Tuesday, January 24, 2017

FASA 2: SEMAKAN DOKUMEN ISO PTJ : PROSES TRANSISI ISO 9001:2015 DAN TRIPLE ISO OYAGSB


FASA 2: SEMAKAN DOKUMEN ISO PTJ :
PROSES TRANSISI ISO 9001:2015 DAN TRIPLE ISO OYAGSB
 
Entry kerjaya buat jabatanku. Aktiviti Jabatan di awal tahun 2017 telah bermula dengan semakan dokumen ISO PTJ.  Alhamdulillah pihak Jabatan telah pun membuat semakan dan pindaan pada dokumen2 jabatan. Dengan menghadiri perbincangan semakan ini akan memantapkan lagi pengurusan Jabatan
 
Terima kasih kepada IPQ  yang telah menganjurkan fasa 2 semakan dokumen ISO 9001: 2008 bagi PTJ UUM untuk proses transisi ISO 9001: 2015 dan TRIPLE ISO (OYAGSB). Bengkel semakan ini telah dijalankan pada 22 Januari 2017 (Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IPQ. Bagi Fasa 2 ini, sebanyak tujuh (7) jabatan telah terlibat dengan bengkel ini, iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Islam, Unifilm, Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Sukan, Jabatan Keselamatan dan UUM Press.
 
 
Antara Jabatan yang menyertai Semakan Dokumen ISO HEP, Pusat Islam UNIFILM, PKU, Pusat Sukan, Jabatan
Keselamatan dan UUM Press
 
Bengkel ini bertujuan untuk menyemak semula dokumen jabatan bagi menambah aspek pengurusan risiko di dalam perlaksanaan proses transisi ISO 9001: 2008 kepada ISO 9001:2015. Sekaligus, penyemakan adalah untuk keperluan bagi proses TRIPLE ISO OYAGSB.
 
Fasilitator jemputan merupakan perunding-perunding TRIPLE ISO yang di lantik oleh UUM iaitu Puan Armpon a/p I Weng, Principal Consultant dari Global Jayamaju Sdn. Bhd. dan  En. Lim Kim Yook, Principal Consultant dari KY Technical Quality Sdn. Bhd. Semua perunding yang dilantik ini merupakan perunding yang berpengalaman luas melebihi 20 tahun di dalam bidang ISO, khusus kepada kepakaran masing-masing.
 
 Bengkel  semakan ini melibatkan beberapa fasa. Bagi Fasa ke-3, bengkel ini akan diadakan pada 26, Januari;  5 Feb; dan, 8 Februari 2017. IPQ berharap agar semua jabatan yang mempunyai prosedur kerja (QP) dan arahan kerja (AK) dapat memberi kerjasama yang cemerlang di dalam memastikan proses transisi berjaya dilaksanakan.
 
Ribuan terima kasih kepada IPQ kerana menjemput semua PTJ termasuk Jabatanku demi untuk menjalankan proses peralihan ISO ini agar berjalan lancar.
 
 

Monday, January 23, 2017

Mini Reunion SMJCLASS 76-80 Majlis Kenduri Anak Fazida Ariffin

 
 
Mini Reunion SMJCLASS 76-80 Majlis Kenduri Anak Fazida Ariffin
29 Januari 2017
Kampung Telaga Batu, Mukim Putat, Jitra, Kedah
 
 
Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah Fazida Ariffin yang sudi menjemput rakan-rakan sekolah bagi menhadiri Majlis Walilmatulurus anak beliau. Begitu juga buat Tok Penghulu Jitra Rustina Shaari yang bersusah payah menjadi wakil group ini menunggu lebih awal untuk menyambut kedatangan kawan-kawan. Walaupun ramai juga yang hadir saya mohon maaf tak dapat menunggu rakan yang lain untuk bergambar. Difahamkan ramai lagi yg dating selepas aku dan yang lain2 pulang.  Insyaa Allah nanti kita aturkan lagi perjumpaan yang sebegini.


Rakan kita yang paling jauh dating. Terima kasih bebanyak Nurrasyidiah Halim yang bersusah payah datang dari Kajang, Selangor ke majlis ini.


Kelihatan dalam gambar Normi Mustaffa dan tuan rumah Fazida Ariffin sedang berbual-bual..Maklumlah dah lama tak berjumpa pasti banyak perkara nak diluahkan...Semuga majlis sebegini dapat mengeratkan lagi siratulrahim yang telah lama terpisah dek jarak waktu yang tidak mengizinkan suatu ketika dulu.


 
 Sejak berkurun lamanya tak jumpa sahabatku Mazdee yang merupakan rakan sekolah dan rakan sekerja satu ketika dulu.  Kini baru berjumpa semula.  TQVM Mazdee bersusahpayah dating dengan isteri beliau dari Sungai Petani.

 
Susana meriah di kawasan Maahad Tahfiz Kg Putat dimana Majlis di adakan. Suasana yang tenang dan mendamaikan.
 

 
 
 
Dari kiri Hasniah Baharom, Normi Mustafa, Robani, Nur Rashidiah Halim, Rodiah Halim, Isteri Ruslan, Che Husna Othman, Helmi (suami Che Husna) Mazdee Ahmad dan Ruslan (Lan Nasi Ayam)
Barisan Duduk : Noor Hashim Abd Rahman (suami Rodiah ) dan suami Hasniah.
 
 
Sahabatku Fazida Ariffin, terima kasih tak terhingga melayan kami semua dengan sajian makanan yang sedap, terutama masak daging kurma, acar rebung yang sangat2 sedap, dalca ayam istimewa,ikan pekasam, sambal belacan adan ulam-ulaman yng fresh, dadih susu lembu, cucur udang serta aneka kuih miuh yang sungguh lazat dihidangkan.  Insyaa Allah dilain masa kita bertemu lagi.  Suwaibah Ali, Ruslina Bahari , Hj Azizan , Md Radzi serta Mahyuddin Ismail minta maaf takdan nak bergambar dengan ur all semua. Kalau tak kerna ada lagi majlis ditempat lain dapatlah kita bersembang hingga ke petang.
 
 

Wednesday, January 18, 2017

LAWATAN KERJA DATO NAIB CANSELOR UUM KE JABATAN KESELAMATAN


LAWATAN KERJA DATO NAIB CANCELOR
KE JABATAN KESELAMATAN
 
Disebabkan pelbagai komitmen dalam tugas seharian baik di rumah maupun di ofis entry ini tak tercapai untuk publish pada waktu kejadian.  Bgi ku ini entry yang sangat bermakna kerana telah kesekian lama big boss tidak menerjah ke Jabatan kami...So bagiku lambat pun takpa asal ada kenangan didalam blog aku ini.
 
Pada 5 Ogos 2015 pihak Jabatan telah menerima Lawatan Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor Universiti Utara Malaysia ke Jabatan.  Rombongan tersebut di iringi pegawai-pegawai kanan Jabatan Canselori. Tujuan lawatan adalah untuk bertemu dengan staf jabatan dan diberi taklimat perancangan jabatan yang sedia ada dan perancangan jabatan yang akan datang.
Jabat                



Dato' Naib Canselor sedang berucap dihadapan staf Jabatan
 


Staf sedang bersedia dalam pembarisan
 

Menunggu Dato'VC membuat pemeriksaan barisan
 


Barisan yang di ketuai oleh Lt. Kol. Haji Musa Bari
 


Tabik kehormat oleh Lt. Kol Haji Musa Bari


Caterer sedang menyediakan makan dan minum
dikendalikan oleh Ketua Pembantu Tadbir Jabatan
 


Anggota trafik Jabatan sedang menanti ketibaan Dato'VC dan VVIP yang dijemput

 

Badrul Idzam Md Basir dan Firdaus Minamin

 
Che Sabudin Che Ali  dan Azmi Mat


Mohd Nizam Zainal Abidin dan Rozee Mat Arop


Yahya Abdullah, Norazam Sabu dan Zulhilmi Zaizan

 
Azman Azmi , Mat Rawi Had dan Muhamad Farehan Ishak


Hamzah Adnan sedang beraksi


 
Azizan bin Md Akhir
 

Saiful Amir Kidam dan artis penyanyi solo jemputan


Halim bin Din
 



Noor Hidayah Ahmad Sobari, Wan Rushila Ismail, Nurhuda Nazihah Rosli

 
Pengarah JK DSP/KS Mohd Zulkifli Mohd Noor, Omar Hashim dan Shoberi Hashim


Staf Katering Impian Utara
 












Rodiah Halim dan Harun Abd Rashid


























 









 





































































 
 
Bagi menyempurnakan majlis tersebut pihak Jabatan telah menyediakan jamuan makan (High Tea) yang dikendalikan oleh syarikat Katering Impian Utara untuk semua jemputan dan staf yang hadir. Majlis juga diserikan dengan persembahan kugiran yang dianggota oleh staf UUM menghiburkan para jemputan pada hari tersebut.