Entry ni memang lambat sebab bila balik dari bercuti banyak sangat kerja nak dibuat ...dirumah...dipejabat...pas tu memenuhi jemputan kenduri yang berderet-deret so...kerana kesuntukan waktu entry ni dah delay beberapa kali.......
MELAWAT DANGA BAY DAN BANDAR JOHOR BAHRU
Selepas meraikan Majlis kenduri kahwin Abang Zainul dan Kak Sam rombongan kami telah mengambil kesempatan untuk membawa anak masing-masing berjalan2....maklumlah sempena cuti persekolahan kebeberapa tempat yang sempat disinggah antaranya seperti Danga Bay, tempat membeli belah di Air Hitam, tempat bersejarah bandar Melaka, tempat bershopping Nilai 3 dan melawat keindahan bandar Putrajaya di waktu malam.
Selepas meraikan Majlis kenduri kahwin Abang Zainul dan Kak Sam rombongan kami telah mengambil kesempatan untuk membawa anak masing-masing berjalan2....maklumlah sempena cuti persekolahan kebeberapa tempat yang sempat disinggah antaranya seperti Danga Bay, tempat membeli belah di Air Hitam, tempat bersejarah bandar Melaka, tempat bershopping Nilai 3 dan melawat keindahan bandar Putrajaya di waktu malam.
Selamat Datang ke Danga Bay Beach
Johor Bahru
MELAWAT AIR HITAM, JOHOR
Selepas bersiap-siap ...memulangkan kunci penginapan pada abang Zai, rombongan kami meneruskan perjalanan pulang singgah di Air Hitam dimana tempat tersebut terkenal dengan kraftangan pasu, peralatan perhiasan pelbagai jenis, makanan dan sebagainya. Sampai terlalu awal sempat la bersarapan dengan menu yang berbeza seperti soto Johor yang memang best tak sama macam kat Kedah dan yang special murtabak Singapore. Ya Allah punya la kenyang murtabak tu tersangat besar bila order 2 biji dah tak boleh nak dihabiskan. he..he tak sempat nak snap gambar pulak tu...
Kat Air Hitam tak lama lepas sarapan rombongan terus ke Bandar Melaka. Banyak tempat menarik dan bersejarah nak dilawat. Yang mana sempat saja sebab kesuntukan masa. So Entry ni lebih kepada nak berkongsi perjalanan dengan saudara mara yang tak dapat ikut serta tempohari terutama keluarga Din & Mawar.
MELAWAT MELAKA BANDAR BERSEJARAH
Tengahari sampai kat Melaka. Perhentian amat strategik iaitu di Medan Samudra dimana menjadi tempat tumpuan pelancong dari luar Melaka bertumpu kat situ..Kat situ ada Eye On Malaysia, Muzium, Kapal-kapal lama, Menara Taming Sari, Beca-beca dan sebagainya.
Selepas puas melawat Melaka Bandar bersejarah selepas Zohor kami berlepas ke Nilai 3. Kerana agat keletihan ramai yang singgah bersolat dan relax kat atas bas. Ramai orang kat Nilai hingga kan parking puas berlegar-legar. Bagi yang muda-muda semua turun bershopping. Tak dapat nak snap gambar kat Nilai maklumlah bateri pun dah weak. Lepas Asar kami berlepas ke Putrajaya melihat lokasi Masjid baru Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan yang dalam pembinaan. dan seterusnya lepas Maghrib kami berlepas pulang ke Kedah.
SNAP SHOT DALAM PERJALANAN PULANG KE KEDAH
No comments:
Post a Comment