Kenangan Kejiranan Taman Suria, Jitra, Kedah
Antara Tahun 1994-2005
Antara Tahun 1994-2005
Banyak kenangan sewaktu menetap di Taman Suria. Bermula dari tahun 1994 selepas bekahwin dan mempunyai anak kedua, aku dan family membeli sebuah rumah teres kos sederhana disini. Maka berpindah lah dari Kampung Padang , Jitra menduduki rumah sendiri dengan pinjaman dari perbendaharaan kerajaan Malaysia. Alhamdulillah anak-anak ku membesar dari yang pertama hinggalah yang ketiga disini.
Jiran-jiran sekeliling cukup baik. hidup bermaufakat dan harmoni. Anak2 membesar, bermain dan belajar bersama-sama. Sehinggalah Allah memberi rezeki yang lebih aku dan keluarga berpindah ke Taman Suria bersebelahan Hospital Jitra pada tahun 2006. Cukup sayang dan sedih untuk meninggalkan kejiranan ini. Tapi kata orang rezeki ada dimana2 siratulrahim tak pernah terputus dengan jiran2 lama...sedar2 anak2 semakin dewasa...seorang demi seorang setelah tamat belajar mula bertemu jodoh. Jadi dalam entry kali ini aku ingin abadikan kenangan gambar2 anak jiranku yang telah bertemu jodoh.

Anak Azmie dan Laila yang telah berpindah ke Perlis.
Azmie merupakan rakan sekerja suamiku semasa bertugas di IPD Jitra.
Anak Azri Md Daud dan Zaini yang juga merupakan rakan sekerjaku di UUM
. Majlis di adakan di kediaman mereka di Taman Suria, Jitra
Anak Yusof Ismail dan Kak Arah yang merupakan pengasuh kepada anakku Wawa.
Majlis kenduri telah diadakan di Kodiang , Kedah.
Anak kepada arwah Wahab Bank Rakyat dan Teh yang telah berpindah ke Taman Kenanga.
Walimatulurus anaknya telah diadakan di Hotel Bustani, Jitra.
Anak kepada Azmi Mat yang merupakan rakan sekolah menengahku dan cikgu Hasni.
Majlis diadakan di Homestay Zaidah, Jalan Tok Kesop,Jitra
Anak kepada Halimah dan Mazlan yang merupakan rakan sekerja kepada suamiku di IPD , Jitra.
Majlis di adakan di kediaman mereka di Taman Suria, Jitra
No comments:
Post a Comment