Awal-awal tahun ni...dah mula sibuk dah. Pagi-pagi lagi dah kalut siap sarapan untuk anak-anak.Along dan Angah sekolah yang sama kat Paya Kemunting, Kimi kat SKJ3, Wawa pulak kena hantar ke rumah pengasuh kat Taman Suria. Nampaknya tiga jalan yang berlainan nak kena lalui. Tak apa itulah dugaan agar lebih cekal di awal tahun hijrah. Hubby kat KMC lagi dah 5 hari laser batu karang. Insyaalah hari ni bertambah sihat petang ni dah boleh balik. Hari ni nak kena minta halfday nak ambil hubby kat KMC.KENANGAN SEBELUM TAHUN BARU HIJRAHHujung tahun lepas semasa pulang kekampung Bukit Changgang , Banting Selangor sempat juga bawa anak-anak berjalan-jalan kat Eye On Malaysia. Masa ni ada lagi pembantu tak lah rasa penat sangat. Seronok juga anak-anak dapat naik Eye On Malaysia ni tapi jenuh juga lah nak menunggu quenya sebab orang terlalu ramai....maklumlah cuti sekolah...so di sini adalah gambar kenang-kenangan yang dapat di abadikan kat entry kali ni.
Permandangan Eye On Malaysia dari jauh
Mengabadikan kenangan di depan Eye On Malaysia
Nur Radhwa Noor Hashim anak bongsu.... waktu ni berumur 3 tahun
Me...saja-saja nak juga bergambar kat sini.....
Nur Hasyimah Noor Hashim kat atas Eyes On Malaysia
Muhammad Noor Hakimi Nooor Hashim dan Nur Radhwa Noor Hashim sedang beraksi di atas tu...
Noor Hashim Hj. Abd Rahman (Pak Tam) gayat jugak kalau kat atas ni......
Me and Nur Hasyimah ....gerun nak tengok kat bawah tu...nampak la tasik dan permandangan sekeliling.
Last sekali on the way nak balik Kedah....bawa anak-anak singgah kat Tugu Peringatan Negara. Depa ni tak pernah tengok pun tempat ni...tertanya-tanya pulak apa guna patung tu....so bagilah peluang dia turun tengok...tak sempat nak snap foto bateri dah almost weak. Nanti ada masa datang lagikat sini.