Sunday, November 15, 2009

BUNGA MATAHARI


Perbezaan antara bunga matahari yang matang dan belum matang berwarna gelap dan kekuning-kuningan

Entri kali ini sekadar untuk berkongsi dengan penggemar pokok bunga matahari. Pokok ini ditanam pada sebelah tepi halaman rumah. Sesekali mencuci mata pada bunganya yang kekuningan dan besar sudah cukup untuk menenangkan mata dan fikiran sebagai riadah mata.


Ini adalah pokok matahari yang di tanam di halaman rumah


Bunga matahari dilihat dari jarak dekat. Yang ini agak matang sikit oleh itu bahagian tengahnya kelihatan agak gelap



Sebenarnya bukanlah hobi untuk menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah. Tapi adalah sikit-sikit sebagai penyeri. Itu pun yang biasa-biasa saja. Maklumlah menanam pokok samalah seperti menjaga anak-anak sendiri perlu dimanja dan dibelai. Tapi bila melihat pokok bunga matahari tak terlangkah untuk mencuma menanamnya kerana begitu tertarik dengan kecantikan bunga dan khasiatnya. Anyway yang menanamnya adalah suami. Thanks a lot to him. Setiap pagi kami akan mencuci mata dengan memandang bunganya yang besar dan segar di laman rumah.


Bunga matahari sesegar matahari memancar di waktu pagi....

INFO TENTANG POKOK BUNGA MATAHARI

Terdapat pelbagai jenis bunga matahari yang biasa ditanam sebagai tumbuhan penghias halaman di Malaysia.Bunga matahari mendapat namanya kerana ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah matahari.Kebanyakan bunga matahari boleh tumbuh agak tinggi sekitar 6 hingga 15 kaki. Bunganya pula bersaiz besar jika dibandingkan dengan bunga lain dari keluarga daisy. Diameter bahagian tengah bunganya selalunya berukuran antara 6 hingga 12 inci bergantung kepada keadaan iklim tempat penanamannya. Jika di Malaysia contohnya bunga matahari yang ditanam di kawasan tanah tinggi mempunyai saiz yang lebih besar dari yang ditanam ditanah rendah. Daunnya berbentuk oval. Bahagian permukaan daun dan batangnya di litupi oleh lapisan bulu kejur.



Pokok bunga matahari (Helianthus annuus L.) ialah sejenis pokok semusim dalam famili Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan kepalanya berkuntum besar. Batang pokok bunga ini boleh bertumbuh setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh mencapai diameter 30 cm dengan benih-benih "besar". Perkataan "bunga matahari" juga digunakan untuk mengertikan semua tumbuhan dalam genus Helianthus yang kebanyakannya terdiri dari pokok saka.


Bunga matahari (Helianthus annuus L.) adalah tumbuhan semusim dari suku kenikir-kenikiran (Asteraceae) yang popular, baik sebagai tanaman hiasan mahupun tanaman penghasil minyak. Bunga tumbuhan ini sangat khas, besar, biasanya berwarna kuning terang, dengan kepala bunga yang besar (diameter bisa mencapai 30cm). Bunga ini sebetulnya adalah bunga majmuk, tersusun dari ratusan hingga ribuan bunga kecil pada satu bongkol. Bunga matahari juga memiliki perilaku khas, iaitu bunganya selalu menghadap ke arah matahari atau heliotropisme. Orang Perancis menyebutnya tournesol atau "pengelana matahari". Bunga matahari merupakan bunga nasional RRC dan bunga rasmi negara bahagian Kansas, Amerika Syarikat.



INFO TENTANG KHASIAT BIJI BUNGA MATAHARI

Selama ini biji bunga matahari dikenal sebagai bahan pembuat kuaci. Padahal sebenarnya biji bunga matahari memiliki kaya kandungan nutrisi yang tinggi. Pada biji bunga matahari terkandung protein, fosfor, lemak, magnesium, besi dan potasium. Kandungan lemak pada biji bunga matahari mencapai 50%, bila kita padukan dengan susu dan hasil olahannya, biji bunga matahari dapat menjadi makanan yang mengenyangkan bagi sel tubuh.


Jika dihancurkan biji bunga matahari akan mengeluarkan minyak, minyak ini mengandungi asam likolat yang berguna untuk mengurangi endapan kolestrol pada dinding pembuluh darah. Menggunakan minyak dari biji bunga matahari lebih sehat dibandingkan dengan menggunakan mentega yang banyak mengandung lemak padat.


Kandungan zat besi didalamnya mampu mencegah anemia tanpa membuat kita menjadi lebih gemuk. Sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet tapi tidak ingin terkena anemia.

My husband with sunflower

Wonderful sunflower


Along & Wawa under sunflower

Biji bunga matahari yang digunakan dapat menggantikan kacang tanah untuk digunakan sebagai taburan pada yoghurt, salad, bubur ayam dan sup. Mulai sekarang tidak perlu ragu lagi untuk menggunakan biji bunga matahari, selain memakannya sebagai kuaci.

KHASIAT DARI BUNGA MATAHARI

BUNGA : antipiretik, hipotensif, menurunkan tekanan darah, mengurangi rasa nyeri (analgetik), nyeri haid (dysmenorrhoe), nyeri lambung (gastric pain), sakit kepala, sakit gigi, sakit perut, tekanan darah tinggi, radang payudara (obat luar), radang persendian (ubat luar), sebagai kosmetik (mencegah proses penuaan ), dan memudahkan kelahiran

BIJI : Anti dysentery, membangkitkan nafsu makan, lesu, sakit kepala, , disenteri berdarah, merangsang pengeluaran cairan tubuh (hormon, enzim, dll.), merangsang pengeluaran campak (measles). Kandungannya kaya protein, fosfor, lemak, potasium, magnesium, dan besi. Oleh sebab itu disarankan minyak biji bunga matahari dapat digunakan sebagai pengganti mentega. Ini adalah kerana pada mentega lebih banyak mengandung lemak padat. “Kandungan besi dalam biji bunga matahari juga bermanfaat, yakni untuk mencegah penyakit anemia.” Menurut Sri Wahyuningsih MKes (Pengarah Akademi Gizi Surabaya, Jawa Pos 1:48 PM 9/28/2008.

DAUN : Anti inflamasi, analgesik, antipiretik, anti radang, mengurangi rasa nyeri, dan anti malaria.

BATANG : Merangsang energi vital, menenangkan liver, merangsang pengeluaran air kecil, menghilangkan rasa nyeri pada waktu buang air kecil, nyeri lambung, air kencing bedarah (hematuria), ari kencing berlemak (chyluria), kanser lambung, kanser esophagus dan malignant mole

AKAR : Anti inflamasi, analgesik, antitusif, diuretic, batuk, batu ginjal, bronkhitis, keputihan (leucorrhoe), anti radang, peluruh air seni, menghilangkan batuk, dan menghilangkan nyeri


TIPS UNTUK MENGURANGKAN KESAKITAN PENYAKIT DARI BUNGA MATAHARI

1.Radang Payudara

Ambil kepala bunga matahari tanpa biji, lalu dipotong halus-halus kemudian dijemur, Setelah itu salai herba sampai hangus dan giling menjadi serbuk atau tepung. Ambil 10 - 15 gram tepung tersebut, larutkan dengan air (Tak tau pula bahan apa yang nak diganti kalau di Indonesia digunakakan arak putih kalau orang islam nak guna apa bagi tujuan perubatan iaitu untuk memanaskan ramuan ini?) lalu ditambah gula dan air hangat

2. Penyakit Remautik

Rebus kepala bunga matahari dengan air secukupnya sampai mengental. Kemudian rebusan yang masih hangat - hangat ditempelkan ditempat yang sakit.

3. Melancarkan buang air besar

Caranya yaitu ambil akar bunga matahari segar sebanyak 15 - 30 gram, lalu direbus kemudian diminum.

4. Sakit disentri

Ambil biji bunga matahari sebanyak 30 gram lalu seduh dengan air hangat. kemudian di stim selama satu jam. Setelah diangkat, tambahkan gula batu secukupnya, lalu diminum.

5. Jangkitan saluran kencing

Cara memanfaatkan bunga matahari untuk mengobati peyakit ini yaitu : Ambil sebanyak 30 gram akar bunga matahari, lalu rebus sebentar dengan air secukupnya. Sebaiknya air dipanaskan dulu hingga mendidih, lalu masukkan akar bunga matahari dan segera angkat. Minum air rebusan ini setelah dingin.

Demikian tips diatas semoga bermanfaat pada yang ingin mencubanya.

Untuk kandungan dalam setiap seratus gram minyak biji bunga matahari, terdapat lemak dengan total seratus, yang terdiri dari lemak jenuh 9,8 dan lemak tak jenuh (oleat) sebanyak 11,7. Selebihnya terdapat linoleat sebanyak 72,9 dan sisanya tak mengandung kolesterol.

3 comments:

  1. Assalammualaikum..
    Kak diah
    Jual x bunga matahari tu..
    Sy nk tanam susah benar nk mncrinya..
    Boleh whatspp sy 0176169474

    ReplyDelete
  2. bunga matahari amik masa berapa lama nak membesar eh ?

    ReplyDelete
  3. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete