Thursday, October 15, 2009

MASIH BULAN RAYA

SAMBUTAN RAYA UUM COLGIS

UUM COLGIS dapat gerai no 14..Singgahlah menu kami berasaskan pulut. Kalau sambutan raya ketupat dan lemang mestilah menjadi sajian utama beretmu pulak ngan rendang rusa...mestilah best. Tapi itu dah biasakan. Gerai kami memang memberi kelainan dari yang lain. Nikmatilah salah satu dari menu yang tersaji Pulut udang, Kuih Koci, Pulut Dakap ,Pulut Inti, Pulut Sambal dan yang terbest dan paling laris Tapai Pulut.



Singgah...singgah...singgah lah kat gerai kami no 14 tau...he..he..


Aimi dan Fazimah sedang menyiapkan makanan dalam gerai



Gerai Ala-Ala Hotel gitu hasil nukilan Razz yang memang berbakat memang sesuai you dengan jawatan Event Manager ditambah dengan kipas dari kain batik...



Ini adalah Tapai



Ini pulak Pulut Inti



Ini pula diperbuat dari pulut disebut sebagai Tapai Pulut


Rakan-rakan yang turut membantu mengendalikan majlis...ceria gitu


Arah & Taufiq tak ketinggalan....

Ila dan Ina posing sakan ngan baju raya ye...

SAMBUTAN RAYA PDRM KEDAH

Kontijen PDRM Kedah kali buat sambutan raya kat Dewan Wawasan Jitra. Sultan Kedah sudi mencemar duli ke Majlis ni. Siap ada pertandingan gerai tercantik lagi. JSJK tempat kerja husband buka gerai minuman. Tak sempat nak snap gerai-gerai dia orang ni. Anyway dia orang dapat no. 4 aje dari keseluruhan daerah. oklah tu tahniah ye. So kami anak-beranak dibawa untuk memeriahkan majlis dia orang. Banyak betul makanan sampai tak tahu mana satu nak di isi. Anyway tahniah kepada penganjur kerana dapat melaksanakan majlis dengan jayanya.



My husband dan gerai yang mensajikan minuman panas dan sejuk



Ini snapshot dari Hakimi...bukan main lagi mengambil gambar Sultan. Sultan pun senyum ceria. Nasib baik tak murka....



My husband dan rakan-rakan sekerja



Geng JSJK ditepi gerai



Wife En. Syawal and me serta Wawa. Ini adalah pertama kali sejak husband bertugas kat Alor Setar kami ke Majlis Jamuan Raya. Mungkin kalau ada rezeki tahun depan jumpa lagi.

BERAYA BERSAMA KELUARGA DARI SUNGAI SETAR KECIL, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

Kami sekeluarga amat berbesar hati bila menerima berita Kak Tie (Kakak Ipar) akan beraya kerumah bersama-sama anak menantunya. Anak sulungnya Khatijah (Kak long)& Md. Ali sekeluarga, Anak keduanya Khairi(Abang Ngah)& isteri serta serang cahaya mata yang baru saja 40 hari dilahirkan serta semua anak-anaknya yang lain. Pak Uda & Mak Uda serta Hakimi Junior.wah..tentu meriah. Tak ketinggalan turut sama memeriahkan suasana Abang Solihin dan kak Ani dari Kuala Perlis juga datang bersama Sulihanis.
Awal pagi kami anak-beranak dah mula membuat pelbagai persiapan menyambut tetamu.
Semua berjalan lancar apabila tetamu selamat sampai disebelah tengahari dan menjamu selera makan tengahri dengan begitu meriah.








No comments:

Post a Comment