Monday, November 7, 2016

Konvokesyen Ke 10 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 19 -20 Julai 2016

 
Konvokesyen Ke 10 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau , Perlis
19 - 20 Julai 2016
 
Tahniah kak ngah Nur Hasyimah binti Noor Hashim yang telah menamatkan Pengajian di politeknik (PTSS). Alhamdulillah..semuga kak ngah akan teris maju jaya seiring dengan kejayaan di akhirat.  Ayah dan ibu sentiasa mendoakan semua anak2 yang dikasihi cemerlang dunia akhirat.
 
 
Booklet yang diberikan kepada ibubpa dan kenamaan yang memasuki dewan
 
 
 Pas masuk ke Dewan untuk 2 orang.

 
Kami datang awal..sementara menunggu para graduan masuk ke dewan sempat la berselfie2 dulu


Tahniah kak ngah..this flower is special for you


                                                    Bersama suamiku dan kak ngah didepan dewan konvokesyen

                       
                                                                          Congratulations Kak Ngah





                         
                                                                                      anak dan ibu

                                                                                     
                                                                                    anak dan ayah


 Kak ngah dan Kak long
 
Bergambar kenangan bersama2 dengan keluarga selepas tamat menerima diploma. Mujur kak long pun sempat balik meraikan hari yang bersejarah ini.so kita tunggu giliran konvo kak long pula di Uitm Machang tak lama lagi. Semuga anak2ku terus maju jaya seiring dunia akhirat...Aamiin.  

Bertugas Di Hari Perasmian TISSA ( School of Accounting under COB) UUM

 
Majlis Pemasyhuran Tunku Intan Safinaz School of Acconting (TISSA) UUM 
 EDC Hotel and Residence
 
 
 
 
Bersama2 para petugas dari Jabatan Keselamatan menyambut kedatangan Yang Teramat Mulia Dato Seri Tan Sri Tuanku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di perkarangan EDC Hotel and Residence. Kenangan bagi aku yang pernah bertugas dari zaman bujang hinggalah berkahwin di sini yang dulu dikenali sebagai Sekolah Pengurusan dan Perakaunan. Selepas berpindah ke Sintok pada tahun 1990 Sekolah ini telah berpecah dan aku telah ditempatkan di Sekolah Perakaunan.  Tumpang berbangga kerana banyak kejayaan yang telah dicapai dibawah pimpinan beberapa orang Dekan dan Penolong Naib Canselor dizaman yang dikenali sebagai Kolej.
 
 

Bersama Penolong Pegawai Keselamatan, Mazlan Ismail, dan Pengawal Keselamatan Kanan Muhammad Umar

Kelihatan Pegawai Keselamatan Tn. Haniep Omar Zulkifli dan Pegawal Keselamatan Kanan Fodzai Ishak, Unit Trafik

Orang kuat TISSA Dr. Md Diah Hamdan, CMA dan Dekan TISSA Prof. Dr. Kamil Md Idris
 

Bersama Dekan TISSA Prof. Dr. Kamil Md. Idris

 
 Penolong Pegawai Keselamatan, Mazlan Ismail dan Pengawal Keselamatan Muhammad Shukri Samad


Unit trafik dan Siasatan di perkarangan EDC Hotel
============================================================
 
 
 
Gambar-gambar sekitar Perasmian Majlis Pemashyuran di EDC bersama Dato VC dan VVIP jemputan Universiti Utara Malaysia
 






Sunday, November 6, 2016

 
KENDURI AQIQAH DAN KESYUKURAN DI RUMAH TOK LONG CHAH , KAMPUNG SANGLANG
TEMPAT JATUH LAGI DI KENANG
 
 
Kampung Sanglang...tempat jatuh lagi dikenang...dari kecil hingga beranak pinak banyak kenangan dan nostalgia aku disana. di kampong Tok dan Tokwan inilah aku belajar erti kehidupan ..mengenal susah senang kehidupan orang kampong. Mana kan tidak dari kecil setiap hujung minggu kami adik beradik seisi keluarga akan pulang ke kampong Sanglang menghabiskan cuti sekolah disana....dari Jitra ke Sanglang...Nostalgia..melalui Jalan sungai Korok, Kerpan...Air Hitam... Mana mungkin tidak hadir ke kenduri sebegini bila dijemput oleh sanak saudara dari sanglang...Apatah lagi Tok dan Tok Wan sudah tiada...Rumah juga telah ditinggalkan...sedih dan sayu dibuatnya.
 
 
Gambar yang diatas...walaupun dah lama ditinggalkan masih bersih dan kemas...tapi kini tiada siapa lagi yang pulang menjaganya...telah semak dan using...tempat kami membesar dengan penuh dengan seribu kenangan.
 

 

Bergambar bersama Pak Chik Khairi anak Tok Long Chah yang bungsu dengan familyku


 
Bersama-sama family adindaku Wan Nasruddin dan Mawar Anita 


Kami datang awal...tetamu pun belum penuh lagi diwaktu ini


 
Berkesempatan bergambar dengan Tok Long Chah dan Mak Lang Hakimah


 
Tiga beradik berselfie di rumah Tok Long Chah...Cik wawa..Abg Hakimi dan Kak Long

 
Pak Chik Khairi, Hakimi, My Husband and Me bergambar kenang-kenangan



Semuga ikatan ukhwah serta ziarah menziarahi akan tetap utuh walaupun relah tiada lagi orang2 lama di kampong ini. Insyaa Allah sekiranya ada jemputan dari sini kami se isi keluarga akan berziarah kesini..Kampung Sanglang...tempat jatuh lagi di kenang...

Wednesday, November 2, 2016

Pasukan Polis Bantuan Universiti Utara Malaysia : 1st Bacth Berkursus Di Pusat Latihan Polis Segamat Muar Johor

 
 
 
Pasukan PB Universiti Utara Malaysia
 
Ini lah Pasukan Polis Bantuan Jabatan Keselamatan yang pertama di hantar berkursus di Pusat latihan Polis Segamat, Muar Johor. Alhamdulillah semua telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya. Aku sungguh gembira kerana misi Universiti dan jabatan telah berjaya direalisasikan walaupun sebelum ini berbagai rintangan yang dihadapi..  Semuga anak buah ku akan mendapat manafaat dan dapat meningkatkan perkhidmatan dan potensi untuk memajukan Negara bangsa dan agama dalam alam pekerjaan ini..Aamiin

 
 
 
 



 
 
 
 
 
 
Selamat maju jaya buat anakbuahku semua. Semuga pengalaman dan ilmu yang ditimba semasa berkursus di Pusat Latihan Polis Segamat dapat dimanafaatkan sepenuhnya demi kemajuan di masa depan.  Tahniah2 dari Jabatan dan Universiti amnya.

Tuesday, November 1, 2016

MANAFAAT TIDOR MENGIRING SEBELAH KANAN

MANAFAAT TIDOR MENGIRING SEBELAH KANAN

Perkongsian ini diambil dari laman web untuk renungan dan amalan kita bersama :
 
Disarankan mendahulukan posisi tidur diatas sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan) serta berbantal dengan tangan kanan, tak mengapa jika setelahnya berubah posisinya diatas sisi kiri (rusuk kiri sebagai tumpuan). Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah : “Berbaringlah diatas rusuk sebelah kananmu. ” (HR. Al-Bukhari no. 247 serta Muslim no. 2710). Salah satu adab tidur iaitu di sarankan untuk miring ke kanan, dibalik sunnah Nabi ini ternyata sangat banyak hikmah serta manfaat yang dapat kita ambil dari segi kesehatan. Manafaat dari tidur mengiring mengadap sebelah kanan mengikut penjelasan perubatan adalah seperti berikut :
 
 
 
 
1. Mengistirehatkan otak sebelah kiri.
Secara automatik, otak manusia terdiri dari dua bahagian kanan serta kiri. Bahagian kanan iaitu otak yang mempunyai saraf organ tubuh sebelah kiri dan sebaliknya. Biasanya kita menggunakan organ tubuh bahagian kanan sebagai anggota tubuh yang menguasai dalam aktiviti seperti makan, memegang serta lain2nya. Dengan tidur pada posisi sebelah kanan, maka otak bahagian kiri yang menguasai semua saraf dan aktiviti organ tubuh bahagian kanan akan terlepas dari bahaya yang muncul akibat sirkulasi yang melambat waktu tidur/diam. Bahaya itu meliputi pemedapan bekuan darah, lemak, sakit urat, serta penambahan kecepatan atherosclerosis atau penyempitan pembuluh darah. Apabila seseorang berisiko terkena stroke, maka yang berisiko iaitu otak sisi kanan, boleh mengakibatkan kelumpuhan pada sebelah kiri (bahagian yang tidak menguasai).
 
2. Mengurangi beban jantung.
Posisi tidur kesebelah kanan yang rata, memungkinkan cairan tubuh (darah) terdistribusi merata serta terkonsentrasi di samping kanan (bawah). Hal ini akan mengakibatkan beban aliran darah yang masuk serta keluar jantung lebih rendah. Efek posisi ini iaitu denyut jantung jadi lebih lambat, desakan darah akan menurun. Keadaan ini akan membantu kualiti tidur. Tidur mereng ke kanan jantung tidak tertimpa organ yang lain. Ini adalah kerana posisi jantung  lebih cenderung ada di sebelah kiri. Tidur bertumpu pada sebelah kiri mengakibatkan darah yang masuk ke atrium juga banyak kerana paru-paru kanan ada diatas. Sedangkan paru-paru kanan memperolehi  darah yang  banyak dari paru-paru kiri.
 
3. Mengistirehatkan lambung.
Lambung manusia berupa seperti tabung berupa koma dengan ujung katup keluaran menuju usus menghadap kearah kanan bawah. Bila seseorang tidur kesebelah kiri jadi sistem pengeluaran chime (makanan yang sudah diolah oleh lambung serta bercampur asam lambung) bakal sedikit terganggu, hal ini akan melambatkan sistem pengosongan lambung. Keadaan ini selanjutnya boleh meningkatkan akumulasi asam yang akan mengakibatkan erosi dinding lambung. Posisi ini akan mengakibatkan cairan usus yang berbentuk basa bias masuk balik menuju lambung dengan akibat erosi dinding lambung dekat pylorus.
 
4. Meningkatkan pengosongan kandungan hempedu serta pankreas.
Ada aliran chime yang lancar akan mengakibatkan keluaran cairan hempedu juga bertambah, hal ini akan mencegah pembentukan batu karang dalam hempedu. Keluaran gas pancreas akan bertambah dengan posisi mereng ke kanan.
 
5. Meningkatkan saat penyerapan zat pemakanan
Waktu tidur pergerakan usus menigkat. Dengan posisi samping kanan, maka perjalanan makan yang sudah tercerna serta siap di serap akan menjadi lebih lama, hal ini adalah kerana posisi usus halus sampai usus besar ada di bawah.
 
6. Merangsang buang air besar (BAB).
Dengan tidur mereng ke sebelah kanan, sistem pengisian usus besar sigmoid (sebelumnya anus) akan lebih cepat penuh. Bila telah penuh, akan merangsang gerak usus besar bagi memudahkan pembuangan air besar.
 
7. Mengistirehatkan kaki kiri.
Gerakan kaki kanan, secara automatik berguna untuk menyeimbangkan posisi kaki kiri sebagai pusat pembebanan.  Kaki kiri umumnya akan cenderung lebih terasa sengal dari kaki kanan, terutama kaki  posisi paling bawah. Serta aliran darah di kaki untuk kembali cenderung lebih lambat. Bila tidur mereng kanan, maka pengosongan vena kaki kiri semakin lebih cepat hingga rasa sengal lebih cepat hilang.
 
8. Menjaga kesihatan paru-paru.
Paru-paru kiri lebih kecil dibanding dengan paru-paru kanan. Bila tidur mereng ke lambung kanan, jantung akan cenderung ke lambung kanan. Hal ini tidak menjadi masalah karena paru-paru kanan semakin besar.
 
9. Menjaga saluran pernafasan.
Tidur mereng mencegah jatuhnya lidah ke pangkal yang boleh mengganggu saluran pernafasan. Tidur dengan posisi telentang, menyebabkan saluran pernafasan terhambat oleh lidah. Yang juga menyebabkan seorang mendengkur. Orang yang berdengkur waktu tidur boleh mengakibatkan tubuh kekurangan oksigen. Bahkan kadang-kadang boleh menyebabkan terhentinya nafas untuk sebahagian detik yang akan membangunkannya dari tidur. Orang itu umumnya akan bangun dalam keadaan pening kerana kurangnya oksigen yang masuk ke otak. Pastinya ini akan mengganggu kualiti tidur.
 
Maka benarlah Allah lah satu-satu dzat yang maha hidup serta tak pernah tidur. Wallahu’alam , Semoga bermanfaat. Doa serta Adab Tidur Semoga perkongsian ini dapat memberi hikmah dan kebaikan kita bersama.