Wednesday, July 12, 2017
Sahabat2 SMJCLASS 76-80 Bersama Keluarga di Aidilfitri 2017
Kenangan bergambar bersama keluarga masing di Hari Raya Aidilfitri Tahun 2017. Bukan saja mengenali ibu bapa..mengenali anak2 juga sebagai penyambung ikatan siratulrahim persahabatan. Ini adalah sebahagian daripada gambar2 keluarga yang dapat dikumpulkan.
Rodiah Halim And Family
Azian dan Family
Azman Daan dan Family
Nazri and Family
Dato Azri dan Family
Dato Mohd Mosin dan family
Mahdi , Fadzilah Ali and Family
Hasniah Baharom and Family
Jamilah Rejab and Family
Kolenal Nazar (Jatt) and Family
Mazmin and Family
Mazni and Wife
Norshita Ayob and Family
Mohd Radzi and Family
Robashah Ismail and Family
Nurashidiah Hami and Family
Siti Jamaliah dan Family
SM Noah and Family
Soo Da Li and Family
Zurishah dan Anaknya
Saturday, February 25, 2017
12 Februari 2017 : Nasir suami kepada Sepupu ku Che Ta Koma di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
KENANGAN ARWAH NASIR SHAARI SUAMI KEPADA NORAINI DIN aka CHE TA
Dari Allah ia datang kepada Allah jua ia kembali. Genap 14 hari arwah Nasir koma di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada 25 Februari 2017, Hari Sabtu, Jam 10.30 pagi. Jenazah telah selamat dikebumikan di kampong arwah di 3541 MK20 Kuala Mengkuang, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Arwah menghadapi komplikasi kencing manis dan kegagalan buah pinggang. Telah menjalani rawatan hidrolisis dan masuk keluar hospital sepanjang tahun 2016. Walau bagaimana pun arwah kelihatan masih sihat sehinggalah pada awal tahun 2017 arwah mula hilang selera makan.
Che Ta merupakan sepupu ku yang agak rapat sejak dari kecil. Selepas berkahwin dengan arwah ikatan kekeluargaan dengan nya tidak pernah putus walaupun telah berpindah randah mengikut suaminya bertugas dimerata tempat. Hinggalah tempat terakhir bertugas di IPD Sungai Petani.
Pada hari terakhir di dunia yang fana ini jenazah beliau telah di uruskan oleh BAKA Kedah di mandikan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani sebelum di bawa ke Surau IPD Sungai Petani untuk sembahyangkan oleh khariah ditempat kediaman beliau. Kemudian di bawa pulang kampung kelahiran beliau dandikebumikan selepas asar di masjid yang berdekatan.
Ramai sanak saudara dari kedua2 belah pihak datang berziarah tak ketinggalan PakSu Wan Md Saad dan isteri Mak Su Chah, Pak Tam Wan Yahya, Mak Lang Yati isteri arwah Pak Lang Wan Min, Mak Ndak Chom isteri arwah Pak Ndak Wan Hussin, Mak Jang Wan Kamaliah serta sepupu sepapat yang rapat dengan Che Ta dan arwah.
![]() |
| Perjalanan terakhir dari IPD Sungai Petani ke Kubang Semang tempat kelahiran arwah |
![]() |
| Konvoi yang mengiringi jenazah ke Kubang Semang, Bukit Mertajam |
![]() |
| Sanak saudara yang berkunjung menziarah arwah untuk kali terakhir |
Tuesday, January 31, 2017
ANAK2 KEJIRANAN TAMAN SURIA YANG TELAH BERTEMU JODOH
Kenangan Kejiranan Taman Suria, Jitra, Kedah
Antara Tahun 1994-2005
Antara Tahun 1994-2005
Banyak kenangan sewaktu menetap di Taman Suria. Bermula dari tahun 1994 selepas bekahwin dan mempunyai anak kedua, aku dan family membeli sebuah rumah teres kos sederhana disini. Maka berpindah lah dari Kampung Padang , Jitra menduduki rumah sendiri dengan pinjaman dari perbendaharaan kerajaan Malaysia. Alhamdulillah anak-anak ku membesar dari yang pertama hinggalah yang ketiga disini.
Jiran-jiran sekeliling cukup baik. hidup bermaufakat dan harmoni. Anak2 membesar, bermain dan belajar bersama-sama. Sehinggalah Allah memberi rezeki yang lebih aku dan keluarga berpindah ke Taman Suria bersebelahan Hospital Jitra pada tahun 2006. Cukup sayang dan sedih untuk meninggalkan kejiranan ini. Tapi kata orang rezeki ada dimana2 siratulrahim tak pernah terputus dengan jiran2 lama...sedar2 anak2 semakin dewasa...seorang demi seorang setelah tamat belajar mula bertemu jodoh. Jadi dalam entry kali ini aku ingin abadikan kenangan gambar2 anak jiranku yang telah bertemu jodoh.
Jiran-jiran sekeliling cukup baik. hidup bermaufakat dan harmoni. Anak2 membesar, bermain dan belajar bersama-sama. Sehinggalah Allah memberi rezeki yang lebih aku dan keluarga berpindah ke Taman Suria bersebelahan Hospital Jitra pada tahun 2006. Cukup sayang dan sedih untuk meninggalkan kejiranan ini. Tapi kata orang rezeki ada dimana2 siratulrahim tak pernah terputus dengan jiran2 lama...sedar2 anak2 semakin dewasa...seorang demi seorang setelah tamat belajar mula bertemu jodoh. Jadi dalam entry kali ini aku ingin abadikan kenangan gambar2 anak jiranku yang telah bertemu jodoh.
Anak Azmie dan Laila yang telah berpindah ke Perlis.
Azmie merupakan rakan sekerja suamiku semasa bertugas di IPD Jitra.
Anak Azri Md Daud dan Zaini yang juga merupakan rakan sekerjaku di UUM
. Majlis di adakan di kediaman mereka di Taman Suria, Jitra
Anak Yusof Ismail dan Kak Arah yang merupakan pengasuh kepada anakku Wawa.
Majlis kenduri telah diadakan di Kodiang , Kedah.
Anak kepada arwah Wahab Bank Rakyat dan Teh yang telah berpindah ke Taman Kenanga.
Walimatulurus anaknya telah diadakan di Hotel Bustani, Jitra.
Anak kepada Azmi Mat yang merupakan rakan sekolah menengahku dan cikgu Hasni.
Majlis diadakan di Homestay Zaidah, Jalan Tok Kesop,Jitra
Anak kepada Halimah dan Mazlan yang merupakan rakan sekerja kepada suamiku di IPD , Jitra.
Majlis di adakan di kediaman mereka di Taman Suria, Jitra
Wednesday, January 25, 2017
Orkid Kesayangan Ku
Assalamualaikum semua ...Januari 2015 ....Aku singgah kembali menceriakan blog ini.....Ini hobiku sepanjang aku tidak bertinta disini...Ya menanam orkid....Kalau sudi marilah sama berkongsi gambar orkid2 ini...
Orkid2 yang menyegarkan mata dan minda terutama selepas pulang dari kerja....satu kepuasan bila orkid2 ni berputik dan berkembang...Sudah sekian lama blog ini terbiar usang dan berabuk.....Semuga selepas ini aku punya masa untuk terus menyambung update blogku ini...Selamat menjamu mata ya kengkawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































