Friday, March 26, 2010

MESYUARAT PROGRAM "JOM BALIK SMJ 1965-2009" OLEH ALUMRA

MESYUARAT ALUMNI SMJ/SMKJ (ALUMRA)
TARIKH : 21 MAC 2010
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMKJ

Dari kiri : Penasihat Cikgu Hashim Ismail, Tuan Pengetua SMJK, Pengerusi Prof. Dato'Ir. Azhari Md. Salleh, Kodinator Mejar(B) Mohd. Bahar Abd. Hamid



Tuan Pengetua SMJK sedang memberi penerangan mengenai perkembangan terkini SMKJ pada ahli mesyuarat

Ahli-ahli mesyuarat J/K Pelaksana kusyuk mendengar penerangan Tuan Pengetua SMKJ

Saudara Illias Hj. Ismail Timb. Presiden wakil SMJClass0f76-80
turut hadir memandangkan Presiden berada di luar negara

Ini Cikgu Johari Ibrahim, En. Tamrong dan wakil PIBG SMJK

Sebenarnya aku mewakili Mosin bagi group SMJ 76-80 untuk hadir ke Mesyuarat yang pertama kali buat kat SMKJ ni bagi menjayakan program yang di buat oleh ALUMRA "PROGRAM JOM BALIK SMJ 1965-2009". Oleh kerana Yeth pun dok kut Jitra kami sama-sama mai ke mesyuarat ni. Pagi tu setelah aku pi ambik Yeth kat Tanjung Pauh alah rumah dia sebelah masjid Tanjung Pauh tu....kami pun pi la SMKJ. ..... macam rusa masuk kampung pulak cari bilik mesyuarat pun tak jumpa.....jenuh dok call Mejar Baha. Patutnya aku ni lagi tau pasai dok pun kut Jitra.... Rupa-rupanya walaupun hari-hari aku dok lalu depan SMJ lepas keluaq sekolah aku tak pernah masuk SMJ hampir 3o tahun..ha..ha..Mosin pesan kat aku hang pi ambil gambar kelas lama dan gambar2 di SMJ tu. Sori Tuan Presiden aku tak dan aku pi ambil...masa tengah dok meeting hari tu bos call pulak kena balik opis...kemudian la aku ambil sebelum meeting Gerak Kerja kita kat Seremban dengan anak-anak aku na....

Sepintas lalu la pasai mesyuarat ni selepas kata-kata aluan oleh Dato Pengerusi, Tuan Pengetua SMKJ telah memberi taklimat tentang pencapaian SMKJ serta kejayaan2 yang telah dicapai dan perancangan sekolah yang akan dilaksanakan. Kira bangga aku dengar tentang pencapaian SMJK ni..ialah sekolah kita dulu. Lepas tu taklimat Pedaftaran ALUMRA disampaikan oleh Tuan Mejar(B) Bahar. ALUMRA di daftarkan pada 9/9/1999 dan telah diluluskan pada 14/2/2010.

Pas tu pembentangan kertaskerja program gabungan ALUMNI SMJ dari tahun 1965 hingga 2009. Untuk lebih terperinci pasai program gabungan akan di upload dalam blog SMJClassof 76 nanti. Dan last sekali perbincangan tentang program "JOM BALIK SMJ 1965-2009" Antara cadangan program yang AJK nak buat tu seperti Acara Sukan, Kenduri Ala Kampong, Doa Selamat/Tahlil dan Pelancaran ALUMRA.

Urusetia akan diwujudkan bagi program JBSMJ 65-09 diSMKJ yang bertanggungjawab mengumpul pengkalan data bekas pelajar, menerima pendaftaran kedatangan/penyertaan program serta pemantauan kemajuan perlaksanaan program. Program ni akan berlansung selama 3 hari mulai 3 hingga 5 Jun 2010, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMKJ). So pada ahli-ahli kita yang baca entry ni jangan lupa hampa balik la mai Jitra...ambik cuti dan lapangkan masa......mai....kita pakat-pakat jumpa cikgu-cikgu dan bekas-bekas pelajar SMJ dulu ni.....Jadi kalau boleh wakil-wakil tahun dapat menghubungi urusetia bagi menjayakan program ini nanti.

Wakil 1965-1970 - OJ, Mejar(B) Mohd Bahar Hamid

Wakil 1971-1975 - A.M. Saman, Koden

Wakil 1976-1980 - Mosin

Wakil 1981-1985 - Belum Ada

Wakil 1986-1990 - Belum Ada

Wakil 1991-1995 - Rafiza Ashaari /Alias Shukri

Wakil 1996-2000 -Belum Ada

Wakil 2001-2005- Belum Ada

Wakil 2006-2009 -Belum Ada

Mesyuarat susulan akan diadakan di SMKJ pada 11 April 2010. Memandangkan semua ahli J/K Gerak Kerja SMJClassof76 akan hadir meeting di Seremban pada 10 April...group kita akan menghantar seorang wakil untuk mesyuarat ni nanti. Di Seremban aku akan bagi taklimat dan bincangkan tugas yang akan dilaksanakan oleh group kita nanti.

No comments:

Post a Comment