Training yang pernah menjadi isu hangat satu ketika dulu di Wilayah Persekutuan. Namun bagi kami yang menyertainya mendapati tiada isu yang cacat cela atau yang tidak kena dengan pegangan umat islam...malah panel yang memantau kursus ini turut hadir bersama2.
Wednesday, June 30, 2010
ESQ Basic Training Way 165
Training yang pernah menjadi isu hangat satu ketika dulu di Wilayah Persekutuan. Namun bagi kami yang menyertainya mendapati tiada isu yang cacat cela atau yang tidak kena dengan pegangan umat islam...malah panel yang memantau kursus ini turut hadir bersama2.
Monday, June 28, 2010
TAKZIAH BUAT KELUARGA TUAN ISHAK
Salam takziah buat tuan Ishak serta Opah yang setia dan sentiasa disisi arwah Ros.
Hari Khamis 10 Jun 2010, Jam 6.30 ptg mendapat berita daripada Ida bahawa jiranku Ros yang tinggal selang 2 buah rumah dari rumah aku telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah hampir 7 bulan menderita sakit yang tidak dapat dikenalpasti puncanya. Aku memang terkejut kerana seminggu sebelum itu sewaktu berziarah.... arwah kelihatan sihat walaupun terlantar ditempat tidur. Arwah meninggalkan suami seorang Pegawai Polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan 4 orang anak yang masih kecil. Jenazah arwah telah dibawa ke Surau Polis Daerah Kubang Pasu diuruskan dan disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke kampungnya di Sabak Bernam pada jam 11.30 malam.
Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya!
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a
Al-Fatihah buat arwah Ros. Amin.
Monday, June 7, 2010
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR ALUMRA
Majlis Perasmian ALUMRA telah berjalan lancar. Program yang dirancang pada hari pertama iaitu pertandingan Bowling dan Bolasepak turut menyerikan program ini. Buat kawan-kawan yang tak dapat hadir boleh lah menatap gambaq-gambaq sekitar program ini berlansung. Dengan secara tak lansung maka dengan rasmi pelancaran ALUMRA ni maka dengan rasminya juga pelancaran Face Book ALUMRA dilancarkan. Kawan-kawan masuklah ke FB ALUMRA.







Kumpulan 69 sedang menjamu selera




Subscribe to:
Posts (Atom)