Sempena Syawal yang mulia ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum-keluarga, sahabat-handai, rakan-taulan yang mengenali kami, andai ada salah dan silap yang tidak disedari harap dapat maafkan kami sekeluarga.
Ikhlas daripada :
Noor Hashim Hj. Abdul Rahman
Rodiah Hj. Halim
Nur Rasyidah Noor Hashim
Nur Hasyimah Noor Hashim
Muhammad Noor Hakimi Noor Hashim
Nur Radhwa Noor Hashim
Keluarga Noor Hashim Hj. Abd. Rahman dan Rodiah Hj. Halim
Aidilfitri disambut pada 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430 jatuh pada hari Ahad. Bagi keluarga kami inilah peluang untuk bergambar dan beramai dipagi raya kerana masing-masing selepas itu akan berziarah ke tempat lain. Lihatlah keluarga kami yang semakin ramai ni....Foto ini diambil pagi raya pertama di Taman Jitra, Kedah di rumah Tok Ayah Wan Hussin dan Tok Chom. Selepas sembahyang sunat Aidilfitri keluarga kami berlepas ke Penang rumah mertua, Keluarga Bang chik ke Kelang rumah mertua juga. Keluarga Bang Chak aja yang tak balik ke Johor...kesian Niza. Mertua Dik Na, Mak Sarah dan Pak Mud kat Jitra aja. Mertua Cik Tun pun agak jauh kat Pulau Kerengga...he..he...jauh la jugak kat pulau kan. Mertua Pak Ngah Din pulak kat Istana Anak Bukit...he..he..jauh la jugak kan..kan..
Keluarga Wan Iskandar Azam Wan Hussin dan Anizah Ishak
Keluarga Wan Affandi Azam Wan Hussin dan Manisah Ekhsan
Keluarga Wan Nasruddin Azam Wan Hussin dan Mawar Anita Chik
Keluarga Wan Saidatul Azam Wan Hussin dan Ahmad Hosni
Keluarga Wan Rusmarina Azam Wan Hussin dan Khairul Mahmud
Seterusnya on the way nak balik kampung kami singgah kat rumah Wan Amirul Bakri Wan Kamaruddin & Lin kat Taman Intan, Sungai Petani. Mak Ngah Nora dan Tok Nek Bedah pun ada kat sana. Pak Chaq Un buat makan-makan..kami pun singgah le ramai-ramai...best jugak kami dijamu ngan nasi daging. Terima kasih Mak Ngah...terima kasih Amirul & Lin nanti buat lagi na.
Ni lah Mak Ngah kami yang pandai masak dan kami selalu teringat-ringat masakan Mngah
Mak Ngah Nora bersama cucunya Aishah dan anak tunggalnya Wan Amirul Bakri.Kesian gambar Lin tak sempat nak ambil jangan marah ye...nanti kita ambil gambar yang lagi cantik...
Nek Tok Bedah bersama Anis dan Nina..teringatkan Arwah Tok Wan Man dah meninggal dunia pada 15 Januari 2006. Kalau ada Arwah Tok Wan suasana raya setiap tahun memang meriah. Al Fatihah buat Tok Wan.
Alahai..cik milah thanks kerana singgah kat sini. Warna permintaan anak-anak kita ikutkan aja biar pun Ptam kata warna ni tenggelam tak nampak dia..he..he..
ReplyDelete