Salam takziah buat tuan Ishak serta Opah yang setia dan sentiasa disisi arwah Ros.
Hari Khamis 10 Jun 2010, Jam 6.30 ptg mendapat berita daripada Ida bahawa jiranku Ros yang tinggal selang 2 buah rumah dari rumah aku telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah hampir 7 bulan menderita sakit yang tidak dapat dikenalpasti puncanya. Aku memang terkejut kerana seminggu sebelum itu sewaktu berziarah.... arwah kelihatan sihat walaupun terlantar ditempat tidur. Arwah meninggalkan suami seorang Pegawai Polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan 4 orang anak yang masih kecil. Jenazah arwah telah dibawa ke Surau Polis Daerah Kubang Pasu diuruskan dan disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke kampungnya di Sabak Bernam pada jam 11.30 malam.
Arwah Ros berbaju putih, bersama-sama jiran sewaktu menghadiri jamuan raya di Taman Mawar pada tahun 2009. Arwah Ros seorang yang sentiasa ceria dan tersenyum sewaktu hayatnya Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya!
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a
Al-Fatihah buat arwah Ros. Amin.