Showing posts with label JIRAN TETANGGA. Show all posts
Showing posts with label JIRAN TETANGGA. Show all posts

Tuesday, January 31, 2017

ANAK2 KEJIRANAN TAMAN SURIA YANG TELAH BERTEMU JODOH


Kenangan Kejiranan Taman Suria, Jitra, Kedah
Antara Tahun 1994-2005
 
Banyak kenangan sewaktu menetap di Taman Suria. Bermula dari tahun 1994 selepas bekahwin dan mempunyai anak kedua, aku dan family membeli sebuah rumah teres kos sederhana disini. Maka berpindah lah dari Kampung Padang , Jitra menduduki rumah sendiri dengan pinjaman dari perbendaharaan kerajaan Malaysia. Alhamdulillah anak-anak ku membesar dari yang pertama hinggalah yang ketiga disini.

 Jiran-jiran sekeliling cukup baik. hidup bermaufakat dan harmoni. Anak2 membesar, bermain dan belajar bersama-sama. Sehinggalah Allah memberi rezeki yang lebih aku dan keluarga berpindah ke Taman Suria bersebelahan Hospital Jitra pada tahun 2006. Cukup sayang dan sedih untuk meninggalkan kejiranan ini.  Tapi kata orang rezeki ada dimana2 siratulrahim tak pernah terputus dengan jiran2 lama...sedar2 anak2 semakin dewasa...seorang demi seorang setelah tamat belajar mula bertemu jodoh.   Jadi dalam entry kali ini aku ingin abadikan kenangan gambar2 anak jiranku yang telah bertemu jodoh.



Anak Azmie dan Laila yang telah berpindah ke Perlis.
  Azmie merupakan rakan sekerja suamiku semasa bertugas di IPD Jitra.
 

Anak Azri Md Daud dan Zaini yang juga merupakan rakan sekerjaku di UUM
. Majlis di adakan di kediaman mereka di Taman Suria, Jitra

 
Anak Yusof Ismail dan Kak Arah yang merupakan pengasuh kepada anakku Wawa.
Majlis kenduri telah diadakan di Kodiang , Kedah.
 


Anak kepada arwah Wahab Bank Rakyat dan Teh yang telah berpindah ke Taman Kenanga.
 Walimatulurus anaknya telah diadakan di Hotel Bustani, Jitra.


Anak kepada Azmi Mat yang merupakan rakan sekolah menengahku dan cikgu Hasni.
 Majlis diadakan di Homestay Zaidah, Jalan Tok Kesop,Jitra
 


Anak kepada Halimah  dan Mazlan yang merupakan rakan sekerja kepada suamiku di IPD , Jitra.
Majlis di adakan di kediaman mereka di Taman Suria, Jitra


 

Monday, June 28, 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA TUAN ISHAK


Salam takziah buat tuan Ishak serta Opah yang setia dan sentiasa disisi arwah Ros.

Hari Khamis 10 Jun 2010, Jam 6.30 ptg mendapat berita daripada Ida bahawa jiranku Ros yang tinggal selang 2 buah rumah dari rumah aku telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah hampir 7 bulan menderita sakit yang tidak dapat dikenalpasti puncanya. Aku memang terkejut kerana seminggu sebelum itu sewaktu berziarah.... arwah kelihatan sihat walaupun terlantar ditempat tidur. Arwah meninggalkan suami seorang Pegawai Polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan 4 orang anak yang masih kecil. Jenazah arwah telah dibawa ke Surau Polis Daerah Kubang Pasu diuruskan dan disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke kampungnya di Sabak Bernam pada jam 11.30 malam.

Arwah Ros berbaju putih, bersama-sama jiran sewaktu menghadiri jamuan raya di Taman Mawar pada tahun 2009.

Arwah Ros seorang yang sentiasa ceria dan tersenyum sewaktu hayatnya

Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan menghadap. Ya Allah, ya Tuhanku! Catitkanlah dia di sisi Engkau antara orang-orang yang baik, dan jadikanlah catitan amalannya dalam golongan orang-orang yang di tingkat tinggi, dan gantikanlah apa yang baik bagi kaum keluarganya yang ditinggalkan, dan janganlah Engkau haramkan kami dari pahalanya dan jangan Engkau memfitnahi kami sesudah kepergiannya!

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a

Al-Fatihah buat arwah Ros. Amin.

Monday, October 19, 2009

JAMUAN TERAKHIR 30 SYAWAL 1430 bersamaan 19 OKT 2009

JAMUAN RAYA KHAS BUAT KEDIAMAN DI JALAN MAWAR 5, TAMAN MAWAR, JITRA
LOKASI KAT 115 TAMAN MAWAR

Semalam husband call kat ofis....dah tempah ketupat untuk malam ni...aaargh...ada apa ya...La kan kejiranan kita nak mengadakan majlis jamuan raya. oh alamak macamana
ni lupa la pulak. Ok...ok..kalau nak cari ketupat memang tak sempat kita ganti lemang. Carilah lemang kat Jitra. Rendangnya minta Fuziah yang selalu carter makanan kat sini buat. Settle. Itulah keputusannya. Kisahnya Ida jiran kami beria-ria nak buat jamuan sebab sejak kami tinggal berjiran 4 tahun lalu tak pernah miss buat jamuan raya mengeratkan siratulrahim bersama. Masing-masing boleh terlupa pulak. Anyway majlis berjalan jugak dengan meriah lebih kurang 15 keluarga datang.




Salah satu makanan kuew teow teng yang dibuat oleh Shida...memang best



Tengok la tu YB Amir amboi smart betui sampai tuan rumah dok kat belakang aje....kesian Pak Tam


Inilah dia YB Amir Taman Mawar


Yanti and Fatasha tak berpisah anak-beranak..kesian Syamsul tak boleh mai sama....


Fatini, Wawa and Lokman


Wak Saidon ...dah kenyang ke...tu


Amboi entah apa yang dibincangkan Tn. Ishak kita ngan faizal tu sampai begitu sekali


Khusairi and Sari serta anaknya


Jiran belakang rumah ni Ros, Fiza, Awin and Ita


Ni macam nak tunggu ambil giliran masuk jumpa doktor aje....


Aaik.. tuan rumah berposing plak ngan Sari, Mas, Bee and Ita


Kimi dan kawan-kawan tak ketinggalan Fatasha, Inas dan Fatini


Entah apa topik dibualkan antara Ita dan Ros tu ye....


Ita, Bee, Mas dan Sari senyum sokmo...


Ini tak adil ni kalau dah kat depan kipas tu dah tak bangun-bangun....Ida, Yanti dan KBot


Cikgu Azizan dan Wak Saidon walaupun berjiran tak habis-habis lagi bersembang


Opah dan isteri Faizal sori la tak tau nama....


Anak-beranak Wak Saidon


Ni plak anak Wak Saidon yang handsome


Anak Ita, Ida dan Yanti


Anak Ita....