Tuesday, July 21, 2009

TIPS UNTUK MASAKAN PETUA DARI ORANG TUA-TUA

Kali ini marilah kita mencuba petua orang tua-tua tentang tips untuk bahan masakan. Its so simple..kita kadang-kadang tak tahu pun pasal maklumat ni. So petua ini sengaja di abadikan dalam blog ini agar dapat dimanafaatkan bersama-sama dengan yang lain. Selamat mencuba.

KESEGARAN SAYUR
Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur. InsyaAllah

MEMBERSIH KERANG
Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih. InsyaAllah

CUCUR KODOK
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk. InsyaAllah

PERIA
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. InsyaAllah

MENGGORENG IKAN
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi. InsyaAllah

MENGGORENG TAHU
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi. InsyaAllah

AYAM TIDAK HANYIR LAGI
Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat. InsyaAllah

NASI HANGIT
Kalau nasi yang kita tanak tu hangit jangan buang membazir. Cuba amalkan antara 3 petua ini.
1. basuh cili kering dalam dua tiga tangkai jangan dipotong kemudian masukkan terus ke dalam nasi tersebut. Biarkan seketika InsyaAllah nasi tak berbau. (P/S: Jangan takut tak rasa pedas nasi tu sebab cili kering tersebut tidak dipotong)

2. kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah bau hangit akan hilang.

3. kalau kat rumah tu ada daun pisang letakkan daun tersebut menutupi permukaan atas nasi dan biarkan seketika InsyaAllah bau hangit nasi tadi akan hilang.

No comments:

Post a Comment