SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
Sunday, May 1, 2011
FAMILY OUTING
1 MEI 2011.
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
Hari minggu outing bersama-sama family dan anak-anak di Bandaraya Alor Setar. Keluar dari pagi hingga malam. Siang menghadiri kenduri rumah staf yang melansungkan pertunangan..kemudian ke Alor Setar window shooping kat Carefour Mergong....pastu ke IPK menemani my hubby menyiapkan kerja ofis...pastu dinner kat Jonet Kuew Teuw Kerang sebelum pulang ke Jitra...
Wednesday, December 22, 2010
WAWA My SWEET HEART
Nur Radhwa anak ku yang bungsu baru berusia 5 tahun...tak berapa hari lagi bila masuk tahun 2011 usianya akan bertambah menjadi 6 tahun....sibuk dia meminta pada ayah dan ibunya mendaftar untuk ke sekolah. Betul jugak untuk ke darjah satu tahun 2012 kena daftar dari sekarang. Aku dan suami membawa di ke SKJ3 untuk pendaftaran...bukan main lagi gembira...sepanjang2 jalan tersenyum sambil memegang salinan borang pendaftaran..nak ditunjukkan kepada abangnya yang dia akan ke sekolah tak lama lagi.....happy tengok gelagat anak bungsuku ini..
Besoknya dia minta aku gunting rambut persediaan untuk ke sekolah..hehehe..inilah Wawa anak bungsuku...yang penuh dengan imiginasi mahukan kejayaan.....semuga tahun 2011 akan membawa kepada keceriaan kerana umurnya belum cukup untuk kedarjah satu.
Sunday, November 7, 2010
KENDURI DAN BACAAN YASIN TAMAN JITRA
MAJLIS BACAAN YASIN , TAMAN JITRA
30 OKTOBER 2010 (SABTU)
Sekitar majlis bacaan yasin diadakan di rumah Taman Jitra untuk ahli keluarga yang akan mengambil peperiksaan, yang akan melahirkan anak, mengimarahkan rumah dan kesyukuran serta mengeratkan siratulrahim antara keluarga diadakan pada hari Sabtu 30 Oktober 2010. Masing-masing datang bergotong royong memasak dan sama-sama bersiap menyediakan majlis tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kehadiran jiran-jiran dan sanak-saudara.
30 OKTOBER 2010 (SABTU)
Sekitar majlis bacaan yasin diadakan di rumah Taman Jitra untuk ahli keluarga yang akan mengambil peperiksaan, yang akan melahirkan anak, mengimarahkan rumah dan kesyukuran serta mengeratkan siratulrahim antara keluarga diadakan pada hari Sabtu 30 Oktober 2010. Masing-masing datang bergotong royong memasak dan sama-sama bersiap menyediakan majlis tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kehadiran jiran-jiran dan sanak-saudara.
Wan Nasruddin Azan and Noor Hashim Hj. Abd Rahman sedang mencuci pinggan mangkuk
Kak Hasma, Mak Cik Nazirah, Mak Cik Mah
Sunday, October 17, 2010
KENDURI KESYUKURAN
KENDURI KESYUKURAN DAN MAJLIS BACAAN YASIN SERTA TAHLIL
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2010
MASA : 12.00 HINGGA 6.00 PTG
LOKASI : TAMAN MAWAR, JITRA
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2010
MASA : 12.00 HINGGA 6.00 PTG
LOKASI : TAMAN MAWAR, JITRA
Alhamdulillah berkat dengan izin Allah dapatlah mengadakan sedikit kenduri kesyukuran...campur sekali tahlil untuk arwah2 kaum keluarga yang telah pergi terdahulu meninggalkan keluarga....campur sekali doa selamat untuk Along yang akan menduduki peperiksan SPM tahun ini...semuga tuhan lindungilah keluargaku dari sebarang musibah dan berkatilah rezeki yang dicari untuk kami dan semua hamba allah di muka bumi ini. Dan semuga dapatlah kami nikmati dan berkongsi bersama-sama rahmatMu dengan semua hamba2mu di muka bumi. Dan semuga silaturrahim antara kami saudara-mara, jiran-tetangga, sahabat-handai, rakan-taulan yang lama berpisah dapat dipereratkan lagi dan diberi ganjaran di akhirat kelak. Syukur Alhmadulillah..Sesungguhnya engkaulah yang amat mengetahui akan segala sesuatu yang baik dan yang buruk di atas muka bumi ini. Amin
Saudara mara tidak ketinggalan datang dari jauh...terima kasih Abg Rahim dari Terong, Perak dan Md Ali dari Penang
Monday, March 8, 2010
BERZIARAH KE TAIPING
Drop by to Taiping With Love
Agak lama tak jumpa Kak Za dan Abg In. Kak Za ni kakak my hubby. Depa ni berniaga dekat Taman Tasik Taiping. Baru-baru ni semasa on the way balik dari kampung Banting singgah sekejab kat kedai depa. Bukannya apa kalau balik kampung husband kat Sungai Setar tak pernah jumpa depa. Bersilih saja. Niat tu sebenarnya nak jumpa anak-anaknya...dah lama tak jumpa. Bukan main sibuk lagi. hari tu.....maklumlah petang semasa kami singgah ramai pelanggan kat kedai tak menang tangan kedua-dua mereka. Apa lagi kami yang singgah anak beranak ni mula la tolong ambil order...ha..ha.. rupanya bukannya senang terhegeh-hegeh...anak-anak tukang antar order...husband goreng keropok lekor...aku tukang lap meja...hat tu yang aku cekap pun... tolongla jugak......Kata Kak Za orang kerja dah berhenti satu sambung belajar satu lagi dah buka bisnes sendiri...tak boleh nak halang..sebab masing2 ada hala tuju masing-masing. Banyak juga menu yang dijual Laksa, Rojak, masakan panas Ala Thai, keropok lekor, Ais Kacang sebagainya. Kata Kak Za kedai dibuka seawal tengahari hingga 10 malam. Kalau habis awal secepat 8 malam dah tutup.
Kebetulan dalam setengah jam anak-anak Kak Za datang ke kedai....terus bersalam dan berpeluk cium ngan kami anak-beranak....yang aku kagum......melihat ibu bapa depa dok sibuk...terus menolong ambil order pelanggan dan hantar makanan pada pelanggan...tak payah nak disuruh-suruh....walhal masih kecil.....Moralnya aku katakan pada anak-anakku....betapa mereka faham akan bagaimana susah payah ibubapa mereka mencari rezeki......
Subscribe to:
Posts (Atom)