"Ya ALLAH, Limpahkanlah rahmatMu dan Sejahterakan oleh Mu dan berkatilah olehMu keatas Penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W pembawa cahaya awal dan rahsia yang terpendam pada sekalian nama nama dan sifat-sifat"
Sunday, June 14, 2009
TINGGAL KENANGAN
Masa ni arwah ayah cukup gembira kami balik beraya. Saat ni pasti tidak akan berulang. Yang tinggal hanya emak saja.
Arwah Ayah ngan emak kat kampung Bukit Changgang, Banting
Al-Fatihah buat allahyarham ayahanda ku yang dikasihi Haji Halim bin Tahir . Arwah telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 Disember 2005 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang, Selangor selepas selamat menjalani rawatan akibat terjatuh dirumah Bukit Changgang. Walaubagaimana pun selepas rawatan akibat dari kesan bius dan komplikasi yang lain seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung arwah telah diserang strok dan koma selama 3 hari sebelum kembali ke alam barzah dalam usia 83 tahun. Anakanda sentiasa mendoakan semuga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan meletakkan ayahanda dikalangan orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment