Monday, January 2, 2017

Chia Seeds

PERKONGSIAN MENGENAI PENGGUNAAN DAN PEMAKANAN CHIA SEEDS
 
Pada entri kali ini aku ingin berkongsi maklumat tentang Chia Seeds yang begitu popular.  Semua maklumat yang diperolehi adalah melalui cik Google dan entri bloger dalam web. Aku bukan pakar pemakanan jauh sekali pakar tentang Chia Seeds ini. Tapi aku berharap perkongsian ini dapat membantu aku dan rakan2 bloger dan pembaca yang lain mengatasi masalah kesihatan seperti aku.
Apa itu Chia Seeds
Chia Seeds adalah biji Chia yang merupakan makanan yang sering digunakan pada zaman dahulu kini kembali popular semula. Chia Seeds  ni ada lah sejenis tumbuhan berbunga dalam keluarga pudina itu berasal dari Mexico dan Guatemala. 


 
Sedikit Sejarah Tentang Chia Seeds Yang Perlu Kita Ketahui
Chia adalah anggota dari keluarga sage (Salvia Hispanica). Biji hitam dan putih kecil tersebut pernah menjadi makanan pokok dari suku Inca, Maya dan Aztec, bersama dengan penduduk asli Amerika dari barat daya. "Chia" adalah kata dari suku Maya yang membawa maksud kekuatan. Biji yang digunakan oleh budaya kuno sebagai makanan mega-energi, terutama bagi mereka sebagai utusan pembawa pesan yang selalu membawa kantong kecil chia dengan mereka. Chia telah disebut 'Makanan Pelari India' dan memberikan gelombang energi yang sangat luar biasa. Dengan mengamalkan Chia, mampu meningkatkan daya tahan dan energi tubuh. Di Mexico kajian mengatakan bahawa satu sendok makan biji Chia dapat mempertahankan energi seseorang untuk 24 jam. Chia juga memilik rasa yang enak, kelihatan seperti biji selasih tapi bukan biji selasih ya dan siap untuk disajikan secara cepat serta memiliki skala nutrisi yang amat tinggi dari biji selasih.
 
Pokok Chia Seeds
 
 
Keratan Akhbar tentang khasiat biji  Chia Seeds
Tarikan Minatku Pada Chia Seeds
Entry kali ni tentang Chia Seed yang semakin popular sekarang.. Walaupun baru mencubanya, dan belum menampakkan hasil, tetapi ada sahabat-sahabat aku yang telah mengamalkannya telah menunjukkan kesan yang amat ketara.  Kebetulan baru-baru semasa menghantar anak lelaki ku balik ke Kolejnya di Sungai Petani sambil menunggu suami membeli kasut kerja aku singgah disebuah kedai organik yang menjual pemakanan tambahan. Tertarik dengan risalah tentang Chia Seeds ni aku terus membeli sebotol untuk mencubanya kerana aku adalah pesakit Remithiod Arthitis (RA) yang telah mencuba pelbagai jenis produk sebelum ini.
Kenapa Chia Seeds Ini Kembali Popular
Mungkin antara sebab-sebab nya adalah ada kebaikan dan kelebihannya yang tidak aku ketahui sebelum ini.  Dari hasil google dan pencarian dari web aku dapati Chia Seeds ini sebenarnya mempunyai banyak khasiatnya seperti berikut :
 
 
 
1.  Fiber
Chia seed mengandungi banyak fiber. Kajian mendapati bagi setiap 1 aun chia seed, mengandungi 11% fiber.  So kalau nak kurus boleh lah cuba... Ada kawanku yang mengambil biji chia ini sebanyak 1 sudu teh dan mencampurkannya ke dalam air minuman.. dan kesannya sentiasa rasa kenyang.. selepas sebulan menggamalkannya, berat badan semakin turun.. rupanya lebih kurang biji selasih apabila dah kembang. Selain itu, chia seed juga dapat mengelakkan rasa nak makan  sebab perut sentiasa rasa penuh dan yang penting rasa mudah membuang aie besar.
2.   Omega 3 dan 6
Seperti yang semua telah maklum, badan kita tidak dapat menghasilkan Omega 3 dan 6 . Kita perlu mendapatkannya daripada makanan seperti ikan, susu, telur dan sebagainya.  Berita baik untuk semua kerana biji chia ni banyak mengandungi kedua-dua asid omega ni. Jadi bolehlah diberikan kepada anak-anak makan sebab baik untuk otak dan pertumbuhan mereka.
3.   Kalsium
Khasiat seterusnya untuk tulang dan gigi yang sihat. Biji chia mengandungi tiga kali ganda kalsium jika dibandingkan dengan susu jadi untuk mengelakkan osteoperosis, ambiklah biji ni dalam diet kita.
 
4.  Anti Oksida
Super penting untuk menghalang radiasi bebas daripada menyerang badan kita. Bagi tujuan awet muda pun boleh juga kerana didapati pengamal yang mengamalkan makan biji chia ni, kulit muka mereka semakin tegang dan berseri..
 
5.   Protein
Merupakan sumber protein yg sesuai bagi vegetarian dan juga dapat membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan kita. Bagus untuk kesihatan jantung. Menurut chiaseed.com.
 
It includes all essential amino acids such as leucine, lysine, isoleucine, methionine, threonine, valine, tryptophan, and phenylalanine. The powerful combination of these amino acids will allow you to perform better during your training sessions and help you build more muscles faster.”
 
6.   Mengimbangi paras gula dalam badan
Apabila gula dalam badan seimbang, dapat mengelakkan risiko diabetes dan badan semakin bertenaga dan lambat rasa letih. Badan terasa bertenaga sepanjang hari. Chia Seeds juga dapat mengelakkan daripada badan kita dehidrasi. Cuba tengok biji seeds apabila dah direndam dalam air, kembang dan penuh dengan air, jadi bayangkan apabila biji ni berada dalam badan kita.
 
7.   Anti-Inflamantory 
Kajian ini telah dibuat terhadap pesakit arthirtis. Mereka mendakwa sejak mereka mengambil chia seeds dalam diet mereka, sakit tulang mereka berkurangan hanya selepas beberapa minggu sahaja.  Kandungan omega 3 yang banyak juga membantu melancarkan sendi-sendi untuk bergerak.  Diriku sendiri akan melihat keberkesanannya kerana aku adalah pesakit Arhirtis.
Khasiat Chia Seeds Yang Berganda-ganda
·         5X ganda lebih kalsium daripada susu
·         7X ganda lebih vitamin C daripada buah oren
·         2X ganda lebih antioksida berbanding blueberry
·         3X ganda lebih zat besi daripada bayam
·         8X ganda lebih Omega 3 daripada ikan Salmon
·         2X ganda lebih potassium daripada pisang



Bagaimana Cara Nak Makan Chia Seeds

·         Boleh rendam dalam air sejuk, jus dan minuman
·         Boleh dimakan mentah seperti ditabur kedalam oat, nasi, yogurt atau salad.
·      Pastikan minum air  yang banyak sekiranya makan mentah.
·         Masukkan dalam bancuhan biskut atau doh roti
·         1-2 sudu besar dimasukkan kedalam apa jua jenis minuman kecuali yang berkafien
·         Maksimum 2 sudu sehari

Kenapa Mesti Cuba Chia Seeds
Chia Seeds ni merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak sangat kelebihan iaitu sangat kaya dengan Omega 3 di samping segala macam vitamin, nutrien, fiber, protein, kalsium dan yang terpenting juga ialah anti oksidan.  Hanya 2 sudu besar dah cukup untuk keperluan harian, tak perlu berlebihan. Yang penting ia bijian semulajadi yang tidak melalui apa-apa proses. Boleh dimakan mentah atau dicampur di dalam minuman atau apa jua masakan. Jika dicampur dalam minuman ia akan kembang sama sifat seperti biji selasih.
 
 
Kelebihan istimewa Chia Seeds
·         Melancar sistem pencernaan
·         Menstabilkan gula dalam darah
·         Meningkatkan tenaga dan kadar metabolisma
·         Membantu mengurangkan berat badan
·         Mengeyangkan
·         Mengurangkan kolestrol
·         Melindungi jantung
·         Membantu pembentukan dan menguatkan tulang
·         Kulit lebih sihat dan berseri
·         Sangat membantu wanita hamil dalam membekalkan protien dan tenaga
·         Menambah susu badan
·         Menguatkan minda
·         Meningkatkan sistem imun badan
·         Arthritis
·         Membuang toksin dalam badan
·         Membantu masalah berdengkur
·         Membantu masalah sakit tumit dan sakit sendi
·         Mengurangkan stress
·         Baik untuk pwesakit kencing manis/diabetis
 
Dimana Boleh Mendapatkan Chia Seeds
Boleh dibeli dimana-mana kedai organic atau dikedai Cosway, Eon Big, Jusco pun ada dijual.
Marilah sama-sama mencuba khasiat Chia Seeds ini tak salah menggunakannya. Harganya bepatutan dan murah berbanding dengan khasiat yang diperolehi.
 
 
Kesan Sampingan Benih Chia

Sama seperti mana-mana makanan, pengambilan Chia Seeds yang berlebihan (lebih dari satu sudu teh sehari), boleh mengakibatkan beberapa simptom kesan sampingan. Walau bagaimanapun, kebanyakannya boleh ditangani dengan mudah.

 Perkara  Yang Boleh dan Tak Boleh Di Lakukan Tentang Chia Seeds
 
 
 Penjelasan lanjut berkaitan kesan sampingan Chia Seeds boleh dirujuk di sini : 

Sumber : http://strictlychiaseeds.com.my/complete-chia-seed-faq/Gambar

Chia Seeds Juga Membantu Turunkan Berat Badan

Chua Seeds juga boleh membantu untuk mengurangkan berat badan kerana apabila kita memakannya anda tidak akan berasa lapar secara tak lansung dapat mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.

 




 
 Gambar-gambar yang menggunakan Chia Seeds dalam hidangan seharian. di ambil dari image Google.























Resepi Jus Chia Seeds
Bahan-bahannya

4 sudu besar Chia Seeds + 500ml air (Direndam dgn Chia Seeds semalaman)
2 sudu besar jus delima + 500ml air (Campur jus delima dgn air)
½ biji limau nipis (Ambil perahannya)
 
Cara membuat Jus Chia

Ambil air 500ml rendaman Chia Seeds yang direndam semalaman, campurkan dengan Jus delima yang telah dibancuh bersama 500ml air. Anda akan dapat 1000ml Chia Seeds dan jus delima yang dicampur tadi. Ambil air perahan limau tadi dan campurkan kedalam Jus Sia Seeds 1000ml tadi. Goncang2  serta kacau2 dan dah boleh diminum.

Sebelum bersenam (jogging) atau memulakan kerja boleh minum 200ml. Anda tidak akan merasa penat kerana jus ini membekalkan tenaga.  Selebihnya anda boleh minum selepas bersenam(jogging) atau menghabiskan kerja.

Kebaikan minum jus ini sebelum bersenam atau jogging dapat membekalkan tenaga.
 
·        Boleh bersenam dalam masa yang lebih lama tanpa rasa letir dan lapar yang keterlaluan
·        Melanjutkan tempoh hidrasi (bekalan air) dalam badan.  
·        Tidak mudah rasa semput atau sesak nafas
·        Dapat elak cramp atau kejang urat
·        Tidak termengah-mengah walaupun bersenam lebih lama dari biasa
 
SELAMAT MENCUBA CHIA SEEDS UNTUK KEHIDUPAN DAN KESIHATAN YANG LEBIH BERMAKNA.


No comments:

Post a Comment