FASA 2: SEMAKAN DOKUMEN ISO PTJ :
PROSES TRANSISI ISO 9001:2015 DAN TRIPLE ISO OYAGSB
Entry kerjaya buat jabatanku. Aktiviti Jabatan di awal tahun 2017 telah bermula dengan semakan dokumen ISO PTJ. Alhamdulillah pihak Jabatan telah pun membuat semakan dan pindaan pada dokumen2 jabatan. Dengan menghadiri perbincangan semakan ini akan memantapkan lagi pengurusan Jabatan
Terima kasih kepada IPQ yang telah
menganjurkan fasa 2 semakan dokumen ISO 9001: 2008 bagi PTJ UUM untuk proses
transisi ISO 9001: 2015 dan TRIPLE ISO (OYAGSB). Bengkel semakan ini telah
dijalankan pada 22 Januari 2017 (Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IPQ.
Bagi Fasa 2 ini, sebanyak tujuh (7) jabatan telah terlibat dengan bengkel ini, iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Islam, Unifilm,
Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Sukan, Jabatan Keselamatan dan UUM Press.
Antara Jabatan yang menyertai Semakan Dokumen ISO HEP, Pusat Islam UNIFILM, PKU, Pusat Sukan, Jabatan
Keselamatan dan UUM Press
Bengkel ini
bertujuan untuk menyemak semula dokumen jabatan bagi menambah aspek pengurusan
risiko di dalam perlaksanaan proses transisi ISO 9001: 2008 kepada ISO
9001:2015. Sekaligus, penyemakan adalah untuk keperluan bagi proses TRIPLE ISO
OYAGSB.
Fasilitator
jemputan merupakan perunding-perunding TRIPLE ISO yang di lantik oleh UUM iaitu
Puan Armpon a/p I Weng, Principal Consultant dari Global Jayamaju Sdn. Bhd. dan En.
Lim Kim Yook, Principal Consultant dari KY Technical Quality Sdn. Bhd.
Semua perunding yang dilantik ini merupakan perunding yang berpengalaman luas
melebihi 20 tahun di dalam bidang ISO, khusus kepada kepakaran masing-masing.
Ribuan terima kasih kepada IPQ
kerana menjemput semua PTJ termasuk Jabatanku demi untuk menjalankan proses peralihan
ISO ini agar berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment