Friday, June 26, 2009

KURSUS PENGURUSAN KREATIF DAN INOVASI


Menghadiri kursus adalah perkara yang diwajibkan untuk semua staf sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Disebabkan kesibukan tugas dan kekangan kerja ini adalah pertama kali menghadiri kursus tahun ini. Pagi 23 Jun 2009 berlepas dari Sintok ke Penang dengan bas berkursus di Paradise Sandy Beach Resort. Tempat agak menarik teringat 4 tahun lalu pernah berkursus TOT kat sini. Tak banyak perubahan tempatnya. Fasalitator En. Nordin Kamsin dari INSAN-HRD Consultancy, Melaka telah berjaya menyediakan modul-modul yang kreatif untuk diterokai. Thanks En. Nordin its was so fun dan telah berjaya meruntuhkan ego peserta untuk di amalkan dalam tugas seharian nanti.




Sibuk dok agih isi hamper

Kumpulan Kudin

Kumpulan Yati Did

Hai apa yang sampai tenganga mulut tu...Ida lak layu aja mata tu

Posing sakan nampak kawan kita ni.....Black..Black...

Min and Ida...berat nampak hamper tu....

Min and KRos...berat...tak...nak tolong angkat

Apa atas kepala Ida dah tumbuh tanduk ke...baru dua hari kursus la....

Hai lawan pipi siapa tembam ka...calit hitam tu jadi tanda...ni bahana "one ringgit please" he...he..he..

Kumpulan "3G4G"

Thursday, June 18, 2009

Bengkel Kecantikan MK

A selalu datang ofis minta buat promosi produk kecantikan. Tak ada masalah dibawah Kelab Kebajikan dah 3 kali buat. Ramai member kat ofis dah merasai keistimewaan MK.Jiran-jiran dirumah pun teringin nak merasai maklumlah percuma. Well why not...kata A mari kita buat aja kat rumah lebih santai. Oklah....nanti I buat makan-makan sikit raikan diaorang. Akhirnya jadi jugak inilah hasilnya.

ALONG ang Angah turut mengambil peluang.










Akhirnya semuanya berjalan lancar. Hari itu 2 sesi berjalan pada sebelah pagi dan satu lagi sebelah petang. A dan J balik dekat dah maghrib. Makan-makan yang dibuat petang tu masih berbaki. Malam call adik-adik datang makan..setakat laksa dan spagetti seronok jugak berkumpul adik-beradik. Malam menjelang semua licin alhamdulillah. Malam tu jugak clear dapur...sal esok kerja....

Wednesday, June 17, 2009

MAJLIS CUKUR JAMBUL

Sekitar majlis Cukur jambul anak perempuan kedua Wan Rusmarina Azam dan Khairul (Yon). jiran-jiran sekitar Taman dijemput memeriahkan majlis. Apalagi dah lama tak buat kenduri selepas masing-masing tinggal berasingan.















Dapat jemputan majlis cukur jambul anak kedua Dik Na & Yon.Lama tak berkumpul adik beradik elok jugak. Dik Na cadang buat kat rumah mak Taman Jitra aja ramai sikit.

ISTANA NEGARA

Cuti sekolah dah berlalu. Anak-anak ajak singgah nak tengok Istana Negara. Oklah kita drop-by. Tengok ada pulak pengawal terpacak dengan kuda kat depan Istana. Menarik minat budak-budak ni nak bergambar. Maklumlah tak sempat pun nak berjalan-jalan kelain tempat. So singgah dan bergambarlah kat situ buat kenang-kenagan.

Depan pintu masuk Istana Negara


Bergambar ramai Along&Angah,Wawa bersama Akilah sepupu dari Taiping


Along ambil gambar so yang lain tu tersengeh aja kat depan Istana tu


Wawa tu sebenarnya takut dengan kuda tu nak lari....takut dikejar kuda


Kimi and Wawa


So lepas bergambar kita orang terus aja balik ke Kedah. Nanti ada masa kita ketempat yang lebih santai ye...itulah janji pada anak-anak.

DOA AYAT PENGGERAK

Saya amat tertarik dengan fadhilat ayat ini dan ingin berkongsinya dengan anda yang dipetik daripada laman Darussyifa' Online oleh Ismail bin Abu Bakar. Mudah-mudahan dengan ketentuan dan keizinan Allah Ta'ala kita akan mendapat hikmah daripada amalan ayat ini.

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;



Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung Tidak menanggung Rugi
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal
3. Selamat Daripada Bahaya
4. Tidak Melarat Menjadi Senang

KEBERUNTUNGAN BERAMAL DENGAN DOA INI

1. Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

3. Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

4. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah. Dipetik dari laman Darussyifa’ Online.

Tuesday, June 16, 2009

Majlis Kenduri Kat Cheras Perdana

Bestnya kat majlis kenduri Fakhri ni dapat jumpa kawan-kawan masa tingkatan 5 kat SMJ dulu.

Thanks Dillah,Mahadi datang dari Puchong,Robashah dan suami susah-susah datang dari Negeri sembilan, kerana sudi datang ke majlis setelah bertahun-tahun tak jumpa. Tak lupa thanks Aya(Rohaya Abd Rahman)sudi mai jauh-jauh dari Subang Jaya ke majlis ni. Tapi sorry tak sempat nak berfoto hari tu...tapi Aya balik lambat sekali lama jugak kita dapat berborak. Lain kali kita semua ketemu lagi ye...


Bahagianya dapat sembang-sembang gini.Tapi time is limited tak puas nanti kita aturkan pada suatu tempat dan ketika yang lebih sesuai


Syidiah & Anuar very sporting. Thanks susah-susah juga datang dari Sungai Merap sebelum ni kami dah ketemu beberapa kali dan seterusnya membawa kepada pertemuan dengan kawan-kawan yang lain. Milahlah orangnya yang membawa kepada pertemuan bersejarah ini. Sayang kawanku yang satu ni tak dapat hadir kerana terpaksa pulang ke Kedah secara emergency.





Dik Na dan anak penakan


Sepupu-sepupu berkumpul


Along & Angah bersama sepupu Nurin, Afif dan Nina



Segak bergaya bagai Hang Tuah


Abang sulung Mohd Najid mengadakan majlis perkahwinan anak keduanya Mohd Fakhri.Itulah pertama kali mengadakan majlis kahwin. Anak pertama Mohd Fadhil masih lagi belajar kat UNITEN.So memandangkan cuti sekolah dah bermula walau sibuk dengan pelbagai aktiviti kami balik juga untuk meraikan Majlis Abang. Tup-tup kawan-kawan lama masa sekolah 25 tahun yang lalu telah dijemput untuk berjumpa di Majlis Abang nanti. Rasa debar-debar dan excited sekali nak balik KL kali ni. So kerumah abang pada 29 Mei 2009 berulanglah dari kampung emak Kg.Bukit Changgang, Dengkil setiap hari hingga hari kenduri selesai. Itulah disamping dapat jumpa saudara-mara, walaupun dalam masa yang singkat bertemu kawan-kawan sekolah dulu menjadi Sejarah paling berharga....muga kita ketemu lagi.