Tuesday, January 24, 2017

FASA 2: SEMAKAN DOKUMEN ISO PTJ : PROSES TRANSISI ISO 9001:2015 DAN TRIPLE ISO OYAGSB


FASA 2: SEMAKAN DOKUMEN ISO PTJ :
PROSES TRANSISI ISO 9001:2015 DAN TRIPLE ISO OYAGSB
 
Entry kerjaya buat jabatanku. Aktiviti Jabatan di awal tahun 2017 telah bermula dengan semakan dokumen ISO PTJ.  Alhamdulillah pihak Jabatan telah pun membuat semakan dan pindaan pada dokumen2 jabatan. Dengan menghadiri perbincangan semakan ini akan memantapkan lagi pengurusan Jabatan
 
Terima kasih kepada IPQ  yang telah menganjurkan fasa 2 semakan dokumen ISO 9001: 2008 bagi PTJ UUM untuk proses transisi ISO 9001: 2015 dan TRIPLE ISO (OYAGSB). Bengkel semakan ini telah dijalankan pada 22 Januari 2017 (Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IPQ. Bagi Fasa 2 ini, sebanyak tujuh (7) jabatan telah terlibat dengan bengkel ini, iaitu Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Islam, Unifilm, Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Sukan, Jabatan Keselamatan dan UUM Press.
 
 
Antara Jabatan yang menyertai Semakan Dokumen ISO HEP, Pusat Islam UNIFILM, PKU, Pusat Sukan, Jabatan
Keselamatan dan UUM Press
 
Bengkel ini bertujuan untuk menyemak semula dokumen jabatan bagi menambah aspek pengurusan risiko di dalam perlaksanaan proses transisi ISO 9001: 2008 kepada ISO 9001:2015. Sekaligus, penyemakan adalah untuk keperluan bagi proses TRIPLE ISO OYAGSB.
 
Fasilitator jemputan merupakan perunding-perunding TRIPLE ISO yang di lantik oleh UUM iaitu Puan Armpon a/p I Weng, Principal Consultant dari Global Jayamaju Sdn. Bhd. dan  En. Lim Kim Yook, Principal Consultant dari KY Technical Quality Sdn. Bhd. Semua perunding yang dilantik ini merupakan perunding yang berpengalaman luas melebihi 20 tahun di dalam bidang ISO, khusus kepada kepakaran masing-masing.
 
 Bengkel  semakan ini melibatkan beberapa fasa. Bagi Fasa ke-3, bengkel ini akan diadakan pada 26, Januari;  5 Feb; dan, 8 Februari 2017. IPQ berharap agar semua jabatan yang mempunyai prosedur kerja (QP) dan arahan kerja (AK) dapat memberi kerjasama yang cemerlang di dalam memastikan proses transisi berjaya dilaksanakan.
 
Ribuan terima kasih kepada IPQ kerana menjemput semua PTJ termasuk Jabatanku demi untuk menjalankan proses peralihan ISO ini agar berjalan lancar.
 
 

No comments:

Post a Comment