Tuesday, November 23, 2010

PERASMIAN IPD KUBANG PASU : PAKAIAN POLIS SABAH TAHUN 1880

Perasmian IPD Kubang Pasu
24 November 2010
Dirasmikan Oleh : Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ,Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak antara yang hadir semasa perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu yang siap dibina pada Oktober tahun lalu membabitkan kos bernilai RM71 juta.

My hubby turut memperagakan pakaian salah satu pakaian polis pada tahun 1880 yang digunakan oleh Polis Sabah...sekali tengok macam P.Ramlee pun ada siap dengan topi tarbus semasa majlis perasmian di IPD .



Anakku Muhammad Noor Hakimi turut menghadiri majlis dan bergambar kenangan dengan anggota polis yang memperagakan pakaian seragam dizaman dahulu kala

Antara pakaian seragam polis yang telah merentasi beberapa zaman diperagakan oleh anggota polis

My Hubby Noor Hashim Hj Abd Rahman and my son Muhammad Noor Hakimi Noor Hashim

My husband macam P.Ramlee...anak bungsu kata (Wawa)

Tumpang sekaki..bukan senang nak duduk tepi orang yg pakai pakaian seragam tahun 1880 ni

My husband and me

Tarbus tinggi nampak hehehe

Zaman dolu-dolu..

Noor Hashim Hj Abd. Rahman

My husband and my eldest daughter Nur Radhwa Noor Hashim

Monday, November 22, 2010

DOA UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Untuk permata hatiku Nur Rasyidah Noor Hashim yang akan menduduki peperiksaan SPM pada 23 November 2010......ibu dan ayah mendoakan agar anakanda dapat menjawab dengan tenang dari mula peperiksaan hinggalah tamat semua subjek yang diambil. Bacalah doa yang ibu dan ayah berikan disini. Ibu dan dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan anakanda dunia dan akhirat.

Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” -

Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan: berdoalah dengan doa-doa berikut pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung...mudah-mudahan mendapat hikmah daripada Allah Taala :

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan

:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab

:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau

:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan

:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa yang lahir dari hati yang ikhlas dan suci murni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya. Selamat maju jaya kepada semua calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Amin.


Saturday, November 13, 2010

MY BIRTHDAY - WITH FAMILY

Terima kasih banyak2 kepada suami tercinta, anak-anak yang dikasihi, saudara-mara, rakan-taulan, semua rakan SMJ senior & Junior dan rakan bloger yang mengucapkan hari ulang tahun kepada aku yang ke 47. Tak lupa juga kepada semua mereka2 yang menghantar ucapan melalui SMS dan email, terima kasih...terima kasih ya...semoga doa dan hadiah yang diberi akan diberkati dan dirahmati Allah Taala.

Suami membawa aku dan anak-anak makan di Pizza Hurt sahaja. Anyway amat meriah dan happening sekali.





















Sunday, November 7, 2010

CUCI RUMAH SELEPAS BANJIR TAMAN JITRA

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN RUMAH TAMAN JITRA SELEPAS BANJIR SURUT
5 NOVEMBER 2010

Atira sedang membersih carpet

Athira dan Nina buang selut kat dapor

Amar kat depan rumah

Lihatlah keadaan selepas banjir

Ijat membersihakan carpet yang penuh dengan selut

Selut penuh di atas karpet untuk kerja2 pembersihan

Selut penuh bertempek-tempek di ruang dapur rumah

Di bahagian koridor dapur rumah masih terdapat air banjir

My husband, adik2 dan anak2 penakan team hari pertama membersihkan rumah kat Taman Jitra

Anak penakan selepas penat seharian mencuci rumah nak balik rumah dah...

Athira dan Nina membuang selut yang bertompok-tompok kat karpet

My husband dalam demam2 pun bertungkus lumus membersihkan dapor

Dapor dah tunggang langgang macam kapai pecah

Selut merata-rata..aduh jenuh nak mencuci

Meja bulat dah macam UFO dah

Aduh nak buat yang mana satu ni...bingung..

Din sedang mencuci ruang tamu

BANJIR MELANDA JITRA 2 NOVEMBER 2010

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR BANJIR YANG MELANDA JITRA PADA 1 NOVEMBER 2010

Lokasi Taman Sinaran, Jalan Kodiang..bendang dah jadi lautan

Bendang yang telah bertukar menjadi lautan Jalan Kodiang, Jitra

Air mengalir deras di Tandop Jalan Sungai Korok , Jitra

Air bah yang melimpah ruah di tandop Jalan Sungai Korok, Jitra

Air yang naik di jalanraya berdekatan SMJ dan Klinik Pergigian Jitra

Salah sebuah rumah yang tenggelam dinaiki air di Jalan Malau , Jitra

Jalan yang dinaiki air di jalanraya utama depan Pekan Jitra 2

Lokasi depan Ambank Jitra, Pekan Jitra 2

Jalan ke ANEKA Shooping Centre , Pekan Jitra 2

Petronas Jitra, Jalan raya utama ke Alor setar

Kilang Padi dan beras di Tanjung Pauh, Jitra dikelilingi air banjir

Kawasan bendang di Jalan Sungai Korok , Jitra...umpama lautan

Paras sungai dan bendang di Jalan Sungai Korok yang dilimpahi air

Air mengalir laju di jalan Malau, Jitra salah satu tempat yang teruk dilanda banjir

Rumah di Jalan Malau hampir separuh dilimpahi banjir

Highway Jitra ke Alor Setar yang dinaiki air

Jalan masuk menuju ke Watt Siam, Taman Rasa Sayang , Taman Jitra, Taman Darulaman dan Taman Bunga Raya yang penuh ngan air

Umpama sungai jalan di sebelah klinik kesihatan Jitra

Lokasi jalan batu 13 Jalan Chnagloon yang memutuskan hubungan dengan sekolah yang berdekatan seperti SMKPK

Jalan Batu 13 Jalan Cangloon depan gerai MARA berhampiran Masjid Tun Fatimah, Jitra

Highway Jitra ke Alor Setar

Highway di penuhi air Jitra- AlorSetar

Depan Sekolah Menengah Jitra, Jitra

Tandop Chegar, Jitra...rumah ditenggelami air bah

Sungai Chegaq, jalan belakang Jitra

Tandop Jalan Sungai Korok Jitra

Berperahu menyelamatkan mangsa banjir depan Pusat kesihatan dan Klinik Pergigian Jitra

Bendang di belakang rumah Taman Mawar yang dinaiki air

Air Sungai Jalan Sungai Korok , Jitra

Air sungai yang melimpah memasuki bendang di Jalan Sungai Korok, Jitra