Monday, March 8, 2010

BERZIARAH KE TAIPING

Drop by to Taiping With Love

Agak lama tak jumpa Kak Za dan Abg In. Kak Za ni kakak my hubby. Depa ni berniaga dekat Taman Tasik Taiping. Baru-baru ni semasa on the way balik dari kampung Banting singgah sekejab kat kedai depa. Bukannya apa kalau balik kampung husband kat Sungai Setar tak pernah jumpa depa. Bersilih saja. Niat tu sebenarnya nak jumpa anak-anaknya...dah lama tak jumpa. Bukan main sibuk lagi. hari tu.....maklumlah petang semasa kami singgah ramai pelanggan kat kedai tak menang tangan kedua-dua mereka. Apa lagi kami yang singgah anak beranak ni mula la tolong ambil order...ha..ha.. rupanya bukannya senang terhegeh-hegeh...anak-anak tukang antar order...husband goreng keropok lekor...aku tukang lap meja...hat tu yang aku cekap pun... tolongla jugak......Kata Kak Za orang kerja dah berhenti satu sambung belajar satu lagi dah buka bisnes sendiri...tak boleh nak halang..sebab masing2 ada hala tuju masing-masing. Banyak juga menu yang dijual Laksa, Rojak, masakan panas Ala Thai, keropok lekor, Ais Kacang sebagainya. Kata Kak Za kedai dibuka seawal tengahari hingga 10 malam. Kalau habis awal secepat 8 malam dah tutup.


Bergambar ramai bersama Kak Za dan keluarga
Anak-anak Kak Za dan anak-anak aku

Wawa dan sepupu

Bergambar kenangan Wawa and geng

Kebetulan dalam setengah jam anak-anak Kak Za datang ke kedai....terus bersalam dan berpeluk cium ngan kami anak-beranak....yang aku kagum......melihat ibu bapa depa dok sibuk...terus menolong ambil order pelanggan dan hantar makanan pada pelanggan...tak payah nak disuruh-suruh....walhal masih kecil.....Moralnya aku katakan pada anak-anakku....betapa mereka faham akan bagaimana susah payah ibubapa mereka mencari rezeki......

No comments:

Post a Comment