Tuesday, June 16, 2009

FKBM DALAM MEMORI YANG TAK BISA DILUPAKAN

Majlis Makan Malam PERKOM


Sukan Sepakat Minda diadakan untuk mempereratkan siratulrahim antara staf



Majlis Makan Malam Tahunan FKBM Sekumtum Mawar merah

FKBM menyambut Ulang Tahun ke 3 penubuhannya


FKBM di anugerahkan Rekod Jalur Gemilang Terpanjang yang dibuat dengan menggunakan CD yang terpakai.


Seminar Komunikasi Langkawi 2004

Banyak kenangan manis semasa di FKBM. Dulu belum ada blog untuk diabadikan gambar-gambar ini. Dengan adanya N3 ni dapatlah mengimbas kembali kenangan bersama sebuah fakulti yang telah pun berkubur menjadi Kolej. FKBM yang telah sepi dan menjadi sejarah dalam kerjayaku.


Pengurusan FKBM 2003
Dekan PM Dr. Che Su, TD(A)En.Khairi,TD(P&P)PM Dr. Shaharum, Ketua Jabatan Komunikasi En. Baharuddin, Ketua Jabatan Media Pn. Norsiah dan Ketua Jabatan Bahasa Dr. Ahmad Affendi Shabdin, Pengarah Pentadbiran Pn. Faridah Hamzah

Monday, June 15, 2009

MEMORI NAN LALU



Inilah anak bungsuku Nur Radhwa Noor Hashim yang tiada dalam gambar di bawah kerana masih melayan mimpi dan tidur di pagi raya ni.....tak apalah dik. Awak tu masih kecil ye.



Bergambar pada Hari Raya Puasa tahun 2007. Masa ini emak dari kampung Bukit Changgang, Banting Selangor menunaikan ibadah puasa di rumahku di Taman Mawar, Jitra dan seterusnya menyambut Hari Raya disini. Masa ni bawa emak beraya di rumah adik ayah di Taman Jitra dan bergambar bersama keluarga ayah Wan Hussin Wan Din. Semua ada keluarga Wan Iskandar Azam, Wan Affandi Azam, Wan Nasruddin Azam, Wan Rusmini Azam, Wan Saidatul Azam dan Wan Rusmarina Azam. Meriah bersama anak-anak saudara serta sepupu sepapat. Maklumlah bukan senang nak berkumpul begini. Semuga Allah akan terus mengeratkan silatulrahim ini.



Ini gambar kenangan pada Hari Raya 13 Julai 2007 di rumah 30 Taman Jitra, Jitra. Semua ada kecuali anak bongsu Nur Radhwa.
Yang duduk di sofa emak Pn. Jaimah Sipon, emak saudara Pn. Kalthum Abd. Rahman, bapa saudara Wan Hussin Wan Din.
Dibelakang berdiri suamiku tersayang Noor Hashim Hj. Abd. Rahman and me Rodiah Hj. Halim.
Di hadapan anakku yang ke 2 Nur Hasyimah Noor Hashim, anak ke 3 Muhammad Noor Hakimi Noor Hashim dan anak sulungku Nur Rasyidah Noor Hashim.

Sunday, June 14, 2009

TINGGAL KENANGAN


Masa ni arwah ayah cukup gembira kami balik beraya. Saat ni pasti tidak akan berulang. Yang tinggal hanya emak saja.


Arwah Ayah ngan emak kat kampung Bukit Changgang, Banting









Al-Fatihah buat allahyarham ayahanda ku yang dikasihi Haji Halim bin Tahir . Arwah telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 16 Disember 2005 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang, Selangor selepas selamat menjalani rawatan akibat terjatuh dirumah Bukit Changgang. Walaubagaimana pun selepas rawatan akibat dari kesan bius dan komplikasi yang lain seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung arwah telah diserang strok dan koma selama 3 hari sebelum kembali ke alam barzah dalam usia 83 tahun. Anakanda sentiasa mendoakan semuga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan meletakkan ayahanda dikalangan orang-orang yang beriman.

Sunday, May 17, 2009

DOA KESELAMATAN DARI SEGALA PENYAKIT



Apakah yang patut dilakukan bila berhadapan dengan musibah (Influenza A)
yang mula melanda negara sekarang. Saya ingin berkongsi pandangan dari
Pengarah Pusat Islam UUM tentang perkara ini. Mungkin kita boleh amalkan
apa yang dicadangkan oleh beliau. Ya Allah selamatkanlah kami dari musibah
ini.

1. Ikutilah perkembangan yang berlaku, sentiasa berawas dan patuhi pihak berwajib
dalam masalah ini.

2. Teruskan solat hajat, pohon perlindungan berpanjangan dari Allah 'Azzawajalla.

3. Perbanyakkan membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah Tabarak (al-Mulk). Surah ini dipanggil surah al-munjiyah (yang menyelamat). Surah ini mengajar kita bahawa kehidupan ini tempat Allah menguji kita untuk mengetahui siapakah yang terbaik dari kalangan hambaNya. Ia mengajar kita supaya melakukan amalan-amalan terbaik dalam hidup ini.

4 BerAMALlah dengan doa yang dilampirkan, yang diperturunkan oleh Mufti Negeri Sembilan.

Semoga memberi ia dapat manfaat kepada kita sebagai hamba NYA di alam fana ini.

Sunday, May 10, 2009

MENYUSUR KE BANGKOK

Suasana di atas bas dalam perjalanan ke Kota Bangkok

Bot yang membawa kami menyusur sekitar Bangkok









Indahnya Bangkok ketika berpeluang menyusur dengan bot air menyusur kota Bangkok



Kenangan di depan Hotel penginapan di Bangkok




Ini pula kat Thaksin University


University Prince of Songkla




Kat Nation Channel Bangkok


Makan-makan seafood kat Bangkok

Kenangan ini ingin diabadikan juga dalam N3 kali ni. Semasa bersama FKBM satu lawatan sambil belajar telah dibuat ke Bangkok. Perjalanan mengambil masa selama 2 hari. Sepanjang perjalanan kami telah singgah ke beberapa buah universiti di Thailand untuk bertukar-tukar pandangan. Pengalaman ini amat berharga sekali. Rombongan dilayan dengan begitu baik dan mesra sekali.

Monday, April 6, 2009

TEAM HELANG

TEAM HELANG UNIVERSTI UTARA MALAYSIA

Nak bersukan macam muda-muda dulu dah tak larat. Team tenis pun dah lama tak jenguk. Tapi semangat nak bersukan tu masih ada. Tak dapat main lepak kat tepi padang pun dah beri kepuasan..tak gitu.

Aik...cepat-cepat jangan kalah ye....

Setiap tahun akan diadakan pertandingan antara Jabatan. Inilah kami dari team Helang yang terbang sambil menyambar untuk menjadi johan. Menang kalah tak penting yang semangat kesukanan. Jadi pom-pom girl pun jadilah....untuk memberi sokongan pada team. Akhirnya jangan tak tahu kita dapat Naib Johan tau....

PROMOSI UUM DI PENANG DAN N/SEMBILAN

<

Bergambar kenangan dengan student yang begitu berminat dengan organisasi kami.
Semuga you all akan berjaya dan good luck ye....

Promosi kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sangat meriah. Urusetia yang terdiri dari pelajar-pelajar matrik menyambut kedatangan kami dengan mesra dan friendly. Pujian patut diberikan kerana kami amat berpuashati dengan layanan yang diberikan walaupun tempat penginapan agak jauh di Bahau. Pelawat yang terdiri dari para pelajar dan guru-guru di daerah tersebut amat memberansangkan.

Ramai pengunjung hingga tak terlayan...tapi respect la dia ni best.


Team COLGIS En. Mujahid, Rod, Salmah. Belakang tu Mad, Fahmie dan 2 pelajar merangkap urusetia Rawiyah dan kawannya.


En. Mujahid kusyuk memberi penerangan pada pengunjung


eehh....Cik Sal kita ni mengambil peluang bergambar ngan pengunjung lak ye...


Permintaan pengunjung teringin nak bergambar kat booth UUM...boleh la apa salahnya.


Lawatan tetamu VIP ke booth kami. Banyak juga info yang ditanya.