Tuesday, December 1, 2009

ROMBONGAN KENDURI KE SKUDAI, JOHOR BAHRU







JOM PI ROMBONGAN KE MAJLIS KENDURI KAT SKUDAI, JOHOR ( 3 DISEMBER - 6 DISEMBER 2009)

Terima jemputan dari abang Zainul Abidin Halim dan kakak Samsiah ke majlis perkahwinan anak perempuan mereka Amal pada 5 Disember 2009 di F2 - 06, Perumahan Universiti (UTM), Jalan Sejahtera 16, Taman Desa Skudai, Johor Bahru.

Pada mulanya bercadang nak memenuhi undangan berkonvoi ramai-ramai dengan family dari Utara dan Selangor ke sana. Last minit Bang Cik Fendi dapatkan bas Persiaran Sinaran Matahari....so rancangan dah bertukar semua family naik bas...kira macam rombongan la plak...best jugak semua family berkumpul satu bas. Hari Jumaat 4 Disember 2009 kami bertolak dari Jitra jam 7.00 pagi. Insyaallah petang dijangka akan sampai ke Johor.


Suasana kat atas bas Sinaran Matahari yang memuatkan 40 orang penumpang. Ketua rombongan kali ni tentu Bang Cik Fendi dan keluarga. Semua ada Tok Ayah Wan Hussin, Tok Chom, Tok Ma, Mak Teh, Mak Jang, Mak Ngah Nora, Kak Nah Bang Zan, Keluarga Pak Tam Noor Hashim, Keluarga Hosni Cik Tun, keluarga Yon Dik Na. Teringat kat keluarga Din & Mawar...kesian depa tak boleh mai sekali...tak pa tengok entry ni kami pi jalan-jalan tau....Bob pun ada..orang Kelang pun ada....

Tengok Tok Chom dok tengah buat apa tu....teringat kat Din kot.....

Tok Ayah macam YB....dok atas bas

Anis tengah mengasuh anak Dik na kat atas bas...he..he..

Senyum aja baby Dik Na ni....

Dik Na dan Dania kat atas bas

Selamat sampai ke Skudai rumah abang Zai dan kak Sam lebih kurang jam 9.00 malam. Terima kasih pada Abg Zai & Kak Sam kerana menyediakan makan malam itu dan penginapan pada rombongan kami sepanjang berada disana.



Inilah tuan rumahnya Zainul Abidin Halim dan Samsiah yang sentiasa tersenyum menyambut tetamu



Rombongan pengantin lelaki baru sampai ke pintu gerbang

Tersenyum meleret pengantin lelaki mencari pengantin perempuan.....mana Amal ni...

Berarak dengan paluan kompang menyambut kedatangan rombongan pengantin


Akhir bertemu di depan laman melihat persembahan silat sebelum ke singgahsana di atas pelamin.


Bergambar kenangan Rodiah, Zainul Abidin, Pak Tam Wan Yahya dan Samsiah


Muzalifah, Zainul Abidin, Rodiah dan Samsiah

Muzalifah dan Samsiah

Muzalifah bersama-sama anak-anaknya Zaim, Babay and Zaimi

Muzalifah bergambar kenangan bersama anak-anak......mana Sayuti ni......

Khas untuk orang Johor posing dari cik Pah......

Ibu dan anak.....senyum...senyum jangan tak senyum........

Emak Banting and anak...ni la masa nak bergambar....bila lagi kan.....

Tiga beranak ni .... Jaimah, Muzalifah and Rodiah

aha....ni keluarga cik Atan ni....Mohd Rizduan, Noor Aini , Along and Nana. Cik Ani nampak letih..tentu penat baru balik kursus..........

Tengok ni Izzati dan keluarga dari Kelang. Cik Pah pun ada bergambar kenangan bukan senang nak jumpa kan.....

Hai...Yon dah kenyang ke...makan lah lagi...lauk banyak tu....

Ni Tok Chom...hai tak nampak ke kat belakang cucu tu.....Iman ke tu......

Yang ni sepupu anak arwah Mak Lang Om....Mahani dah bertahun-tahun tak jumpa

Nur Rasyidah Noor Hashim...anak sapa ni........dengan ibu dia.....

Noor Hashim Abd Rahman dan Wak.... ipar abang Zai sedang menikmati kuih yang disediakan

Pak Tam Wan Yahya dan Mak Tam Aminah pun ada...datang jauh ni dari Sungai Petani. Aji dok sembang apa dengan Mak Jang dan Mak Teh kat belakang tu.........

Apa yang dibualkan antara Noor Hashim, Abang Najid dan Wak...serius aja...

Nina, Anis dan keluarga dari Kelang

Amirul dan Mukmin anak Wan Yuhainis sedang menikmati makanan

Mak Teh Wan Teh Fatimah dan Tok Ma

Mak Ngah Nora dan baby Dik Na...tidur nyenyak

Tok Ma dan Mak jang selepas makan.......

Mak Jang Wan Kamaliah nampak happy..........

Mak Long, Dik Ya, Along dan Bang Chik Fendi

Kak Nah masih keletihan semalam tak tidur ke......

Dua beradik ni dok buat apa....awat abang Hosni tak makan....Bob tak bagi makan ka...mana aci ni Bob makan sorang...

Aih...dok posing nampak...Wan Rusmarina dan Wan Saidatul

Dik Na dan Cik Tun. Awat tak makan lagi. Cik Tun senyum aja....Awat Syifa tengok kut lain.

Bang Chak Iskandar dengan Apiq

Anis dengan anak saudaranya dari Kelang yang turut memeriahkan majlis perkahwinan Amal

Ini nak tau sapa....En. Anuar kita orang kuat bas Sinaran Matahari...tanpa dia tak sampai lah kami semua ke Johor Bahru......dia lah yang membawa rombongan ni kemerata tempat mengikut permintaan ketua rombongan

Dalam entry akan datang akan dimuatkan gambar-gambar semasa dalam perjalanan balik ke Kedah dimana rombongan kami singgah dibeberapa tempat seperti Danga Bay, Air Hitam , Nilai dan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment