Saturday, February 25, 2017

12 Februari 2017 : Nasir suami kepada Sepupu ku Che Ta Koma di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani

 
KENANGAN ARWAH NASIR SHAARI SUAMI KEPADA NORAINI DIN aka CHE TA

Dari Allah ia datang kepada Allah jua ia kembali. Genap 14 hari arwah Nasir koma di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada 25 Februari 2017, Hari Sabtu, Jam 10.30 pagi. Jenazah telah selamat dikebumikan di kampong arwah di 3541 MK20 Kuala Mengkuang, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
 
Arwah menghadapi komplikasi kencing manis dan kegagalan buah pinggang.  Telah menjalani rawatan hidrolisis dan masuk keluar hospital sepanjang tahun 2016. Walau bagaimana pun arwah kelihatan masih sihat sehinggalah pada awal tahun 2017 arwah mula hilang selera makan.
 
Che Ta  merupakan sepupu ku yang agak rapat sejak dari kecil. Selepas berkahwin dengan arwah ikatan kekeluargaan dengan nya tidak pernah putus walaupun telah berpindah randah mengikut suaminya bertugas dimerata tempat.  Hinggalah tempat terakhir bertugas di IPD Sungai Petani.
 
Pada hari terakhir di dunia yang fana ini jenazah beliau telah di uruskan oleh BAKA Kedah di mandikan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani sebelum di bawa ke Surau IPD Sungai Petani untuk sembahyangkan oleh khariah ditempat kediaman beliau.  Kemudian di bawa pulang kampung kelahiran beliau dandikebumikan selepas asar di masjid yang berdekatan.
 
Ramai sanak saudara dari kedua2 belah pihak datang berziarah tak ketinggalan PakSu Wan Md Saad dan isteri Mak Su Chah, Pak Tam Wan Yahya, Mak Lang Yati isteri arwah Pak Lang Wan Min, Mak Ndak Chom isteri arwah Pak Ndak Wan Hussin, Mak Jang Wan Kamaliah serta sepupu sepapat yang rapat dengan Che Ta dan arwah.
 
 
Perjalanan terakhir dari IPD Sungai Petani ke Kubang Semang tempat kelahiran arwah

Konvoi yang mengiringi jenazah ke Kubang Semang, Bukit Mertajam

Sanak saudara yang berkunjung menziarah arwah untuk kali terakhir