Wednesday, December 23, 2009

PROMOSI UUM - KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

PROMOSI UUM - KOLEJ MATRIKULASI MELAKA.
16 Disember - 19 Disember 2009

Kolej ini terletak di Londang, Masjid Tanah, Melaka. Agak jauh juga dari bandar Melaka. Perjalanan dari Universiti Utara ke sini mengambil satu hari perjalanan. Bertolak jam 8.00 pagi dan sampai ke Kolej Matrikulasi lebihkurang jam 8.00 malam. Tempat penginapan telah ditempah oleh En. Mahadi untuk kami yang terdiri dari seorang driver dan empat orang pegawai bertugas iaitu En. Roslan Zainuddin, Saya, Puan Salmah Maarop.

Bermalam di Seraya Hotel, Kg. Hailam, Pengkalan Balak setelah penginapan yang telah awal dibooking telah diserahkan kepada team UKM kerana tersilap faham. Terima kasih pada Kak Zai dan Abang Najid yang mengrekomenkan chalet adiknya. Kalau tidak kalut juga hari tu. Selepas menjalankan tugas rasmi kami sempat juga melawat beberapa tempat bersejarah di Melaka antaranya Bandar Melaka, naikbot kat River Cruise, melawat Kampung Portugis, dan berkesempatan makan di restoran Asam Pedas Pokok Besar.

Signboard yang menyambut kedatangan kami ke Negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah

Kolej Matrikulasi Melaka, yang terletak di daerah Masjid Tanah
Banner program yang dijalankan di Kolej Matrikulasi Melaka

Lawatan Pengarah Kolej Matrikulasi Melaka ke booth UUM

Bersama ex-student UUM yang kini bertugas di KMM

En.Ruslan sedang khusyuk memberi penerangan pada student

Menandatangani buku pelawat Kolej Matrikulasi

Bergambar kenangan sewaktu rehat lunch time, En. Ruslan Zainuddin, Rodiah, Pn. Salmah Maarop & En. Mahadi Mansor
Mengambil kesempatan bergambar di belakang bas Matrikulasi, KPM

Rodiah dan Salmah bergambar kenangan di Dewan Utama dimana pameran kerjaya dijalankan

Bersama Salmah Mahadi dibelakang booth Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Permandangan yang cukup indah dikawasan pantai yang ditambak di Kampung Portugis, Melaka.



Kenangan di Kampung Portugis ..Mahadi, Salmah,Me and Amran

Salmah and Me

Medan Portugis tempat segala aktiviti , maklumat serta persembahan kaum portugis untuk para pelancong disediakan kat sini

Seterusnya kami dibawa ke Melaka River Cruise untuk menyusuri sungai disekitar bandar Melaka dan melihat keindahannya diwaktu malam. Ditepi kiri kanan sungai kami dapat melihat pelbagai seni kebudayaan yang begitu terjaga untuk tatapan para pelancung seperti rumah tradisional Melaka dan sebagainya.


Signboard Melaka River Cruise pada waktu malam


Didepan pintu masuk ke Melaka River Cruise

En. Ruslan, Mahadi and Amran

Malam sempat mengunjungi Restoran Asam Pedas Pokok Besar untuk merasai makanan asam pedas Melaka yang dikatakan begitu popular di Melaka. Menunya pelbagai jenis ikan, boleh pilih seperti ikan kembung, pari,siakap dan sebagainya. Disertakan dengan telur masin,nasi putih dan acar.


Set Asam Pedas....hmmm ikan kembung...sedap juga...

Set nasi ,telur masin,acar and sambal


Selepas melawat kampung Portugis dan melihat keindahan penghuni berketurunan Portugis menghias rumah dengan begitu indah untuk menyambut Hari Krimas kami menyusur Bandar Melaka dan berkesempatan menyusuri sungai di River Cruise. Permandangan kiri kanannya sungguh cantik. Kemudian Amran bawa kami makan Asam Pedas Melaka di Pokok Besar untuk makan malam kami. Seterusnya kami pulang dan melihat deretan shooping Centre masing-masing berlumba-lumba menawarkan Year End Sale. Kami kepenatan..sepatutnya malam tersebut kami beriktikaf dimasjid terus pulang ke Seraya Chalet untuk bersiap pulang keesokan harinya. Kawasan penginapan yang begitu indah ditepi pantai yang belum tercemar..ta sempat nak mengambil foto. Dulu semasa datang kat sini tiada satu Chalet pun sekarang dah tak terbilang banyaknya. Alhamdulillah rezeki orang kampung sebagai pengusaha.



Sebelum balik sempat bergambar dengan Kak Bedah dan suaminya didepan rumah beliau

Terima kasih pada Kak Bedah dan suami sekeluarga kerana sudi menjemput kami bersarapan pagi dirumah mereka yang terletak disebelah Seraya Chalet. Dan pada Along anak Kak Bedah selamat menyiapkan kajian tesis dengan cemerlang. Kami meneruskan perjalanan pulang dengan selamat kerumah masing-masing. Cuma peristiwa que hampir 3 jam di Gurun semasa dalam perjalanan pulang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dipercayai adalah kerana dua treller yang membawa minyak kemalangan dan kerja-kerja membersih minyak mengambil masa yang agak lama. Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment