Sunday, May 17, 2009

DOA KESELAMATAN DARI SEGALA PENYAKIT



Apakah yang patut dilakukan bila berhadapan dengan musibah (Influenza A)
yang mula melanda negara sekarang. Saya ingin berkongsi pandangan dari
Pengarah Pusat Islam UUM tentang perkara ini. Mungkin kita boleh amalkan
apa yang dicadangkan oleh beliau. Ya Allah selamatkanlah kami dari musibah
ini.

1. Ikutilah perkembangan yang berlaku, sentiasa berawas dan patuhi pihak berwajib
dalam masalah ini.

2. Teruskan solat hajat, pohon perlindungan berpanjangan dari Allah 'Azzawajalla.

3. Perbanyakkan membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah Tabarak (al-Mulk). Surah ini dipanggil surah al-munjiyah (yang menyelamat). Surah ini mengajar kita bahawa kehidupan ini tempat Allah menguji kita untuk mengetahui siapakah yang terbaik dari kalangan hambaNya. Ia mengajar kita supaya melakukan amalan-amalan terbaik dalam hidup ini.

4 BerAMALlah dengan doa yang dilampirkan, yang diperturunkan oleh Mufti Negeri Sembilan.

Semoga memberi ia dapat manfaat kepada kita sebagai hamba NYA di alam fana ini.

Sunday, May 10, 2009

MENYUSUR KE BANGKOK

Suasana di atas bas dalam perjalanan ke Kota Bangkok

Bot yang membawa kami menyusur sekitar Bangkok









Indahnya Bangkok ketika berpeluang menyusur dengan bot air menyusur kota Bangkok



Kenangan di depan Hotel penginapan di Bangkok




Ini pula kat Thaksin University


University Prince of Songkla




Kat Nation Channel Bangkok


Makan-makan seafood kat Bangkok

Kenangan ini ingin diabadikan juga dalam N3 kali ni. Semasa bersama FKBM satu lawatan sambil belajar telah dibuat ke Bangkok. Perjalanan mengambil masa selama 2 hari. Sepanjang perjalanan kami telah singgah ke beberapa buah universiti di Thailand untuk bertukar-tukar pandangan. Pengalaman ini amat berharga sekali. Rombongan dilayan dengan begitu baik dan mesra sekali.