Mini Reunion SMJCLASS 76-80 Majlis Kenduri Anak Fazida Ariffin
29 Januari 2017
Kampung Telaga Batu, Mukim Putat, Jitra, Kedah
Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah Fazida Ariffin yang sudi menjemput rakan-rakan sekolah bagi menhadiri Majlis Walilmatulurus anak beliau. Begitu juga buat Tok Penghulu Jitra Rustina Shaari yang bersusah payah menjadi wakil group ini menunggu lebih awal untuk menyambut kedatangan kawan-kawan. Walaupun ramai juga yang hadir saya mohon maaf tak dapat menunggu rakan yang lain untuk bergambar. Difahamkan ramai lagi yg dating selepas aku dan yang lain2 pulang. Insyaa Allah nanti kita aturkan lagi perjumpaan yang sebegini.
Rakan kita yang paling jauh dating. Terima kasih bebanyak Nurrasyidiah Halim yang bersusah payah datang dari Kajang, Selangor ke majlis ini.
Kelihatan dalam gambar Normi Mustaffa dan tuan rumah Fazida Ariffin sedang berbual-bual..Maklumlah dah lama tak berjumpa pasti banyak perkara nak diluahkan...Semuga majlis sebegini dapat mengeratkan lagi siratulrahim yang telah lama terpisah dek jarak waktu yang tidak mengizinkan suatu ketika dulu.
Sejak berkurun lamanya tak jumpa sahabatku Mazdee yang merupakan rakan sekolah dan rakan sekerja satu ketika dulu. Kini baru berjumpa semula. TQVM Mazdee bersusahpayah dating dengan isteri beliau dari Sungai Petani.
Susana meriah di kawasan Maahad Tahfiz Kg Putat dimana Majlis di adakan. Suasana yang tenang dan mendamaikan.
Dari kiri Hasniah Baharom, Normi Mustafa, Robani, Nur Rashidiah Halim, Rodiah Halim, Isteri Ruslan, Che Husna Othman, Helmi (suami Che Husna) Mazdee Ahmad dan Ruslan (Lan Nasi Ayam)
Barisan Duduk : Noor Hashim Abd Rahman (suami Rodiah ) dan suami Hasniah.
Sahabatku Fazida Ariffin, terima kasih tak terhingga melayan kami semua dengan sajian makanan yang sedap, terutama masak daging kurma, acar rebung yang sangat2 sedap, dalca ayam istimewa,ikan pekasam, sambal belacan adan ulam-ulaman yng fresh, dadih susu lembu, cucur udang serta aneka kuih miuh yang sungguh lazat dihidangkan. Insyaa Allah dilain masa kita bertemu lagi. Suwaibah Ali, Ruslina Bahari , Hj Azizan , Md Radzi serta Mahyuddin Ismail minta maaf takdan nak bergambar dengan ur all semua. Kalau tak kerna ada lagi majlis ditempat lain dapatlah kita bersembang hingga ke petang.
No comments:
Post a Comment