Saturday, September 24, 2011

Rombongan SMJCLASS 76-80 from Jitra to Shah Alam

ROMBONGAN SMJ CLASS 76-80 KE RUMAH PRESIDEN MOSIN RAZAK
TARIKH : 16 SEPTEMBER 2011


Pada 16 September 2011 aku telah mengumpulkan rakan disekitar sebelah utara untuk menghadiri jemputan "open house" di rumah tuan Presiden di Taman Tun Dr. Ismail, Shah Alam, Selangor. Dengan bas UNIUTAMA kami sama2 membawa keluarga dan berkongsi wang ringgit untuk menjayakan majlis tersebut. Seronok dengan perjalanan yang santai dan selesa dengan bas UNIUTAMA yang singgah kebeberapa hentian seperti Jitra, Sungai Petani dan Penang. Kami bertolak pada sebelah pagi jumaat dan pulang pada sebelah malam setelah majlis selesai. Kami selamat sampai pada hari Sabtu pagi sebelum subuh.

Dalam perjalanan kami telah bertemu dengan satu lagi bacth SMJ CLASS 76-80 berbangsa Cina di R&R Gurun. Amat terharu dengan pertemuan yang tidak disangka2 tersebut.


Mahayuddin dan my hubby sibuk menggantung banner di depan rumah mosin

Rombongan kami yang baru tiba ke TTDI

Angah, Normi, Hasniah dan Jamilah

Gembira Angah, Nomie dan Hasniah baru menyusur jalan..

Beramai-ramai mengabadikan kenangan

Kelihatan 2 org hero sedang meninjau permnadangan disekeliling TTDI





Anie Fatimah Hashim




















Sunday, August 21, 2011

SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN

Add ImageMAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 54
Tarikh : 22 Ogos 2011
Tempat : FoyerPerpustakaan Sultanah Bahiyah
Masa : 8.15 pagi




Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak mengingatkan kakitangan universiti ini untuk memelihara dan menjaga kemerdekaan negara yang berada pada usia yang masih muda dengan mengelakkan perpecahan sesama sendiri.

“Kita perlu ingat usia kemerdekaan negara baru menjangkau 54 tahun, iaitu masih lagi muda untuk sebuah negara dijajah kembali. Ini dapat dilihat pada hari ini, di mana perpecahan sesama kita sedang berlaku dan tiada lagi kesepakatan hingga terlupa agenda perjuangan kita sebelum ini dalam menuntut kemerdekaan negara,” katanya.

Dr Mohamed Mustafa juga berkata, tidak salah untuk setiap individu di Malaysia untuk berlainan fahaman tetapi janganlah sehingga berpecah. Ini kerana pengertian merdeka itu juga membawa maksud penentuan nasib sendiri.

“Kita perlu insaf dan mengambil iktibar daripada negara-negara yang lain yang sama-sama mengecapi kemerdekaan sama seperti kita, tetapi sekarang di ambang kehancuran akibat perpecahan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Kemerdekaan UUM 2011.

Sementara itu, pada Perhimpunan Kemerdekaan yang diadakan di Dataran Perdana UUM pagi tadi, Dr Mohamed Mustafa mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang hadir untuk berkumpul bersama untuk satu tujuan iaitu mengingati kemerdekaan negara.

Pada perhimpunan itu juga, beliau turut mengingatkan kakitangan pentadbiran dan akademik yang hadir bahawa penubuhan universiti ini juga merupakan sebahagian daripada sejarah kemerdekaan negara.

“UUM ditubuhkan untuk memberi makna kepada kemerdekaan kerana komunis tidak mengiktiraf kemerdekaan negara. Malah, bumi Sintok ini merupakan kawasan hitam, iaitu medan petempuran sehinggalah kawasan ini diputihkan pada tahun 1989 selepas Perjanjian Hatyai.

“Tun Dr Mahathir memilih untuk membangunkan universiti ini bukan sahaja untuk memberi makna dengan mengisi kemerdekaan malah untuk memberikan pendidikan yang berkualiti pada anak bangsa untuk terus memelihara kemerdekaan negara,” tambah beliau lagi.

Pada perhimpunan yang turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti itu juga turut berlangsung Pelancaran Tabung Rayuan Hari Pahlawan.

MAJLIS BERBUKA PUASA BY KELAB KEBAJIKAN COLGIS

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN KELAB KEBAJIKAN COLGIS
Tarikh : 18 Ogos 2011
Masa : 7.30 petang
Tempat : Hotel EDC UUM








Kelab Kebajikan dan Rekreasi UUM COLGIS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 18 Ogos 2011 (Khamis) yang lalu bertempat di EDC, UUM. Majlis tersebut bertujuan merapatkan silaturahim kakitangan sempena Ramadhan bulan penuh keberkatan. Majlis yang meriah dengan kehadiran lebih kurang 200 orang termasuk ahli keluarga masing-masing dan juga rakan-rakan dari bidang pengajian yang baru disatukan dibawah UUM COLGIS iaitu Perniagaan Antarabangsa, Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar.

Sunday, August 7, 2011

GANJARAN PUASA RAMADAN

Ganjaran Puasa Ramadan

Perkongsian bersama daripada Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia. Semoga dibulan mulia ini aku mendapat berkat dari Allah Taala. Amin.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azzawajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (daripada mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi (musk).”

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Huraian Hadis:

1. Puasa merupakan perkara “dharuriah” dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

2. Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik (madrasah) untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar.

3. Bulan Ramadan dikenali juga sebagai bulan peningkatan prestasi, di mana Allah memberi pahala yang berlipat kali ganda bagi memotivasikan umat Islam dalam mengaut keuntungan akhirat.

4. Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih).

5. Ramadan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadan ini kerana bulan Ramadan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah SWT.

Saturday, July 30, 2011

KESILAPAN YANG KERAP DILAKUKAN DI BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan datang lagi syukur alhamdulillah.....Selamat berpuasa buat semua blogger muslimin dan muslimat. Maafkan saya jika ada kesilapan dan kesalahan samada sengaja atau tidak disengajakan. Semoga umur kita dipanjangkan sehingga Ramadhan ini serta ibadat puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya . Ustaz mohon dikongsi akan takzirah yang disampaikan oleh ustaz sebagai peringatan dan pedoman buat diriku dan rakan2 muslimin dan muslimat semua.

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh
Utz Zaharuddin Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يارسولالله , أيالدعاءأسمع؟ : قال : جوفالليلالأخيرودبرالصلواتالمكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَالرَّجُلَيُطِيلُالسَّفَرَأَشْعَثَأَغْبَرَيَمُدُّيَدَيْهِإلىالسَّمَاءِيارَبِّيارَبِّوَمَطْعَمُهُ

حَرَامٌوَمَشْرَبُهُحَرَامٌوَمَلْبَسُهُحَرَامٌوَغُذِيَبِالْحَرَامِفَأَنَّىيُسْتَجَابُلِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثةلاترددعوتهم , الإمامالعادل , والصائمحتىيفطرودعوةالمظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إنللصائمعندفطرهدعوةلاترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Semuga dapat dijadikan panduan pada diriku, keluargaku dan kaum muslimin dan muslimat semua...semuga Allah memberkati segala amalan yang baik dulan yang penuh mulia ini...Amin...

Wednesday, July 27, 2011

Reunion SMJCLASS 76-80 24 Julai 2011

REUNION SMJCLASS 76-80
TEMPAT : HOTEL EDC UUM, SINTOK
TARIKH : 24 JULAI 2011
MASA :2.00 PTG - 6.00 PTG

Sekali lagi setelah sekian lama menyepi diri urusetia SMJCLASS 76-80 berjaya mengumpulkan kawan-kawan disekitar Utara bagi mengadakan pertemuan sebelum menjelang bulan Ramadan. Walaupun sambutan tidak begitu menggalakkan kehadiran beberapa kawan2 yang sebelum ini belum pernah bertemu antara satu sama lain semenjak 30 tahun yg lalu menimbulkan nostalgia kembali zaman persekolahan. Amat beruntung sekali Tuan Presiden SMJCLASS 76-80 saudara Mohd Mohsin Razak sudi menghadirkan diri pada petang tersebut. Beliau bersusah payah datang dari Kuala Lumpur untuk memeriahkan majlis. Terima kasih Mosin....kawan-kawan sungguh gembira dengan kehadiranmu.

Antara yang hadir pada petang tersebut :

1. Mohd Mosin Abd Razak
2. Rodiah Hj Halim
3. Mazmin Abd. Rahman
4. Rohani Mat Shariff
5. Jasmina Jaafar
6. Sobri Rani
7. Hasniah Baharom
8. Mahyuddin Ismail dan Isteri
9. Normi Mustaffa
10.Husna Othman
11.Nurhayati Did

Berdiri dari kiri :Nurhayati Did,Hasniah Baharom,Rusnani Shariff,Rodiah Halim,Normi Mustaffa,Husna Othman,Jasmina Jaafar dan Mazmin Abd. Rahman
Duduk dari kiri : Sobri Rani(Ahchai Abdullah),Mohd Mohsin Abd.Razak dan Mahyuddin Ismail


Sebahagian kawan-kawan yang hadir pada perjumpaan ramah mesra

Rodiah,Normi,Husna dan Jasmina

Berbual-bual sambil menikmati steambot

Presiden beramah mesra dengan kawan2 setelah lama tidak bersua

Senyuman seorang Presiden...

Nurhayati Did turut berbesarhati datang walaupun agak lewat sedikit







Husna pertama kali bersua rakan2 setelah hampir 30 tahun lebih tidak bersua