Sunday, May 17, 2009

DOA KESELAMATAN DARI SEGALA PENYAKIT



Apakah yang patut dilakukan bila berhadapan dengan musibah (Influenza A)
yang mula melanda negara sekarang. Saya ingin berkongsi pandangan dari
Pengarah Pusat Islam UUM tentang perkara ini. Mungkin kita boleh amalkan
apa yang dicadangkan oleh beliau. Ya Allah selamatkanlah kami dari musibah
ini.

1. Ikutilah perkembangan yang berlaku, sentiasa berawas dan patuhi pihak berwajib
dalam masalah ini.

2. Teruskan solat hajat, pohon perlindungan berpanjangan dari Allah 'Azzawajalla.

3. Perbanyakkan membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah Tabarak (al-Mulk). Surah ini dipanggil surah al-munjiyah (yang menyelamat). Surah ini mengajar kita bahawa kehidupan ini tempat Allah menguji kita untuk mengetahui siapakah yang terbaik dari kalangan hambaNya. Ia mengajar kita supaya melakukan amalan-amalan terbaik dalam hidup ini.

4 BerAMALlah dengan doa yang dilampirkan, yang diperturunkan oleh Mufti Negeri Sembilan.

Semoga memberi ia dapat manfaat kepada kita sebagai hamba NYA di alam fana ini.

No comments:

Post a Comment