Tuesday, January 25, 2011

Latarbelakang SMJ CLASS of 76-80 Moment In Time

Maklumat dan aktiviti-aktiviti SMJ CLASS of 76-80 (Moment In Time)

Latarbelakang SMJ CLASS of 76-80


1. Penubuhan secara rasmi SMJ CLASS of 76-80 telah diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada 6 November 2009 dimana lantikan Jawatankuasa Pelaksana telah dibuat dikalangan bekas-bekas pelajar yang hadir.
a. Kronologi perjumpaan :

Bermula pada satu perjumpaan tidak rasmi pada 17 Mei 2009 diantara beberapa orang bekas pelajar di rumah Pn. Nurashidiah Halim di Lot 2824, Kg. Sg. Merab Ulu, 43000 Kajang , Selangor dengan cadangan yang dibuat oleh bekas guru SMJ iaitu Cikgu Ismail Shaari supaya mengumpul kembali pelajar bacth kemasukkan tahun 1976 ke SMJ maka lahirlah kumpulan reunion ini. Ahli yang hadir pada waktu itu ialah Pn. Nurashidiah Halim, En. Mahdi Shuid, Pn. Fazdilah Ali, Pn. Nurashikin Mehat, Pn. Rohaya Abd. Rahman, Pn. Robashah Ismail, Pn. Jamilah Rejab dan Pn. Zabedah Shaarin.

Seterusnya pada 31 Mei 2009 Pn. Rodiah Halim telah mengundang kawan-kawan dari kumpulan yang sama ke Majlis perkahwinan anak saudaranya di No 7 Lrg CP 2/12, Taman Cheras Perdana, Cheras, Kuala Lumpur. Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah Pn. Nurashidiah Halim dan suami En. Anuar, En. Mahdi Shuid serta Pn. Fazdilah Ali sekeluarga, Pn. Rohaya Abd. Rahman bersama keluarganya dan Pn. Robashah Ismail bersama keluarga. Dari sini semakin kuat keazaman untuk mengadakan reunion SMJ CLASS of 76-80 terus membara.
Pada hari raya kedua Aidilfitri 21 September 2009 secara berkeluarga En. Mahdi Shuid, Pn. Fadhilah Ali, Pn. Jamilah Rejab, Pn. Robashah Ismail telah berkunjung kerumah Cikgu Rakhli di Taman Permata , Jitra dan Cikgu Ayoib Abd Samad di Kampung Hijrah, Jitra dan seterusnya beraya kerumah En. Mohd Shukri Hashim di kampong Pulau Pak Ubin, Jitra sebagai usaha mencari rakan2 dan guru-guru dari SMJ.
Pada hari raya ketiga Aidilfitri 22 September 2009 sekali lagi kumpulan ini mengambil kesempatan untuk berkonvoi beraya kerumah Cikgu Ismail Shaari yang telah mengilhamkan penubuhan SMJ CLASS 0f 76-80. Konvoi ini disertai oleh keluarga En. Mahdi Shuib, Pn Fadhilah Ali, Pn.Robashah Ismail, En. Mohd Shukri Hashim, Pn. Rodiah Halim dan Pn. Jamilah Rejab. Konvoi ini telah menerjah kerumah kawan2 seperti Pn. Norhasnah Ramli dan dapat bertemu dengan Pn. Rozita Abd. Ghani yang kebetulan berjiran dengan Cikgu Ismail Shaari.

Rumah cikgu Ismail Shaari dan Cikgu Siti Fatimah di Bukit Indah , Jitra

Rumah Nor Hasnah Ramli di Kampung Tok Kesop , Jitra

1. Darulaman Golf Club, Bandar Darulaman, Jitra (17 Oktober 2010)

Pertemuan pertama yang dihadiri oleh 9 orang pelajar iaitu En. Mahdi Shuid, Pn. Fazdilah Ali, En. Elias Ismail, En. Badrulhisham Ahmad, En. Shaarani, En. Mohd Shukri, Pn. Jamilah Rejab, Pn. Rodiah Halim dan En. Goh Jit Chor membincangkan untuk menubuhkan secara rasmi kumpulan reunion dengan masing-masing diberi tugas untuk mencari serta mendapatkan maklumat bekas-bekas pelajar SMJ tahun berkenaan.

Pertemuan pertama bagi membincangkan penubuhan SMJ CLASS of 76-80

2. Hotel Singgah Sana, Petaling Jaya, Selangor (6 November 2009)
Merealisasikan perjumpaan secara rasmi dengan kehadiran seramai 26 orang ahli serta menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana seperti berikut :

Pengerusi : En. Mohamad Mosin Abd. Razak
Timbalan Pengerusi : Tn. Hj. Mohd Ilyas Ismail
Setiausaha I : Puan Rodiah Haji Halim
Setiausaha II : Puan Jamilah Rejab
Penolong Setiausaha : En. Mahdi Shuid
Bendahari : Y.Bhg. Dato’Azri Murad
Penolong Bendahari : Puan Zabedah Shaarin

Ahli-ahli yang hadir pada perjumpaan tersebut kebanyakan adalah dari Kuala Lumpur, Pahang, Penang dan Kedah adalah seperti berikut :


Ahli-ahli lelaki yang memeriahkan perjumpaan ALUMNI SMJ buat pertama kalinya

Antara ahli-ahli perempuan yang hadir

Ahli-ahli yang hadir :
1. Abdul Arif Mohd Ishak
2. Azahari Nordin
3. Dato'Azri Murad
4. Badrul Hisham Ahmad
5. Chuah Teong Eng
6. Fadzilah Ali
7. Goh Jit Chor
8. Haziah Mat
9. Mohd Ellias Ismail
10.Mohd Nadzeri Nasurudin
11.Mahdi Shuib
12.Malik Amir Ali
13.Mazni Ahmad
14.Mohamad Mohsin
15.Noor Hariza Daud
16.Nur Rashidiah Halim
17.Nurashikin Mehat
18.Osman Ahmad
19.Robashah Ismail
20.Rodiah Halim
21.Roslan Tahir
22.Rosli Che Rus
23.Shahruddin Abd. Aziz
24.Syed Ahmad Fadzil
25.Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman
26.Zabedah Shaarin

3. Darulaman Golf Club, Bandar Darulaman, Jitra (20 November 2009)
Jawatankuasa Pelaksana telah mengatur pertemuan dengan ahli yang terdiri dari bekas pelajar bagi kawasan utara untuk menyampaikan maklumat kepada ahli yang tinggal disekitar Utara seperti Penang dan Kedah tentang matlamat penubuhan yang diadakan di Hotel Singgah Sana, Petaling Jaya pada 6 November 2009. Seramai 33 orang ahli hadir pada perjumpaan tersebut seperti berikut :

Ahli-ahli bagi kawasan utara yang hadir pada malam tersebut

Ahli-ahli yang hadir :
1. Abdul Arif Mohd Ishak(Penang)
2. Aswadi (Jitra)
3. Azahari Nordin (Jitra)
4. Azizan Halim (Jitra)
5. Azizi Abdullah (Puchong)
6. Badrul Hisham Ahmad (Jitra)
7. Bakri(Jitra)
8. Basri Mehat(Jitra)
9. Fadzilah Ali(Kuala Lumpur)
10.Goh Jit Chor(Jitra)
11.Illias Ismail(Jitra)
12.Jamilah Rejab(Penang)
13.Jasmina Jaafar (Jitra)
14.Mahdi Shuib (Kuala Lumpur)
15.Mazlan Ashaari (Jitra)
16.Mazmin Abd Rahman(Sungai Petani)
17.Mohd Mohsin Razak (Petaling Jaya)
18.Norliza Ismail (Changlun)
19.Normi Mustafa (Jitra)
20.Nurhayati Did (Changlun)
21.Rodiah Halim (Jitra)
22.Rohani Syarif (Sungai Petani)
23.Rozita Ghani (Jitra)
24.Rusnani Din (Jitra)
25.Shaarani Hassan(Lebai)(Jitra)
26.Shukri Hashim (Putat)(Jitra)
27.Syed Amil (Jitra)
28.Zabedah Shaarin (Kuala Lumpur)
29.Zaim (Jitra)
30.Zalilah Shariff (Penang)
31.Zulfitri Yaacob (Changlun)
32.Zulkifli Ramli(Jitra)
33.Zurishah Latiff (Penang)

4. Darulaman Golf Club, Bandar Darulaman, Jitra (14 Februari 2010)
Sempena Chinese New Year Gathering beberapa ahli iaitu En. Chuah Teong Eng, En. Lee Chai Eam dan En. Goh Jit Chor telah menaja perjumpaan dengan menjemput ahli-ahli bersama keluarga masing-masing bertemu. Seramai 23 orang ahli hadir bersama 3 orang bekas guru dijemput iaitu Cikgu Ayoib Samad, Cikgu Lai dan Cikgu Abdul Wahab Awang.

Cikgu Lai menerima cenderahati daripada Presiden SMJ CLASS of 76-80 En. Mohd. Mosin Abd Razak diperhatikan oleh En. Lee Chai Eam, En. Chuah Teong Eng dan En. Goh Jit Chor

Ahli-ahli yang hadir :
1. Abdul Arif Mohd Ishak
2. Anuar Long
3. Azizi Abdullah
4. Azuwal Halim
5. Badrul Hisham Ahmad
6. Chuah Teong Eng
7. Fadzilah Ali
8. Goh Jit Chor
9. Hasmini Hashim
10. Haziah Mat
11. Mohd Ilias Ismail
12. Jasmina Jaafar
13. Lee Chai Eam
14. Mahadi Shuib
15. Mazmin Abd Rahman
16. Mohd Mohsin Razak
17. Normi Mustaffa
18. Nurhayati Did
19. Nuraini Illias
20. Rodiah Halim
21. Zalilah Shariff
22. Zulkifli Ramli
23. Zurishah Latif

5. No.1230, Jln. Cengal 28, Tmn Ampangan, Seremban (10 April 2010)
Mesyuarat Task Force telah diadakan di ruman Pn. Robashah Ismail membincangkan Majlis Grand Dinner Reunion yang akan diadakan pada bulan September 2010 di Bandar Darulaman , Jitra. Dihadiri oleh En. Mohd. Mohsin Abdul Razak, En. Ellias Ismail, En. Mahdi Shuid, Fadzilah Ali, Pn. Nurashidiah Halim, En. Azizi Abdullah, Pn. Jamilah Rejab dan Pn. Robashah Ismail.
Ahli-ahli yang hadir semasa task force di adakan di Negeri Sembilan
6. No.118 Jalan Mawar 5, Taman Mawar, Jitra (26 Jun 2010)
Perjumpaan secara tak rasmi di rumah Pn. Rodiah Hj. Halim bagi membincang majlis Grand Dinner pada 11 September 2010 telah dihadiri oleh 17 orang ahli bersama 2 orang guru iaitu Cikgu Johari Ibrahim dan Cikgu Siti Aminah.

Bergambar kenangan di Taman Mawar

Berbincang dengan penuh kusyuk di Taman Mawar

Ahli-ahli yang hadir :
1. Abdul Arif Mohd Ishak
2. Ahmad Basri Mansor
3. Anuar Long
4. Azizan Salim
5. Azizi Abdullah
6. Azian Ismail
7. Cheah
8. Fadzilah Ali
9. Goh Jit Chor
10. Mahdi Shuib
11. Mahyuddin Ismail
12. Mohd Mohsin Razak
13.Mohd Shukri Hashim
14. Normi Mustaffa
15. Nurashikin Mehat
16. Rodiah Halim
17.Rusma Abu Hassan

7. Menghantar kad jemputan Grand Reunion kepada bekas guru-guru (31 Julai 2010)
Ahli jawatankuasa SMJ CLASS of 76-80 telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan secara pos dan menghantar sendiri kad jemputan kepada bekas guru2 dan rakan2 yang tinggal di daerah Jitra.
Seramai 9 orang ahli iaitu En. Mohd. Mosin Abd Razak, En. Mahdi Shuid. Pn. Fadzilah Ali, Pn. Rodiah Halim. Pn. Normie Mustaffa, En. Azizi Abdullah, En. Anuar Long, Pn. Rusma Abu Hassan dan En. Mahyuddin Ismail berkonvoi ke rumah guru diantaranya ialah rumah cikgu Munajat Tamrin/Cikgu Rusmawati Ismail, Cikgu Ismail Yahya, Cikgu Ismail Jaafar, Cikgu Ismail Shaari, Cikgu Hazizah, Cikgu Sulaiman dan Cikgu Johari Ibrahim/Cikgu Siti Aminah.


Rumah cikgu Munajat Tamrin


Rumah Cikgu Johari Ibrahim


Rumah Cikgu Ismail Jaafar


Rumah Cikgu Ayoib Abd. Samad


Rumah Cikgu Ismail Yahya


Rumah Cikgu Hazizah

8. The Regency Darulaman Golf Resort, Bandar Darulaman, Jitra (11 September 2010)
Menganjurkan dengan jayanya Majlis Grand Reunion SMJ CLASS of 76-80. Seramai 10 orang guru-guru dan bekas pelajar turut hadir bersama keluarga masing- masing.


Presiden dan juruacara majlis sedang mengendali majlis


Guru-Guru dan ahli-ahli yang hadir

Ahli-ahli wanita yang hadir

Ahli-ahli lelaki yang hadir

Dalam mesyuarat selepas tamat Grand dinner SMJ CLASS of 76-80 telah bersetuju supaya rombakan Jawatankuasa diubah bagi memantapkan perjalanan aktiviti yang akan datang seperti berikut :

Jawatankuasa SMJ CLASS of 76-80
Presiden : En. Mohamad mohsin Abd Razak
Timbalan Presiden : En. Mahdi Shuid
Setiausaha I : Pn. Rodiah Hj. Halim
Blogger : Pn. Jamilah Rejab
Bendahari : Y.Bhg. Dato’Azri Murad
Penolong Bendahari : Pn. Zabedah Shaarin
Penasihat Kewangan : Cik Haziah Mat

9. Mess PDRM Greysand, Port Dickson, Negeri Sembilan (10-12 Disember 2010)
Mengadakan family day untuk ahli-ahli SMJ CLASSS of 76-80 bersama-sama keluarga masing-masing dengan menjalankan aktiviti BBQ, sukaneka, mandi pantai dan bergotong-royong masak bersama. Seramai 7 ahli menyertainya bersama keluarga masing-masing iaitu En. Mohd. Mohsin Abdul Razak, Pn. Rodiah Hj. Halim, En. Mahdi Shuid, Pn. Fadziah Ali, Pn. Zabedah Shaarin, Pn. Nurashidiah Halim, Pn. Robashah Ismail dan En. Ruslan Tahir.


Anak-anak semasa family day di Port Dickson


Ahli-ahli yang hadir pada family day di Mess PDRM Greysand, PD


Suasana sukaneka berlansung

Anak-anak dalam sukaneka yang di jalankan pada sebelah petang


Bermain pasir dengan anak-anak ahli di Pantai PD


Anak-anak bersama2 menaiki banana boat yang disediakan di PD

Makan malam bersama-sama di hari pertama menginap di PD
Bergotong-royong memasak untuk makan tengahari dan arapan pagi semasa berada di PD
MOMENTS IN TIME
“ Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang
yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari”
Ali bin Abi Talib
Mudah-mudahan SMJ CLASS of 76-80 akan terus kekal dan direstui Allah swt. Amin – Amin
Hubungi Kami :
Presiden Mohammed Mosin Abdul Razak ( 019-3615778 )
Tim. Presiden Mahdi Shuid (013-3694489)
Setiausaha Rodiah Halim (012-4155903 )
Bendahari Zabedah Shaarin (019-3137895)
Blogger Jamilah Rejab ( 019-4316261 )

Sunday, January 2, 2011

Majlis Amanat Naib Canselor Tahun Baru 2011

MAJIS AMANAT NAIB CANSELOR TAHUN BARU 2011
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
1 JANUARI 2011 (SABTU)
DEWAN MUAZAM SHAHView Blog




SELAMAT TAHUN BARU DARI NAIB CANSELOR......antara amanatnya...UUM mencapai hasrat untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka. Pelan tranformasi UUM telah dibentuk dan digubal ke arah hala tuju untuk mencapai wawasan menjadi Universiti Pengurusan terkemuka dan seterusnya sebagai sebuah Universiti Penyelidikan menjelang tahun 2013.

Pelan tranformasi jangka panjang dan pendek disusun sebagai 'roadmap' untuk mencapai dan melaksanakan semua pelan tindakan yang sudah siap dibentuk.

Fasa pertama membabitkan rancangan lima tahun pertama bermula 2011 sehingga tahun 2015 bagi meletakkan UUM di peta akademik tempatan dan usaha "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi" dengan universiti tempatan terkemuka.

Fasa kedua bermula 2016 hingga 2020 adalah usaha meletakkan UUM di peta akademik antarabangsa sebagai sebuah universiti yang menjadi rujukan dalam bidang pengurusan oleh semua pihak termasuk para sarjana dan ilmuan dari dalam dan luar negara.

Sempena tahun baru ini akan membuka lembaran baru kepada semua staf UUM untuk bekerja lebih keras bagi melaksanakan apa yang dirangka dalan pelan tranformasi ini.

UUM akan terus maju melakar sejarah kecermelangan pada masa depan.