Sunday, November 1, 2009

JEJAK KASIH KAWAN LAMA SMJ 76-80

MENJEJAK KASIH GENG SMJ 80AN

Tak sampai beberapa hari lagi 6 November 2009. Satu Perjumpaan Pra ALUMNI SMJ akan diadakan di Hotel Singgahsana PJ. Lebih kurang lepas maghrib jam 7.30 malam. Mosin taukeh Restoran Mosin dan ahli korporat yang berjaya ini telah bertungkus lumus mengatur pertemuan kawan-kawan lama yang kebanyakannya berada di Utara dan di KL. Hampir setiap hari dia menghubungi semua kawan-kawan. Dalam pada itu masing-masing mula mendapat panggilan dari kawan-kawan yang dah bertahun-tahun tak dengar berita dan mula bertukar-tukar talian telefon. Kami yang kat sebelah Utara ni pun dah mula mencari kawan-kawan disini. Alhamdulillah semuga impian kita akan tercapai akan bertemu semula nanti.

Thanks to Dillah and Mahadi yang meng emailkan gambar 2 orang lagi sahabat kita Azman Daan dan Mohsin. Dillah minta permission nak paparkan gambar ni supaya boleh dikongsi ngan kawan-kawan yang lain. Wow... hampir tak kenal at least nanti jumpa dah boleh agak dah......

Dari kiri Mohsin, Azman, Mahdi dan Dillah

Dari kiri Azman dan Mohsin

Semuga dizinkan tuhan sekiranya dapat gambar kawan-kawan yang lain saya akan masukkan dalam blog ini khas untuk tatapan kawan-kawan SMJ 80an.

No comments:

Post a Comment