Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA BY KELAB KEBAJIKAN COLGIS

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN KELAB KEBAJIKAN COLGIS
Tarikh : 18 Ogos 2011
Masa : 7.30 petang
Tempat : Hotel EDC UUM








Kelab Kebajikan dan Rekreasi UUM COLGIS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 18 Ogos 2011 (Khamis) yang lalu bertempat di EDC, UUM. Majlis tersebut bertujuan merapatkan silaturahim kakitangan sempena Ramadhan bulan penuh keberkatan. Majlis yang meriah dengan kehadiran lebih kurang 200 orang termasuk ahli keluarga masing-masing dan juga rakan-rakan dari bidang pengajian yang baru disatukan dibawah UUM COLGIS iaitu Perniagaan Antarabangsa, Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar.

Saturday, August 22, 2009

1st Day Buka Puasa

Hari pertama meyambut Ramadan jatuh hari sabtu 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadan 1430 yang merupakan hari minggu pada orang Utara. Kalau jatuh hari Jumaat dapatlah satu lagi cuti hari Ahad...he..hee. Tapi alhamdulillah awal puasa kali ni serentak dengan cuti sekolah selama seminggu. Anak-anak pun tak la rasa penat. Kimi dan Angah bolehlah buat persiapan dan ulangkaji untuk UPSR dan PMR masing-masing.



Tahun ni dah berazam tak mahu membazir dengan pelbagai menu semasa berbuka. Cukuplah ala kadar saja dan kalau boleh tu nak balik memasak aja...maklumlah tahun-tahun lepas rutinnya singgah memanjang kat mana-mana gerai bila dalam perjalanan balik dari kerja beli lauk untuk berbuka. So menu hari pertama ni kita buat sup tulang cicah air asam, masak kicap ayam untuk anak2, goreng sayur, masak lemak cili api dan blend air tembikai. Cukup dah buka selera. Tup...tup...jam 3.00 ptg Bang Cik call jom buka posa umah Mawar na..macam biasa bawak lauk sorang sejenis...kalau 2 jenis pun tak pa kita bonus la.... Alamak habis semua menu yang dok angan-angan selerak. Sup tulang tengah rebus itulah rezeki hari ni. Masuk dapur potong cili buat air asam ...apa boleh buat dah lambat dapat info...itu saja yang dan.



So...jam 5.30 ptg siap-siap keluar awai..singgah kat ANEKA beli tikar rotan gantikan carpet yang dah berzaman kat rumah. Pas tu singgah kedai baju...nak cari baju raya tema black & white tahun ni. Cari punya cari jumpa...tak pi tak da saiz untuk Along, Angah yang lain ok. Pas tu terus aja kerumah Mawar....

Di Lubuk Kawah...Din dan Mawar sibuk kat dapur...Yon Dik Na sama-sama sampai denga kami. Tok Ayah, Tok Kebun dah ada...pas tu Dik Na, Cik Tun, Hosni dah mula sampai....sambung lagi Cik Mini, Bang Cik, Anis, Izati pun ada and tak lupa Tok Chom baru sampai. Yang tak ada Bang Chaq and Niza sekeluarga..depa balik Penang. Kurang satu korum. Wow masing-masing bawa lauk-pauk punyalah banyak sampai tak tau mana satu nak pilih, sambal tumis telur, mee goreng, masak lemak, kari daging, ikan sup & sawour, kurma kambing,air asam, sup daging....he....he Cik tun pun bawak yang sama ngan resepi kami, popia, bubur lambuk, kacang panjang goreng dan macam-macam lagi...sampai tak larat nak makan.

Lepas berbuka Pak Tam (hero kita le) imankan sembahyang Magrib..dan pas tu..kami tergesa-gesa dapat signal nak kena balik awai sebab anak-anak nak bertarawih di Surau kat rumah. So tak sempat nak sembang-sembang macam pacat kekenyangan...terus kami sekeluarga balik dulu. Minta maaf ya Mawar..Din.. you all done very well as a tuan rumah...sedap sambal tumis telur and masak lomak tu....

Atas kereta teringat...alhamdulillah rezeki... ingat nak berbuka ala kadar...tengok tuhan beri rezeki melimpah ruah hingga terlampau kekenyangan. Semuga Allah juga melimpahkan rezeki kepada hamba yang lebih memerlukan...... amin.

RAMADAN BULAN MULIA



RAMADAN BULAN YANG MULIA

Ramadan datang lagi. Wahai umat Islam semua marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan kita di dalam bulan yang mulia ini semoga kita sentiasa mengingati kepada Allah s.w.t. tentang kebesarannya.

Wahai umat nabi muhammad bangunlah kita dari dibelenggu oleh nafsu amarah dan janganlah kita lalai tentang perintah allah.

Marilah kita menuju kejayaan di dunia dan di akhirat.

Janganlah kita lupa menunaikan ibadah puasa dan janganlah kita melengahkan ibadah sembahyang kita dan tak lupa juga ibadah zakat yang di perintahkan ke atas setiap umat muslimin dan muslimah sekalian.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA