hadir.
Lagi permandangan diperkarangan laut tepi M ess PDRM Greysand, PD
Nur Rasyidah Noor Hashim (My Daughter), Mahdi Shuid dan Zabidi (husband Zabedah Shaarin) dibilik tuan Presiden pada hari pertama di Greysand
Nur Radhwa Noor Hashim (My eldest daughter) berposing

Anak Nurashidiah sewaktu makan malam hari pertama di Greysand
Menyediakan makan malam..sedang buat sambal belacan
Dari kiri : Bibik Mohsin, Pak Tam, Mosin, Me, Jamruth dan Zabedah
Jamruth dan Zabedah Shaarin
Dari kiri: Mahdi, Ruslan Tahir, Anuar husband Shidiah dan yg tak nampak tu my husband Pak Tam
Anak Robashah, Shah dan Zabedah melihat lauk-pauk untuk makan malam
Hari Kedua semuanya keletihan...kononnya nak kepasar selepas subuh...dah jadi lain cerita...matahari dah naik terpacak baru keluar mencari nyoir nak buat peknga dan menyediakan makan tengahari....Walau apa pun peknga tetap jadi dengan nyioq dibawa khas oleh Shah dari Seremban setelah org PD tak mau juai nyior mesin kat kami group kami. Menu utama kari Mumbai tanpa santan campur buah pelam Greysand, sayuq goreng kangkung, sambai belacan + ulam dah cukup membuka selera.

Anak-anak pulak keriangan mandi laut dan menaiki banana boat yang disediakan dipersisiran pantai...sementara Mahdi dan Lan melayani anak2 berpesta di pantai.

Sedang bersarapan dihari kedua...anak bungsu Zabedah...Fadhilah dan anaknya
Fitri dan menolong ibunya memasak
Saodah isteri Ruslan tahir bersama anak gadisnya menyediakan bahan untuk masak tengahari
Sedang berbincang untuk menyediakan menu masak tengahari
Bersarapan dengan peknga yang dibuat oleh chef Robashah. kelihatan Ruslan Tahir dan Pak Tam(Noor Hashim) my hubby
Anuar suami Robashah sedang memilih kacang hijau untuk dibuat bubur kacang dengan anak perempuannya sementara Zabedah Shaarin sedangmeninjau kelaut melihat anak2 sedang menaiki Banana Boat
Ayam bbq..ummmh memang sedap...perencah dibuat oleh isteri Ruslan Tahir..Cik Saodah
Mohsin sedang melayan anak2 Shidiah sambil diperhatikan oleh Mahdi dan Anuar dibelakang
Jamruth sedang menunjuk ajar pembantunya menyiang ikan untuk buat kari Mumbai
Ni sesi sarapan belum selesai...menemani Dilah yang baru balik dari pasar bersarapan..pekena peknga ngan kari ikan Shah
Berebut ...mengambil makan tengahari...mau tak laparnya baru naik dari laut..perut tentu dah keroncong...
Hai... Shidiah, Fitri dan Pak Tam...cadang2 nak ambil part kat bahagian mana nak masak tengahri ni...
Mai..mai siang kangkung....me..shidiah anak -beranak cuba mempercepatkan proses siang kangkung..
Aduh...aduh....tak habis lagi kena penangan peknga ni...Zabedah siap dah bagi warning..dah cukup time ni...nak masak tengahari plak....
Jamruth dan Shidiah ni tengah dok cuci ikan ni...
Hai Mosin tak siap-siap lagi ka kari tu....
Anuar dok tengok Mahdi...takkan nak makan nasi kosong kut...hehehe
Dua beranak ni begitu khusyuk membakaq ayam..ummm yumm..yumm
Aiit pakat baik nampak....yang sorang tu tak sabaq2 nak angkat kari tu...dah masak ke belum...
Dok bincang apa tu....tak cukup menu ka...
taroh ataiah...taroh ataih...tu dia presiden dok cedok kari dia...
Zabidi, Mosin,Rodiah,Fadhilah..kat belakang tu Shidiah dan Apai
Tu dia shidiah kata...jadila mosin ooii...jangan banjir sangat satgi kembang nasi tu...
Ni sesi kekenyangan semasa sarapan...Lan dok pikiaq lepaih ni nak mandi laut ka....atau nak buat apa....
My hubby sedang mencuci kuali...
Tokey restoran kena cuci ayam ngan Mahdi...
Ruslan Tahir and Mohsin dok buat apa tu...nampak sangat sedang berposing..hehehe

Anak dara Mohsin (Shafiqah) anak dara Ruslan(Ain) ,anak dara Pak Tam(Wawa) baru naik dari mandi laut
Hat ni anak dara Robashah..rajin dok tolong potong daun pisang....boleh calit kapur dah ni...
Cik Saodah dok tunggu Lan ni...awat tak mai mai lagi
My Hubby dan Mosin dok pikiaq tang mana nak letak kari ni....
Gaya seorang ibu mithali.... dengan Tuan Presiden....
Aikk macam adik ngan abang aihh...
Shidiah sedang bercerita dengan penuh perasaan betapa seronoqnya dapat berkumpui ramai2 gini.....
Ikan dan ayan bbq ....memang best....
Chef Shah sedang membakaq ayam...

Ha..ni Hakimi, Anuar ,anak Shidiah dan Mahdi...dah mula dah game pada petang tu....

Presiden dok bagi hadiah...yang kalah...yang menang...yang tak main pun semua dapat hadiah...tahun depan kita buat lagi....

Senyum jangan tak senyum..baling bola belon tu elok2 jangan pecahkan...nanti tersingkir....

Ni..dok menunggu dengan penuh debaran untuk menyambut bola belon yang berisi air....ready...1...2...3....

Perah jangan tak perah...

Aduh semangatnya anak aku...steady Wawa...bukan kecik sebarang kecik...semua dia nak turut serta...hehehe...

Presiden bagi hadiah kat anak bungsu kesayangan nya Syafiqah...

Yes....dapat bola tu...no....

Lari jangan tak lari.....siapa cepat..penuh la dulu ayaq tu dalam botoi....

ayomat geset go...hehehe...sapa sampai dulu ni....

Presiden bagai hadiah kat anak lelakinya...

Ha..sambut jangan tak sambut....

Apai..cepat Apai cepat isi air dalam botoi tu....

Mana bola belon ni tak sampai lagi ni....cepat la orang lain semua dah dapat...sian Apai..

Shafiqah dan anak Zabedah sedang mengisi air dalam botol

Tengok bagaimana meriahnya kaum bapa2 menyambut bola belon yang berisi air...silap sambut bedorai ayaq tu....

Aduh...tinggai sorang2 ni.....camna nak buat tu...









Nur Hasyimah sedang menerima hadiah daripada Presiden

Apai menerima hadiah

Cepat...cepat...mana satu yang penuh dulu..dapat hadiah....


Rodiah dan Nurashidiah

Dengaq tu...demonstrasi cara masak kari Mumbai oleh Jamruth isteri Mohsin....





Oooii...Pak Tam dok tuang kari ayam ngan Mosin diperhati oleh Lan Tahiaq
Menunggu kawan-kawan plang dari market PD.....sambi pekena ayaq hangat...
Ini lah peknga and telur dadar..sarapan istimewa...

Sibuk di dapur...proses penyediaan makan tengahari bermula...
Aduh bestnya pekena roti canai dan peknga...beramai-ramai camni....semuga ikatan ukhwah ini berpanjangan...
bbq ikan dan ayam...yummy....yummmy...
Mosin dan Lan dok pelekat api...
Hai...kerja keras nampak nak bagi kawan-kawan makan....
Pulun makan....jangan tak pulun.....tengah sedap tu...
Nampak tu dok kacau peknga...caya lah chef shah ni...




Anak-anak bermandi laut dan menaiki banana boat. Mahdi dan Lan turut menjadi bodyguard kepada anak-anak dipersisiran pantai. Sungguh seronok melihat keletah dan kerenah anak-anak bermandi laut.

Mahdi di timbus oleh anak-anak family ditepi pantai
Anak-anak bermesra dengan menaiki banana boat bersama-sama
Model of the year ka ni....Mahdi ditimbus...Lan pulak sedang berposing ngan anak-anak kekawan
Ready...Banana Boat dah nak jalan ni...ketaq dak..
Anak Mohsin (Shafiqah) dan anak aku (Wawa) tak jemu2 mandi pantai hari tu...
Tolong..tolong....Mahdi dah menjerit tu....
Di tepi pantai Mess pegawai PDRM Greysand, Port Dickson, Negeri Sembilan











Noor Hakimi Noor Hashim
Wawa dan Syafiqah
Terkedu masing-masing....telah dilepaskan dari Banana Boat.....pengalaman yang menyeronokkan untuk anak-anak ini.
Ain dan Nur Hasyimah
Mahdi sedang menuju kepantai untuk memantau anak-anak kawan-kawan yang berada di dalam air laut
Yahoo..dapat mandi laut....
Akhirnya dapat juga bangun dengan jayanya....
Dah hampir tertimbus ...kesian Mahdi kena buli....
Anak-anak Nurashidiah sedang berihat dibawah pokok mempelam
Rodiah dan Robashah
Rodiah, Nurashidiah, Fadhilah, Robashah dan Zabedah
Wife Mohsin (Jamruth dan anak lelakinya)
ni la...wife Pak Tam (Rodiah)
3 orang anak dara Nurashidiah dan Anuar
Fadhilah Ali, Mahdi Shuid, Zabidi, Anuar,anak Mahdi dan Nurashidiah
Ni dia Ruslan Tahir yang booking Mess pegawai PDRM ni...

WAWA My SWEET HEART

Nur Radhwa anak ku yang bungsu baru berusia 5 tahun...tak berapa hari lagi bila masuk tahun 2011 usianya akan bertambah menjadi 6 tahun....sibuk dia meminta pada ayah dan ibunya mendaftar untuk ke sekolah. Betul jugak untuk ke darjah satu tahun 2012 kena daftar dari sekarang. Aku dan suami membawa di ke SKJ3 untuk pendaftaran...bukan main lagi gembira...sepanjang2 jalan tersenyum sambil memegang salinan borang pendaftaran..nak ditunjukkan kepada abangnya yang dia akan ke sekolah tak lama lagi.....happy tengok gelagat anak bungsuku ini..

Besoknya dia minta aku gunting rambut persediaan untuk ke sekolah..hehehe..inilah Wawa anak bungsuku...yang penuh dengan imiginasi mahukan kejayaan.....semuga tahun 2011 akan membawa kepada keceriaan kerana umurnya belum cukup untuk kedarjah satu.





Saturday, December 4, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU AWAL MUHARAM 1432 H

Selamat Menyambut Tahun Baru Awal Muharam 1432 H

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah. Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Selamat menyambut Awal Muharram ...
Selamat Tahun Baru Hijrah...
Selamat berubah dari perkara yang baik kepada yang lebih baik..
dan dari yang lebih baik kepada yang paling terbaik...
kita tidak akan pernah terlambat untuk berubah...

Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”

Tepuk dada, tanyalah iman.
Mari lah kita hayati dan renung-renungkanlah sedikit kelebihan dan amalan di bulan Muharram.

Ekhsan daripada Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris

KELEBIHAN DAN AMALAN DI BULAN MUHARRAM

Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1432 Hijriyah akan tiba lebih kurang seminggu lagi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.Kehadiran bulan Muharram nanti sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan

Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2. Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad). Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.


3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram

Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak
( tidak diterima”).

Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda :
” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).

2) Nabi bersabda :
”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.
( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)

Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.
Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

4. Memasak Bubur ‘Asyura

Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.

5. Doa Awal Tahun

Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)
Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.

Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak. Fikir-fikirkanlah….

Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Ekhsan daripada Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris