Saturday, April 10, 2010

JOM BALIK SMJ

Mesyuarat AJK Pelaksana JOM BALIK JITRA (projek ALUMRA)
Tarikh : 9 April 2010
Tempat : Country Height Club, Jenan
Masa : 3.30 ptg
Satu mesyuarat AJK Pelaksana telah diadakan Country Height Club. Di hadiri oleh Sdra Omar Jaafar sebagai Pengerusi, ahli-ahli Cikgu Johari Ibrahim, Mejar(B) Mohd Bahar Hamid, Sdri Rusma Hj. Abu Hassan, Tn. Hj. Azizan Ahmad, Sdra Muhamad Abdullah, Sdra Jamaal Saaban, Sdra Zainul Abidin Ahmad dan saya sendiri mewakili SMJClass of 76-80 bagi membincangkan program "JOM BALIK SMJ" pada 3, 4 dan 5 Jun 2010. Insyaallah kita pakat war-warkan pada kawan-kawan yang lain untuk balik mai Jitra pada tarikh ni....boleh kita jumpa bukan saja bacth kita tapi lain-lain bacth jugak.


Antara agenda yang dibincangkan adalah mengenai :
1) Taklimat program
2) Perlantikan AJK Pelaksana
3) Kewangan

Untuk lebih terperinci akan di entrikan minggu depan selepas perjumpaan yang akan diadakan dengan Cikgu Johari Ibrahim yang akan menjadikan rumahnya sebagai pejabat skretariat bagi program ini. Tq Cikgu.

Banyak perkara telah diputuskan dan yang paling penting sekali ialah memohon kerjasama wakil-wakil tahun yang belum ada wakil seperti dibawah menghubungi AJK Pelaksana untuk menjayakan program ini. Bagi sebelah Utara bolehlah menghubungi Cikgu Johari Ibrahim di talian 018-2383468.

Wakil 1965-1970 - OJ, Mejar(B) Mohd Bahar Hamid
Wakil 1971-1975 - A.M. Saman, Koden
Wakil 1976-1980 - Mosin
Wakil 1981-1985 - Belum Ada
Wakil 1986-1990 - Belum Ada
Wakil 1991-1995 - Rafiza Ashaari /Alias Shukri
Wakil 1996-2000 -Belum Ada
Wakil 2001-2005- Belum Ada
Wakil 2006-2009 -Belum Ada

Bagi SMJClass of 76-80 kita amat menyokong program ini dan dalam masa yang sama kami sedang bekerja keras untuk projek ALUMNI pada 11hb. September 2010 nanti. Pada Mejar (B) Baha nampaknya kami tak boleh nak cepatkan projek kami ketarikh yang berdekatan dengan projek JOM BALIK SMJ walaupun saya faham hasrat murni Mejar untuk meramaikan majlis. Kami telah merancang hampir 2 tahun lalu...dan target yang dibuat telah dipersetujui oleh ahli-ahli. Walau macamana sekali pun SMJClass of 76-80 akan memberi kerjasama yang padu pada projek ini jangan bimbang.......

No comments:

Post a Comment